Kutipan Filem Tempatan 2012 Merosot, Lambakan Filem Tidak Berkualiti Menjadi Punca?

Hiburan

Kutipan Filem Tempatan 2012 Merosot, Lambakan Filem Tidak Berkualiti Menjadi Punca?

Tahun 2011 menyaksikan dua filem Melayu mendapat kutipan tertinggi dalam sejarah, iaitu KL Gangster arahan Syamsul Yusof dan Ombak Rindu arahan Osman Ali. Boleh dikatakan tahun 2011 menyaksikan kebangkitan filem Melayu dari segi kutipan, walaupun sama ada terdapat peningkatan dari segi kualiti itu masih menjadi persoalan.

Tahun 2012 menyaksikan peningkatan pada jumlah penghasilan filem tempatan. Kalau pada tahun 2011 sebanyak 49 filem dikeluarkan, pada tahun 2012 sehingga Oktober saja sudah 60 filem tempatan dikeluarkan. Malang sekali tahun 2012 menyaksikan peningkatan pada kos produksi, sepadan dengan jumlah filem dikeluarkan tetapi kutipan kasar merosot dari RM 124.85 juta kepadaRM 82.76 juta.

Advertisement

Filem dengan kutipan signifikan untuk tahun ini ialah Adnan Sempit 2 terbitan Metrowealth Pictures yang meraih  kutipan RM 6.82 juta, Bohsia: Jalan Kembali terbitan Skop Productions mendapat pulangan RM 4.98 juta, Istanbul Aku Datang terbitan RedFilms pula mencatat pulangan RM 3.51 juta, begitu juga dengan Hantu Gangster dengan RM 3.45 juta.

Antara filem yang mencatat kutipan terendah pula ialah Sofazr The Movie Jiwa Kacau, Tai Kun, Momok Jangan Cari Pasal dan banyak lagi filem mendapat pulangan kurang dari RM 1 juta. Apakah yang menyebabkan penurunan kutipan tayangan ini?

Data Filem Cereka Tempatan 2009 -Oktober 2012

FILEM TEMPATAN* 2009 2010 2011 2012
(Jan – Okt)
Jumlah Filem 27 39 49 60
Kos Produksi (juta) RM 40.51 RM 55.61 RM 70.682 RM 95.76
Kutipan Kasar (juta) RM 50.84 RM 85.97 RM 124.85 RM 82.76
Penontonan (juta) 6.03 9.24 13.13 8.37
Purata Kos Produksi (juta) RM 1.50 RM 1.426 RM 1.442 RM 1.596
Purata Penontonan (juta) 0.223 0.237 0.268 0.140
Purata Harga Tiket RM 8.43 RM 9.304 RM 9.509 RM 9.888
Purata Kutipan (juta) RM 1.88 RM 2.204 RM 2.548 RM 1.379

Antara sebab yang mempunyai kemungkinan besar ialah walaupun terdapat peningkatan pada jumlah pengeluaran filem, jumlah filem yang tidak berkualiti yang dikeluarkan mungkin melebihi jumlah pengeluaran filem berkualiti atau yang mempunyai nilai komersil yang tinggi.

Apabila seorang penonton membuat keputusan menonton filem, mereka telah meletakkan jangkaan tertentu dan apabila jangkaan tersebut tidak dicapai, mereka akan berasa serik untuk menonton filem tempatan di pawagam lagi. Jadi mungkin salah satu penyebab utamanya ialah pengisian filem itu sendiri: kurang mantap, tidak kena dengan citarasa penonton, jalan cerita yang longgar dan sebagainya.

Tambahan pula dengan harga tiket yang sama, penonton mempunyai banyak pilihan dengan menonton filem antarabangsa yang jauh lebih berkualiti dan menghiburkan.

Faktor kekurangan promosi dan publisiti juga mungkin menjadi salah satu sebab sesebuah filem mendapat kutipan yang rendah. Kami terpaksa mengakui ada antara filem yang mendapat kutipan kurang dari RM 1 juta tidak pernah kami dengar namanya.

Sebab lain yang boleh kami fikirkan ialah gandingan yang dipilih sebagai peneraju utama sesebuah filem yang tidak mantap atau gandingan peneraju yang sama telah ditampilkan dalam filem-filem lain sebelum ini.

Senarai kutipan filem-filem tempatan untuk tahun 2012 dan keseluruhan artikel boleh anda dapatkan dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Bagaimana dengan anda, adakah anda ingin menyuarakan pendapat anda sendiri tentang kutipan filem dan kualiti filem tempatan untuk tahun 2012 secara umum? Sila tinggalkan pendapat anda di ruangan komen. Sumber maklumat dari FINAS.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...