Written by AbangNara | September 18th, 2013

Amboi. Boleh tahan sweet jugak kisah percintaan Fizo Omar dan Mawar ini. Paling best punca Fizo jatuh hati terhadap si gadis ialah kerana kesungguhan dan kekomitedan (ada ke perkataan nie?) menguruskan perniagaan tudung Fareeda.

bakal isteri fizo omar

Kata Fizo Omar kepada Kosmo:-

Susah sebenarnya hendak dekat dengan dia (Mawar). Walaupun status saya sebagai artis. Dia sangat tegas dan komited pada kerjanya. Saya kagum melihat dia menguruskan perniagaan ibunya. Dia bukan jual mahal masa mula-mula saya ingin mendekatinya tetapi dia terlalu komited terhadap kerjanya

fizo omarApa pun Abang Nara respek kepada Fizo kerana menunjukkan kejantanan dan tidak berputus asa untuk mendapatkan nombor telefon Mawar sekaligus terus mengorat. Lelaki kena macho dan Fizo memang confirm macho orangnya. Yang menariknya, Mawar turut mengakui cara Fizo Omar berniaga membuatkan dia tertarik kepada lelaki itu. Kata Mawar:-

Saya tidak memandangnya sebagai artis tetapi melihat pada cara dia berniaga. Dia bersungguh dalam kerjanya. Pada masa yang sama, ibu merestui hubungan kami. Saya tidak pernah ada hubungan yang serius sebelum ini. Mama yang banyak nasihat saya supaya tidak terlalu garang dan dia juga melembutkan hati saya untuk menerima Fizo

mawar

Kesimpulan yang Abang Nara dapat buat ialah orang business ini memang ada kriteria lain ketika membuat pilihan calon suami atau isteri. Baguslah tue. Suami isteri perlu saling bantu membantu. Kalau berkahwin sesama sendiri, lagi banyak idea business yang boleh dikembangkan bersama-sama. Semoga segalanya berjalan lancar buat Fizo dan Mawar. Tak sabar pulak nak tengok diorang bersanding.

glutacellP.S:Cantiknya kulit muka you sekarang nie, nampak lebih cerah dan flawless”. Tetiba jer kawan puji kata kulit muka saya”. Betullah…kesan hitam dan jerawat pun dah hilang. Rasa pun lebih bertenaga dan sihat. Kenapa? Tak percaya ker? Jom layari sendiri www.azaleadenaturale.com

Written by AbangNara | September 15th, 2013

Agak terlambat Abang Nara kongsikan berita gembira ini. Kalau anda tidak pernah terlepas membaca BeautifulNara, baru-baru ini Abang Nara ada kongsikan informasi mengenai identiti bakal tunang Fizo Omar yang merupakan seorang model untuk tudung Fareeda. Informasi tersebut telah pun disahkan sendiri oleh ibunya menerusi Kosmo baru-baru ini.

mawar fareeda

Untuk makluman anda, nama penuh bakal tunang Fizo Omar ialah Mawar Abdul Karim. Ibunya, Faridah Zakaria adalah pengasas tudung Fareeda yang sangat popular di Malaysia. Keluarga Fizo Omar telah pun datang merisik pada 28 Ogos yang lalu. Kata ibu Mawar:-

Memang benar anak saya Mawar bakal mengikat tali pertunangan dengan pelakon Fizo Omar pada awal Oktober ini. Bagaimanapun buat masa ini saya masih belum boleh mengumumkan tarikh pertunangan itu.

fareeda

Memang Mawar dan Fizo adalah pasangan yang tampak sangat sesuai. Kedua-duanya sama cantik sama padan. Malah kedua-duanya pun bergiat aktif dalam perniagaan. Insya Allah apabila dah berkahwin nanti makin berkembanglah perniagaan mereka. Memang pilihan yang tepat. Tahniah Fizo dan Mawar!!!

Written by AbangNara | September 11th, 2013

Episod percintaan yang gagal dengan Asmidar Jaafar tidak menghalang Fizo Omar untuk mencari cinta sejati untuk dirinya. Dalam diam, rupa-rupanya Fizo sudah menemui pengganti dan mengakui bakal bertunang tidak lama lagi. Nampaknya banyaklah hati gadis-gadis di luar sana yang remuk dengan perkhabaran ini.

fizo omar

Enggan mendedahan identiti pencuri hatinya, bakal tunang Fizo Omar hanya baru dikenali dan mereka berdua mengambil keputusan untuk bertunang selepas mendapat restu orang tua. Kata Fizo kepada Berita Harian:-

Dia masih solo dan muda daripada saya, dia juga bukan isteri atau tunang orang. Apabila keluarga sudah bersetuju, baiklah kami bertunang dan saya rasa, lebih elok kami bercinta selepas kahwin nanti.

Bagaimanapun saya tidak berani untuk cakap lebih-lebih, bimbang ia tak jadi. Saya kena jaga hati pihak sebelah sana juga, takut kenyataan saya keluarkan nanti menimbulkan ketidakpuasan hati mereka.

Saya juga tak kata nak bertunang bulan depan, cuma kalau dapat buat lagi cepat, lagi bagus. Siapa gerang orang itu, biarlah rahsia.

fizo

Restu dah dapat, hati dah terpaut, apa tunggu lagi kan? Tahniah kepada Fizo Omar atas keputusan untuk melangkah satu kaki ke alam perkahwinan. Semoga segala urusan akan dipermudahkan. Tak sabar rasanya nak melihat wanita manakah yang berjaya mencuri hati Fizo. Mesti sama cantik sama padan. Tak gitu?

P.S: MUGEN untuk Honda Jazz memang cantik!!!

Written by AbangNara | February 10th, 2013

Abang Nara respek Fizo Omar kerana mempunyai wawasan di dalam hidupnya. Fizo sedar yang kerjaya pelakon tidak akan menjamin masa depan. Maka Fizo tampil dengan francais Hot Burger yang kini sedang hangat di pasaran. Memang satu langkah yang bijak.

fizo omar dan kekasih

Berita kurang baik kepada gadis-gadis yang ingin memikat hati Fizo Omar. Hati Fizo sudah pun dimiliki oleh gadis di dalam gambar di atas. Gadis tersebut berasal dari Kedah. Sekali pandang, memang ada iras wajah mereka. Semoga perhubungan ini akan berterusan ke jinjang pelamin.

fizo omar dan kekasih

Baru-baru ini juga Fizo telah bercuti ke Beijing. Nampak meriah sungguh gambar-gambar yang telah dikongsikannya menerusi Instagram. Lagi 13 keping gambar Fizo Omar dengan membaca entri ini sepenuhnya.
vco
P.S: “Kulit wajah saya bertambah baik selepas 1 minggu mengamalkan makan Virgin Coconut Oil”, itu adalah salah satu testimonial yang sering kami terima. So tunggu apa lagi? Hantar email ke lorongsetia8@gmail.com atau LIKE Facebook CantikBeautifulNara untuk sebarang pertanyaan.