Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Yazid Search Buat Laporan Polis Dimaki Tua Sakit Nak Mampus Ketika Tanya Tentang Bayaran Konsert

Pemain dram kumpulan Search iaitu Yazid telah membuat laporan polis selepas didakwa ditengking dan dimaki oleh isteri Amy Search, Norhasniza Hassan hanya kerana Yazid bertanyakan tentang bayaran yang sepatutnya beliau terima ketika terlibat didalam Konsert 35 Tahun Search baru-baru ini.

Advertisement

Saya juga telah menerima panggilan telefon  daripada Norhasniza (isteri kepada Amy) memaki dan menengking kepada saya apabila saya bertanyakan  mengenai bayaran yang sepatutnya saya dapat. Antara makian yang dilemparkan kepada saya seperti – “kau tu dah tua, sakit nak mampus.”

Laporan tersebut dibuat oleh Yazid di Balai Polis Wangsa Maju pada petang Rabu lepas (4 Mei 2016). Dalam laporan itu juga, Yazid turut mendakwa berlakunya pecah amanah kerana tidak mendapat bayaran Konsert 35 Tahun Search serta beberapa lagi persembahan lain sebelum ini.

Yazid mendakwa telah ke pejabat penganjur Konsert 35 Tahun Search, AF Jet Sdn. Bhd. untuk berbincang mengenai konsert. Namum, beliau agak terkejut apabila diberitahu jumlah bayaran RM75,000 telah dibayar kepada kumpulan Search pada Disember 2015, sedangkan Yazid tidak pernah menerima apa-apa bayaran bermula tarikh tersebut sehinggalah ke hari ini.

Tambah Yazid, pengurus AF Jet memaklumkan pembayaran kepada Yazid sepatutnya diuruskan oleh anggota Search sendiri.

Advertisement

Yazid menderita beberapa penyakit seperti sakit jantung, kencing manis dan sakit buah pinggang dan memerlukan sejumlah wang yang agak banyak untuk menampung kos rawat lain serta kos mencuci buah pinggang beliau sebanyak empat kali sehari.

Kami tidak sangka juga bahawa isteri Amy Search boleh mengeluarkan kata-kata kasar seperti itu. Bagaimana pula dengan ahli Search yang lain? Mereka tidak tahu ke tentang kes ini. Hmmpph, betul kata orang bila tengah popular semua orang akan sanjung bila sudah sakit dan memerlukan baru kita tahu siapa kawan kita yang sebenarnya.

Sumber Berita : Astro Gempak

 

 

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama