February 24th, 2015

Abang Nara sebenarnya tak adalah nak tergelak apabila mendengar perancangan Finas ini. Namun izinkan Abang Nara tergelak jua. Kah, kah, kah. Memang tak mustahil filem tempatan meraih kemenangan di Anugerah Akademi yang lebih dikenali sebagai Oscar, namun dalam tempoh masa 2,3 tahun ia boleh dianggap sekadar angan-angan Mat Jenin.

finas Namun niat ini tidak harusnya dipandang sepi. Sekurang-kurangnya ada keinginan. Seumpama keinginan FAM inginkan pasukan bola sepak Malaysia bertanding di Piala Dunia 2014. Hehehe. Khabarnya sasaran utama bagi kategori Filem Bahasa Asing Terbaik. Satu sasaran yang masuk akal. Kata Ketua Pengarah Finas Datuk Kamil Othman:-

Memang menjadi hasrat kementerian mahu melihat Malaysia menang dalam kategori Filem Bahasa Asing Terbaik dalam masa dua atau tiga tahun lagi dan FINAS sedang membuat persiapan ke arah itu.

Paling penting adalah memastikan penghasilan skrip yang baik. Skrip merupakan tulang belakang kepada sesebuah filem. Filem kita kebanyakannya bagus namun masih lemah dari segi penceritaan.

Kalau filem yang diterbitkan untuk masyarakat Melayu, mungkin sukar sikit cita-cita ini hendak tercapai. Namun filem untuk masyarakat China di Malaysia ada harapan. Filemnya lebih menarik, bertemakan masyarakat dan menyentuh perasaan. 90% filem Melayu tak cerita hantu, mesti cerita rempit, gangster dan lelaki jadi perempuan. Tak boleh salahkan penerbit filem kerana mereka pun mahu cari makan.

FINAS seharusnya tampil dengan dana yang besar untuk membantu penerbit filem yang sanggup menerbitkan filem dengan skrip berkualiti tanpa memikirkan nilai komersil. Peruntukan rasanya diberi setiap tahun. Apa kata setahun buat satu filem yang benar-benar tip-top kualitinya. Filem berdasarkan kisah benar ke, filem masyarakat ke, filem perang zaman Melaka ke. Menarik juga kan? Apa kata anda? Sumber Astro Awani.


Comments are closed.

Loading...