Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Abby Abadi Dan Memey Suhaiza Bercuti Bersama-Sama Di Genting Highlands

Gembira Abang Nara mendengar berita ini. Nampaknya hubungan Abby Abadi dan Memey Suhaiza semakin hari semakin baik. Yang terbaru, Memey Suhaiza memberitahu yang Abby turut bersama-sama bercuti bersama keluarganya di Genting Highlands baru-baru ini. Ini satu perkembangan yang tersangat baik untuk kedua-dua belah pihak.
memey abby

Berkata kepada portal Murai, Memey memberitahu yang dia dan Abby akan pergi bercuti ke Beijing bersama-sama dalam masa terdekat ini:-

Advertisement

Selepas pertemuan pada ramadan yang lalu, hubungan kami bertambah akrab dan kami juga selalu berhubung. Insya Allah kalau tiada aral melintang saya dan Abby akan bercuti ke Beijing pula dalam masa terdekat ini. Boleh dikatakan sekarang ini kami berkawan baik sebab memang kami sering berjumpa dan menghabiskan masa bersama anak-anak. Hujung minggu lalu pun kami ada bercuti ke Genting Highlands. Sejujurnya saya bersyukur dengan apa yang berlaku sekarang dan tak sangka Allah memberikan kurniaan sebegini buat kami berdua, Alhamdulillah.

Ini sememangnya satu contoh yang sangat baik kepada kita semua. Tahniah kepada Abby, Memey, Norman dan keluarga mereka yang menunjukkan nilai murni ini. Semoga hubungan baik ini akan terus berkekalan dan makin akrab di masa hadapan. Sama-sama kita doakan.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

117 Comments

  1. Daun Sirih

    October 14, 2012 at 6:01 pm

    Gambar satu family … Abby, Orang Gaji (Baju Pink), Norman Hakim dan Anak2 ketika bercuti di Genting HIghlands. :) Hiks

  2. saya suka makan nasi dgn kicap

    October 8, 2012 at 12:21 am

    abby abadi kat luar tak gemok pon aku tgk slim jer tinggi lak tu lawa kot….

Loading...
To Top