September 20th, 2010

abby abadi

Semenjak si Norman Hakim dan Memey bertunang, makin banyak cerita yang dibongkarkan oleh Kak Abby kita. Katanya bukan sebab jeles. Mungkin kak Abby nak bagi warning kat Memey kot. Biar Memey tahu apa yang bakal dihadapinya apabila berkahwin dengan Norman nanti.

Terbaru hari ini Abby membongkarkan yang Norman pernah meluahkan kata-kata romantika, jiwang dan sayang kepadanya tahun ini.  Antara ayatnya termasuklah “saya rindu awak”. Uish, pelik benor nie.

Kalau betullah kata-kata ini diluahkan abang Norman dalam tahun nie, maka apa sebenarnya si Memey kepada Abang Norm? Takkan bertunang dengan Memey tapi masih menyimpan hati kepada bekas isteri? Takkan nak kawin dengan Memey tapi masih ada niat nak berbaik/rujuk semula dengan bekas isteri?

Pening kepala kami dengan perangai si Norman nie. Mintak sangat adik perempuan kami dijauhkan dari bertemu dengan lelaki macam Norman. Taknak hati adik kami diperkotak-katikkan dengan lelaki perasan macho macam nie.

Kepada Memey, all the best dengan Norman. Dan kepada Norman, sudah-sudah la buat kontroversi. Bayar dulu duit hantaran anda kat Abby barulah pikir nak kawin dengan anak dara orang lain.

June 30th, 2010

gambar memey dan norman

Jeles kami melihat tangan Memey Suhaiza di atas perut tough Norman Hakim. Dan kejelesan kami semakin tinggi apabila melihat gambar Memey dan Norman berposing manja ala-ala “couple of the year” di depan kamera. Mesra sungguh mereka berdua. Confirm anda jeles bila tengok gambar diorang.

Dan yang paling bagusnya ialah gambar-gambar yang diambil ini masih menjaga batas. Kiranya posing manja mesra ini masih tahap-tahap biasa lagi. Takut ramai orang sakit hati tengok. Bagi kami, kami tak sakit hati. Jeles lagi adalah.

Saya rasa tak salah bergambar kerana aksi kami itu bukan sengaja dilakukan sebaliknya atas permintaan pihak media. Kami tahu yang sepatutnya kami tidak perlu menunjuk-nunjuk kemesraan itu. Bagaimanapun, kami masih menjaga batasan antara satu sama lain kerana banyak hati yang perlu dijaga.”

Patutlah ramai artis kita pakai baju seksi tak hengat punya time fotografi. Rupa-rupanya diorang rasa tak bersalah sebab media suruh buat macam tue. Hebat sungguh kuasa media nie. Kalau kami jadi media dah lama kami suruh artis Malaysia posing pakai bikini je.

Lagi gambar Norman Hakim dan Memey yang mampu membuatkan ketiak anda geli dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

gambar memey dan norman

gambar memey dan norman

gambar memey dan norman

April 20th, 2010

memey suhaiza

Kami tak tahu apa yang bakal terjadi dengan anda, tapi kami hampir-hampir muntah darah apabila membaca kata-kata Memey Suhaiza nie:-

[note]Sudah sampai masanya untuk saya berkongsi kebahagiaan ini bersama masyarakat di luar, cinta saya dan abang Norman bukan lagi rahsia. [/note]

Satu jer kami nak cakap. Ada aku kesah ~~~~~~~~~~~ (gaya Azwan Ali sikit). Sekian terima kasih.

P.S: Kami hampir muntah darah kerana terharu dengan kejiwangan Memey yang sebelum nie tak pernah nak mengaku bercinta dengan Abang Norman. Konon poyo teman tapi mesra. Tup-tup nak satu Malaysia tahu yang dia bercinta ngan Abang Norm dia tue. Memang kami tak kisah pun ~~~

January 27th, 2010

we hate memey suhaiza

Pas satu satu. Semalam baru kami keluarkan cerita pasal group facebook I Hate Fasha Sandha, hari nie kami dapat tau dah ada group Facebook We Hate Memey Suhaiza plak. Gambar group tue memang ganas. Sekeping gambar Memey Suhaiza tengah terbakar tue beb. Memang marah betul orang yang create group nie. Mesti kisah hidup dia ada kaitan dengan kisah hidup Memey, Norman dan Abby. Tue yang panas sangat tue.

Tapi setakat nie tak sampai seribu pun lagi yang jadi fans group nie. Adakah bermakna Memey sebenarnya disayangi ramai? Atau kami kira rakyat Malaysia dah matang dan malas nak layan group-group macam nie? Kita tunggu seminggu dua lagi sebab group Facebook We Hate Memey Suhaiza baru dibuat semalam rasanya.

Memey pun dah tau pasal kewujudan FB nie. Dia  tak kisah dan tak pernah bukak pun FB nie. Takut terguris hati dan perasaan. Nasihat kami, seeloknya memang jangan bukak. Baca description FB nie pun dah leh wat air mate meleleh. Kang ada yang menangis baca komen-komen yang agak panas kat situ.