Blog Hiburan Sensasi Dan Terkini Tentang Artis Malaysia

Facebook We Hate Memey Suhaiza Pulak Muncul!!!

Wednesday, January 27th, 2010

we hate memey suhaiza

Pas satu satu. Semalam baru kami keluarkan cerita pasal group facebook I Hate Fasha Sandha, hari nie kami dapat tau dah ada group Facebook We Hate Memey Suhaiza plak. Gambar group tue memang ganas. Sekeping gambar Memey Suhaiza tengah terbakar tue beb. Memang marah betul orang yang create group nie. Mesti kisah hidup dia ada kaitan dengan kisah hidup Memey, Norman dan Abby. Tue yang panas sangat tue.

Tapi setakat nie tak sampai seribu pun lagi yang jadi fans group nie. Adakah bermakna Memey sebenarnya disayangi ramai? Atau kami kira rakyat Malaysia dah matang dan malas nak layan group-group macam nie? Kita tunggu seminggu dua lagi sebab group Facebook We Hate Memey Suhaiza baru dibuat semalam rasanya.

Memey pun dah tau pasal kewujudan FB nie. Dia  tak kisah dan tak pernah bukak pun FB nie. Takut terguris hati dan perasaan. Nasihat kami, seeloknya memang jangan bukak. Baca description FB nie pun dah leh wat air mate meleleh. Kang ada yang menangis baca komen-komen yang agak panas kat situ.

(GAMBAR)Norman Hakim Dan Abby Abadi Menghantar Anak Ke Sekolah

Friday, January 8th, 2010

norman hakim abby abadi

Respek kami dengan Norman Hakim dari segi bab menjaga anak. Walaupun dah ada awek baru (sapa lagi kalau bukan si Memey tue), tapi tanggungjawap dia sebagai seorang ayah tetap dilakukan dengan jayanya. Inilah yang bagus sebenarnya. Bercerai bukan satu tiket untuk anda buat derk terus kepada anak-anak anda. Diorang masih perlukan kasih sayang seorang ayah dan seorang ibu.

Tahniah buat Norman dan Abby Abadi kerana berjaya mengenepikan rasa tak puas hati dalam diri untuk kebahagian anak-anak mereka. Nampak gembira anak-anak diorang dalam gambar-gambar yang diambil dari Facebook Abby Abadi. Rasanya nie time anak sulung diorang masuk sekolah kot.

Lagi gambar Norman Hakim dan Abby Abadi menghantar anak mereka ke sekolah dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

(more…)

Memey: Saya Dan Norman Memang Serius

Tuesday, July 7th, 2009

memey dan norman

Sebelum kita ke berita sebenarnya, kami nak melahirkan rasa kekesalan dan pelik dengan industri hiburan Malaysia yang tercinta nie. Memey Suhaiza dan Norman nie dahlah ditangkap khalwat, tengah turun naik masuk mahkamah, tapi tawaran berlakon still banyak lagi. Berebut-rebut pengarah nak amik diorang berlakon. Bukan patutnya kena gam ke kalau dah buat salah sampai ke tahap macam tue?

Untuk berita sebenarnya, Memey mengaku jugak akhirnya yang dia sebenarnya memang menjalinkan hubungan serius dengan Norman. Ish,ish,ish. Takkanlah tak serius kan? Dah ditangkap berdua-duaan, sambut birthday sesama, duduk satu opis, takkanlah hubungan tue sekadar main-main. Tak gitu?

Untuk yang tak tahu, Memey atau nama femesnya se”memeh” nie baru jer berumur 21 tahun. Muda benar lagi. Tengah membesar orang kata. Itu mungkin salah satu Norman sanggup bercerai ngan Abby. Almaklumlah dapat buah muda, buah tua ditinggalkan. Memang dasar lelaki mata keranjang.

Buat Memey dan Norman, lantak koranglah nak kawin ke apa ke. Kitorang tak pedulik. Kitorang tulis pasal korang nie pun sebab nak lepaskan geram jer. Memang menyampah tak hengat kat korang berdua.

Lagi gambar terbaru Memey Suhaiza dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

(more…)

Memey Suhaiza: Saya Tak Kawin 6 Jun Nie

Monday, June 1st, 2009

memey suhaiza

Kalau korang dengar Hot FM minggu lepas, ada cerita panas yang cakap Norman dan si Memey nie bakal berkahwin 6 Jun nie. Sumbernya sudah tentulah dari penelefon-penelefon yang kononnya ada bau-bau bacang tak pun jiran dengan keluarga si Memey nie.

Hari nie keluarlah kenyataan dari si cantik Memey nie. Katanya dia masih muda dan rugi pulak kalau kawin awal. Tawaran berlakon tengah masuk mencurah-curah. Time nie la nak carik duit.

Yang paling tak tahan dengar bila dia kata dia dan Norman masih di peringkat kawan dan mengenal hati budi masing-masing. Mungkin zaman moden sekarang nie kalau dah kantoi berkhalwat pun masih dikira peringkat kawan kot. Kena kantoi tengah buat betul-betul baru dikira tak mengenal hati budi la kot.

Apa-apa lah cik Memey. Asalkan anda bahagia dan tak mengacau rumah tangga orang lain. Cukuplah dengan rumah tangga si Norman Hakim jer ye.

P.S: Ramai orang cakap yang si Waheeda nie pun sama taraf ngan Memey. Kami tak berani nak komen sampai ke tahap tue. Apa pendapat anda?

(GAMBAR)Norman Hakim Dan Memey Sambut Hari Jadi

Thursday, April 16th, 2009

gambar norman dan memey

Sudah terang lagi bersuluh, sudah ada gambar lagi nak kata tak ada apa-apa hubungan.

Ceria sungguh muka Norman Hakim dan Memey Suhaiza dalam gambar menyambut hari jadi di atas. Agak-agaknya hari jadi siapa la ye?

Buat Norman Hakim, jadilah lelaki gentleman dan mengaku hubungan anda. Lagi bagus kalau kawin terus. Tak payah susah-susah turun naik mahkamah.

Tengok gambar di bawah pulak, jelas nampak kebahagian Memey dan Norman Hakim. Kan bagus kalau tak main sorok-sorok lagi.

gambar norman dan memey