Yuna Tersenarai Dalam 20 Artis Harus Dengar 2014

Hiburan

Yuna Tersenarai Dalam 20 Artis Harus Dengar 2014

Sekali lagi Yuna membuat rakyat Malaysia bangga. Mana tidaknya, portal berita terkenal Amerika Syarikat iaitu Huffington Post telah menyenaraikan Yuna sebagai salah seorang daripada 20 artis yang harus didengar untuk tahun 2014. Ini satu pencapaian yang hebat dan membuktikan rakyat Amerika sudah mula mengetahui kewujudan penyanyi berbakat ini.

yuna must see

Advertisement

Tersenarai di kedudukan ke 19 daripada 20 artis, Yuna digambarkan sebagai penyanyi yang memberikan rasa baru. Abang Nara tertarik dengan deskripsi yang digunakan oleh Huffington Post. Memang sesuai benar dengan muzik Yuna.

There’s a good chance you don’t have any Malaysian musical artists in your current music library, so let Yuna be the first. Blending elements of her nation’s style with modern pop elements, her music adds a new taste to the palette without estranging listeners. After her 2013 sophomore effort, “Nocturnal,” and providing a track for Dreamworks’ “The Croods,” Yuna has proven that she is more than capable of holding her place in a market that is not her own.

Nampaknya selangkah demi selangkah Yuna makin mencipta nama di industri muzik Amerika Syarikat. Sama-samalah kita doakan agar nama Yuna semakin popular di tahun 2014 ini. Kejayaan Yuna pasti akan menjadi kebanggaan kepada kita semua rakyat Malaysia. Kepada Yuna, teruskan perjuangan anda. Good luck and all the best.

P.S: Migrasi tahunan ketam merah di Australia

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...