Berseri-seri sungguh ibu mengandung ini. Abang Nara suka melihat keceriaan di wajah Memey Suhaiza ketika menghiasi muka depan majalah Mingguan Wanita. Kini Memey sedang hamil selama 5 bulan dan pastinya tidak sabar menunggu hari kelahiran cahaya mata sulungnya.
Ramai pembaca BeautifulNara yang menyarankan agar Norman dan bekas isterinya, Abby Abadi supaya rujuk semula selepas melihat kemesraan yang terpamer di antara mereka dalam gambar percutian ke Genting Highlands. Namun Memey menolak sebarang kemungkinan untuk dirinya dimadukan:-
Alhamdulillah, saya bersyukur kerana hubungan dengan Kak Abby sudah kembali pulih. Sebenarnya, orang tidak tahu antara Abang Norman dan Kak Abby masing-masing sudah berbaik dan tidak bermusuh. Cuma hubungan saya dan Kak Abby kini sudah baik.Saya sendiri tidak mahu memberatkan fikiran dengan benda-benda negatif. Tidak dinafikan ada yang menasihati supaya saya berwaspada, tetapi saya tahu siapa abang dan juga Kak Abby. Saya tidak mahu kata-kata orang membuatkan hubungan kami kembali keruh. Apabila melihat hubungan baik antara abang dan Kak Abby, saya bersyukur dan lebih gembira bila mana hubungan antara kami juga sudah pulih. Saya juga tidak mahu bermadu kerana apa yang saya lalui kini cukup membahagiakan saya
Betul juga kata Memey nie kan? Buat apalah nak fikir benda yang negatif dan kata-kata orang. Nanti boleh beri kesan yang tidak elok pula kepada kandungan. Apa pun semoga Memey sentiasa sihat dan dapat melahirkan kandungannya tanpa sebarang masalah kelak. Sama-samalah kita doakan. Info asal Mingguan Wanita.
Hamba Allah
November 1, 2012 at 2:32 pm
Jodoh tu kan kuasa Allah,yang korang meroyan cakap orang perampas2 ni knp? Dh tu jodoh die…akan datang die kne madu plak sape tau…biar tuhan jela yg tentu kn….
MEROYAN LEBIH LA KORANG NI….jaga laki korang tu elok2,klu xnk kne rampas…
menyampah
October 26, 2012 at 4:11 am
to victoria beckham,jgn pura2 ckp yg ko tu bkn islam,org bkn islam x akn berckp spt anda kerana kata2 anda mengandungi erti lain seolah2 org yg nonmuslim ni mmg semua teruk perangai.wlupun ko x ckp terang2 tp klu org yg bijak pasti memahami mksd sebenar ko
Haha ! padan muka !
October 20, 2012 at 2:26 am
KN bgs klu dye bca komen2 ni ! bru dye sedar skit kesilapan dye .. x nk bermadu konon . . yg ko rampas norman dr abby 2 aper kes ?!
agogo
October 18, 2012 at 11:26 pm
bedak tebal bebenooo…dah ghupe tepung gomak kamu bermekap memey…geli teman tgknye