Written by AbangNara | January 4th, 2013

Sebenarnya Abang Nara memang sangat kecewa apabila Yuna menarik diri daripada menyanyikan lagu Terukir Di Bintang di AJL27. Bagi Abang Nara, lagu tersebut ada harapan tinggi untuk bergelar juara sekiranya tuan punya badan sendiri mendendangkan lagu tersebut.

aizat ganti yuna

Setelah ura-ura menyatakan Uji Rashid bakal menggantikan Yuna, hari ini telah disahkan yang Aizat secara rasminya akan menyanyikan lagu Terukir Di Bintang di AJL27 kelak. Diharap Aizat sempat membuat persiapan memandangkan AJL27 hanya tinggal 2 hari sahaja lagi. Kata Aizat kepada Sinar Harian:-

Memang tak sangka sebenarnya. Apa pun, saya kena hafal lirik dulu dan sesuaikan diri dengan lagu itu cepat. Tinggal dua hari saja sebelum AJL27. Persediaan belum mula apa-apa lagi. Cuma, saya akan cuba untuk beri yang terbaik… kawan dah minta tolongkan.

Diharap Aizat sempat mengubah sedikit susunan lagu dan rentak supaya bersesuaian dengan tona suaranya. Good luck and all the best untuk Aizat. Jangan tertekan dan buat habis sebaik ye!!!

P.S: Video perpecahan ummah oleh Matluthfi

Written by AbangNara | January 2nd, 2013

Ini berita yang agak menyedihkan terutamanya buat kipas susah mati Yunalis Zarai. Yuna dilaporkan menarik diri daripada bertanding di AJL27 kerana bertembung dengan jadual proses rakaman albumnya di USA.

yuna tarik diri ajl27

Yuna sepatutnya mendendangkan lagu “Terukir Di Bintang” pada AJL27 yang bakal berlangsung 6 Januari 2013 ini. Bagi Abang Nara, lagu tersebut merupakan salah satu favourite untuk memenangi AJL kali ini lebih-lebih lagi jika Yuna sendiri menyanyikannya. Menurut Wawa, pengurus Yuna, penyanyi gantian masih belum lagi dijumpai:-

Yuna membuat keputusan yang dia tidak beraksi, tetapi membenarkan lagunya dipertandingkan dengan menampilkan penyanyi gantian. Buat masa ini kami belum memutuskan siapakah yang menggantikan Yuna kerana senarai nama yang dicadangkan masih dalam peringkat perbincangan bersama TV3.

Siapakah yang anda rasakan sesuai untuk menggantikan Yuna di AJL27? Agak sukar sebenarnya untuk mencari pengganti kerana keunikan suara Yuna yang Abang Nara rasa tiada pada penyanyi lain. Apa pun diharapkan si pengganti mampu buat yang terbaik tanpa perlu meniru gaya Yuna.

P.S: 22 papan tanda yang tak ada pun tak apa.

Written by AbangNara | March 21st, 2011

yuna tudung

Abang Nara bukan hipokrit. Walaupun Yuna adalah salah seorang artis favourite Abang Nara, Abang Nara tetap akan meluahkan perasaan kecewa melihat fesyen tudung terbaru Yuna. Memang agak kecewa dibuatnya apabila melihat gaya tudung Yuna semakin pelik semenjak dua ini. Mungkin ini fesyen tetapi Abang Nara lebih prefer Yuna yang dulu.

Kata orang, apabila usia makin meningkat makin banyaklah benda yang ingin kita cuba. Mungkin itu yang sedang dialami oleh Yuna. Bukan nak condem Yuna, tetapi Yuna harus ingat yang dahulunya dia famous kerana gaya gadis Melayunya yang ayu bertudung. Dan Yuna juga harus ingat yang ramai remaja yang meng”idola”kan Yuna. Siap ada tudung diberi gelaran tudung Yuna lagi.

Kalau ikut hati Abang Nara, Abang Nara mahukan Yuna yang sempoi dan comel lengkap bertudung satu ketika dahulu. Kalau boleh, janganlah buat tudung sampai jadi fesyen seperti gambar di atas. Dah pelik sangat dah tue. Semoga Yuna menerima teguran ini dengan hati terbuka ye. Ramai yang sayangkan Yuna dan tak mahu lihat Yuna jadi mangsa fesyen.

Oh ye, untuk anda yang nak memenangi hadiah yang best-best dan menonton video YunaInspired, sila pergi ke laman web YunaInspired. Cuma lengkapkan lirik dan anda boleh menang banyak hadiah yang best-best gila. Senang begitu.

P.S: Abang Nara edit sedikit post ini untuk tidak melukakan lagi hati pihak-pihak tertentu. Tapi teguran ini memang tulus ikhlas datang dari hati. Bukannya nak menjatuhkan sesiapa. Abang Nara sangat-sangat menghargai bakat dan mutu Yuna. Sebab sayangkan Yuna maka keluarlah entri ini. Harap memahami.

Written by AbangNara | March 29th, 2010

Dah lama tak dengar cerita Yunalis Zarai nie. Sekarang nie tengah meletup lagu Cinta Sempurna dia kat radio-radio. Untuk pengetahuan anda semua, Yuna sekarang tak ada kat Malaysia. Yuna sedang sibuk buat tour di Amerika Syarikat yang jauh nun di sana tue.

Sebab itulah Yuna tak akan dapat hadir untuk malam ABPBH 2009 4 April nie nanti. Jadi untuk mengubati kerinduan anda semua kepada suara gemersik Yunalis Zarai, kami kongsikan beberapa video persembahan Yuna di Las Vegas. Terima kasih kepada seorang pembaca yang sudi berkongsi link video ini di Youtube.

Lagi video persembahan Yuna di Amerika Syarikat dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

P.S: Terimalah dia seadanya…