Written by AbangNara | February 24th, 2015

Abang Nara sebenarnya tak adalah nak tergelak apabila mendengar perancangan Finas ini. Namun izinkan Abang Nara tergelak jua. Kah, kah, kah. Memang tak mustahil filem tempatan meraih kemenangan di Anugerah Akademi yang lebih dikenali sebagai Oscar, namun dalam tempoh masa 2,3 tahun ia boleh dianggap sekadar angan-angan Mat Jenin.

finas Namun niat ini tidak harusnya dipandang sepi. Sekurang-kurangnya ada keinginan. Seumpama keinginan FAM inginkan pasukan bola sepak Malaysia bertanding di Piala Dunia 2014. Hehehe. Khabarnya sasaran utama bagi kategori Filem Bahasa Asing Terbaik. Satu sasaran yang masuk akal. Kata Ketua Pengarah Finas Datuk Kamil Othman:-

Memang menjadi hasrat kementerian mahu melihat Malaysia menang dalam kategori Filem Bahasa Asing Terbaik dalam masa dua atau tiga tahun lagi dan FINAS sedang membuat persiapan ke arah itu.

Paling penting adalah memastikan penghasilan skrip yang baik. Skrip merupakan tulang belakang kepada sesebuah filem. Filem kita kebanyakannya bagus namun masih lemah dari segi penceritaan.

Kalau filem yang diterbitkan untuk masyarakat Melayu, mungkin sukar sikit cita-cita ini hendak tercapai. Namun filem untuk masyarakat China di Malaysia ada harapan. Filemnya lebih menarik, bertemakan masyarakat dan menyentuh perasaan. 90% filem Melayu tak cerita hantu, mesti cerita rempit, gangster dan lelaki jadi perempuan. Tak boleh salahkan penerbit filem kerana mereka pun mahu cari makan.

FINAS seharusnya tampil dengan dana yang besar untuk membantu penerbit filem yang sanggup menerbitkan filem dengan skrip berkualiti tanpa memikirkan nilai komersil. Peruntukan rasanya diberi setiap tahun. Apa kata setahun buat satu filem yang benar-benar tip-top kualitinya. Filem berdasarkan kisah benar ke, filem masyarakat ke, filem perang zaman Melaka ke. Menarik juga kan? Apa kata anda? Sumber Astro Awani.

Written by serenity | September 17th, 2013

Sebuah filem aksi yang menampilkan Aaron Aziz yang memegang watak utama akan menemui penonton di pawagam dua hari lagi (19 September). Filem yang berjudul ‘Dampak’ rata-rata menerima rebiu yang positif dari pihak media. Filem ini diarahkan oleh Lai Yuk Long dan turut menampilkan Farid Kamil, Scha Al-Yahya, Juliana Evans, Intan Ladyana, Michael Chin, Wan Hanafi Su, Yank Kassim dan Cat Farish.

 photo 1278013_164751563715443_1237414301_o.jpg
 photo 1277139_164751137048819_258225399_o.jpg
Dampak bermaksud ‘kesan’ atau ‘akibat’ dan apa yang cuba diketengahkan ialah dampak selepas pilihan yang dibuat dalam hidup, dan sebagai pengajaran, pilihan yang tepat perlu dibuat supaya akibatnya baik.

Filem “Dampak” mengisahkan kehidupan dan penggembaraan lima adik-beradik yang mahu membalas dendam terhadap musuh kepada ayah angkat mereka–seorang bekas gengster yang menyimpan satu rahsia silam.

Lai Yuk Long memberitahu yang dia memberi fokus yang lebih kepada babak aksi dan penceritaan seperti novel grafik untuk filem Dampak ini. Saksikan treler filem ini:

Kredit foto Malam Gala Filem Dampak kepada Facebook Dampak. Untuk maklumat lanjut berkenaan kuiz dan filem, sila like Facebook Dampak .

Lihat kesemua 39 gambar melalui slaid di bawah.

beautifulnara's Dampak album on Photobucket

Written by serenity | March 21st, 2013

Hasil kutipan filem-filem Malaysia di Pawagam secara keseluruhannya tidak begitu membanggakan pada tahun lepas, namun tahun 2012 menyaksikan dua filem tempatan diiktiraf oleh pengkritik-pengkritik luar iaitu filem Songlap dan Bunohan.

Bagi kami ini satu perkembangan yang menarik, bila pembikinan filem lebih menepati citarasa global, penayangan filem-filem Malaysia yang berkualiti di pesta filem asing memberikan gambaran yang baik tentang kualiti filem negara.

Tahun ini, satu filem yang kelihatan baik terutamanya dari segi solekan kesan khas bakal muncul di pawagam tidak lama lagi. Filem ini berjudul Paku, diarahkan oleh P. Rameesh dan membariskan pelakon seperti Johan As’ari, Aishah Ilias, Diana Johor, Azad Jazmin, Kamal Adli, Diddy Hirdy, Wan Hanafisu, Zaidi Omar, Sidik Hussin dan ramai lagi.


Secara ringkas, Paku mengisahkan Fahmi yang sanggup melakukan apa saja untuk mendapatkan kembali isterinya Rania yang meninggal dunia selepas melahirkan anak sulung mereka, temasuklah menusuk tengkuk jenazah Rania dengan paku. Apa kata saksikan treler filem ini untuk mendapatkan serba sedikit gambaran tentang filemnya? Jom!

Lagi gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Maklumat lanjut, sila like Facebook Filem Paku.

 
Written by serenity | December 5th, 2012

Tahun 2011 menyaksikan dua filem Melayu mendapat kutipan tertinggi dalam sejarah, iaitu KL Gangster arahan Syamsul Yusof dan Ombak Rindu arahan Osman Ali. Boleh dikatakan tahun 2011 menyaksikan kebangkitan filem Melayu dari segi kutipan, walaupun sama ada terdapat peningkatan dari segi kualiti itu masih menjadi persoalan.

Tahun 2012 menyaksikan peningkatan pada jumlah penghasilan filem tempatan. Kalau pada tahun 2011 sebanyak 49 filem dikeluarkan, pada tahun 2012 sehingga Oktober saja sudah 60 filem tempatan dikeluarkan. Malang sekali tahun 2012 menyaksikan peningkatan pada kos produksi, sepadan dengan jumlah filem dikeluarkan tetapi kutipan kasar merosot dari RM 124.85 juta kepadaRM 82.76 juta.

Filem dengan kutipan signifikan untuk tahun ini ialah Adnan Sempit 2 terbitan Metrowealth Pictures yang meraih  kutipan RM 6.82 juta, Bohsia: Jalan Kembali terbitan Skop Productions mendapat pulangan RM 4.98 juta, Istanbul Aku Datang terbitan RedFilms pula mencatat pulangan RM 3.51 juta, begitu juga dengan Hantu Gangster dengan RM 3.45 juta.

Antara filem yang mencatat kutipan terendah pula ialah Sofazr The Movie Jiwa Kacau, Tai Kun, Momok Jangan Cari Pasal dan banyak lagi filem mendapat pulangan kurang dari RM 1 juta. Apakah yang menyebabkan penurunan kutipan tayangan ini?

Data Filem Cereka Tempatan 2009 -Oktober 2012

FILEM TEMPATAN* 2009 2010 2011 2012
(Jan – Okt)
Jumlah Filem 27 39 49 60
Kos Produksi (juta) RM 40.51 RM 55.61 RM 70.682 RM 95.76
Kutipan Kasar (juta) RM 50.84 RM 85.97 RM 124.85 RM 82.76
Penontonan (juta) 6.03 9.24 13.13 8.37
Purata Kos Produksi (juta) RM 1.50 RM 1.426 RM 1.442 RM 1.596
Purata Penontonan (juta) 0.223 0.237 0.268 0.140
Purata Harga Tiket RM 8.43 RM 9.304 RM 9.509 RM 9.888
Purata Kutipan (juta) RM 1.88 RM 2.204 RM 2.548 RM 1.379

Antara sebab yang mempunyai kemungkinan besar ialah walaupun terdapat peningkatan pada jumlah pengeluaran filem, jumlah filem yang tidak berkualiti yang dikeluarkan mungkin melebihi jumlah pengeluaran filem berkualiti atau yang mempunyai nilai komersil yang tinggi.

Apabila seorang penonton membuat keputusan menonton filem, mereka telah meletakkan jangkaan tertentu dan apabila jangkaan tersebut tidak dicapai, mereka akan berasa serik untuk menonton filem tempatan di pawagam lagi. Jadi mungkin salah satu penyebab utamanya ialah pengisian filem itu sendiri: kurang mantap, tidak kena dengan citarasa penonton, jalan cerita yang longgar dan sebagainya.

Tambahan pula dengan harga tiket yang sama, penonton mempunyai banyak pilihan dengan menonton filem antarabangsa yang jauh lebih berkualiti dan menghiburkan.

Faktor kekurangan promosi dan publisiti juga mungkin menjadi salah satu sebab sesebuah filem mendapat kutipan yang rendah. Kami terpaksa mengakui ada antara filem yang mendapat kutipan kurang dari RM 1 juta tidak pernah kami dengar namanya.

Sebab lain yang boleh kami fikirkan ialah gandingan yang dipilih sebagai peneraju utama sesebuah filem yang tidak mantap atau gandingan peneraju yang sama telah ditampilkan dalam filem-filem lain sebelum ini.

Senarai kutipan filem-filem tempatan untuk tahun 2012 dan keseluruhan artikel boleh anda dapatkan dengan membaca entri ini sepenuhnya.