Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Baju Kahwin Memey Akan Dipamer Di Muzium

Kami pasti gaun, sut dan kasut bertatahkan mutiara Rafflesia untuk majlis resepsi Memey Suhaiza dan Norman Hakim cantik tetapi agak menarik perhatian juga apabila mendengar melalui Diva Kosmo yang ia akan dipamerkan di Muzium Negara selepas selesai majlis resepsi.

Advertisement

Bagi kami hanya item-item tertentu memang layak untuk dipamerkan di sana, sebagai contoh, Piala Suzuki AFF 2010 yang dimenangi oleh pasukan bola sepak kebangsaan, kerana ianya bernilai kepada negara dan mempunyai makna kepada masyarakat secara keseluruhannya.

Kami memandang positif pada perkahwinan Memey Suhaiza dan Norman Hakim tetapi nilai profesional Memey dan Norman sebagai pelakon, bagi kami,  dan juga gaun, sut dan kasut bertatahkan mutiara Rafflesia tidak memiliki signifikan kepada masyarakat untuk melayakkan item-item yang dipinjamkan padanya oleh syarikat barangan kemas berasaskan mutiara tersebut dipamerkan sehingga ke tahap itu.

Apakah mutiara Rafflesia sebenarnya setaraf nilai berlian?

Jangan lupa saksikan pementasan teater bangsawan Hikayat Malim Deman di Panggung Bandaraya, 8.30 malam Jumaat, Sabtu dan Ahad ini. Tiket hanya RM 5.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama