Written by AbangNara | September 20th, 2017

Adira adalah salah seorang daripada 12 peserta akhir AF Megastar. Adira juga menjadi peserta yang terawal terkeluar daripada pertandingan ini selepas tersingkir di minggu pertama. Untuk makluman, AF Megastar menampil 40 peratus keputusan berdasarkan undian penonton menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) manakala juri mewakili 60 peratus markah. Sebagai suami kepada penyanyi tersebut, Datuk Red memaklumkan bahawa isterinya itu membuang masa menyertai program seumpama ini kerana Adira sudah pun mempunyai nama di dalam dunia nyanyian.

adiraKata Datuk Red:-

Sejak awal lagi saya tidak setuju kerana dia sudah ada nama dan tidak perlu sertai pertandingan begitu. Lagi pula saya kasihankan Anggerik yang masih kecil. Namun, saya sokong bila dia mahu juga sertai. Tapi itulah, saya rasa dia hanya buang masa je, lebih baik dia fokus cari lagu baru dari sertai program ini.

Saya sudah jangka Adira akan terkeluar kerana sejak masuk program ini dia tidak dibenarkan membawa bayi ke sesi latihan atau masa pertandingan. Tapi malam itu pihak produksi berkali-kali ingatkan dia supaya bawa anak. Jangan kata saya tidak mengundi, letih sudah mengundi, malah semua pekerja saya pun mengundi.

adira

Fikir-fikir balik, memang betul pun apa yang dikatakan oleh Datuk Red itu. Adira bukanlah nama baru atau sudah menjadi artis suam-suam kuku. Masih popular dan mempunyai banyak lagu yang popular. Apa pun, pasti ada hikmahnya Adira terkeluar seawal minggu pertama. Sekurang-kurangnya dapatlah luangkan lebih banyak masa bersama anak dan suami tercinta. Sumber Mstar Online.

Written by Bella | March 22nd, 2017

Kehadiran Anggrek didalam hidup penyanyi Adira Suhaimi dan Datuk Red memberikan kebahagiaan baharu buat mereka berdua.

Baru-baru ini, Adira sempat berkongsi foto anak perempuannya itu dengan peminat menerusi akaun Instagram miliknya.

Rata-rata peminat “cair” dengan kecomelan Anggrek yang agak sama seperti muka ibunya. Jom kita lihat beberapa lagi foto Anggrek yang dikongsikan oleh Adira dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Written by Bella | March 14th, 2017

10 Mac lepas merupakan hari paling bermakna untuk Datuk Red dan penyanyi Adira Suhaimi atas kelahiran cahaya mata perempuan pertama mereka, Anggerik.

Kini selepas 5 hari Anggerik dilahirkan, Datuk Red menerusi akaun Instagramnya sebentar tadi telah berkongsi foto anaknya itu dengan orang ramai.

Anggerik tampak cukup comel sekali dengan wajah putih dan gebu sama dengan Adira. Ruangan komen Instagram Datuk Red dihujani dengan pujian.

Wah, geram betul tengok pipi Anggerik yang gebu dan putih tu. Alhamdulillah anak dan ibu sihat dan berada didalam keadaan baik.

reach out

P.S: Pergh!!! Syamel, MASDO, Ernie Zakri dan PITAHATI akan berkumpul di Politeknik Merlimau, Melaka sempena iM4U Reach Out Convention & Celebration yang ke 5 pada 18hb MAC ini dari jam 1.30ptg hingga 6.30 petang. Confirm seronok dan meriah sangat-sangat nie. Lepas itu ada perkongsian hebat serta penuh inspirasi daripada Datuk Jake Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif Astro Radio. Memang rugi kalau terlepas. Sambil berhibur, sambil boleh belajar banyak perkara baru.

Written by Bella | March 12th, 2017

Masih tidak terlambat untuk kami ucapkan tahniah kepada penyanyi Adira Suhaimi dan suami, Datuk Red atas kelahiran cahaya mata sulung mereka.

Adira selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang diberikan nama Anggrek,  dengan berat 3.2 kilogram disebuah hospital swasta di Kuala Lumpur pada jam 11.30 malam pada 10 Mac lepas.

Alhamdulillah, saya selamat melahirkan cahaya mata sulung namun memerlukan rehat kerana masih lemah dan sedang menyesuaikan diri dengan tanggungjawab baharu. Terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesejahteraan saya dan bayi. Nama Anggrek dipilih kerana saya meminati bunga klasik itu dan sudah lama menyimpan hasrat untuk menamakan anak sulung dengan panggilan ringkas itu.

Alhamdulillah segala proses bersalin berjalan dengan lancar. Semoga kehadiran Anggrek didalam kehidupan Adira dan Datuk Red akan memberikan rezeki dan kasih sayang selain penyeri buat rumah tangga mereka. Tidak sabar kami untuk melihat wajah Anggrek sepenuhnya, mesti comel bukan?

Sumber Berita : BH ONLINE