Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Saya Rasa Adira Buang Masa Je Sertai AF Megastar – Datuk Red

Adira adalah salah seorang daripada 12 peserta akhir AF Megastar. Adira juga menjadi peserta yang terawal terkeluar daripada pertandingan ini selepas tersingkir di minggu pertama. Untuk makluman, AF Megastar menampil 40 peratus keputusan berdasarkan undian penonton menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) manakala juri mewakili 60 peratus markah. Sebagai suami kepada penyanyi tersebut, Datuk Red memaklumkan bahawa isterinya itu membuang masa menyertai program seumpama ini kerana Adira sudah pun mempunyai nama di dalam dunia nyanyian.

adiraKata Datuk Red:-

Advertisement

Sejak awal lagi saya tidak setuju kerana dia sudah ada nama dan tidak perlu sertai pertandingan begitu. Lagi pula saya kasihankan Anggerik yang masih kecil. Namun, saya sokong bila dia mahu juga sertai. Tapi itulah, saya rasa dia hanya buang masa je, lebih baik dia fokus cari lagu baru dari sertai program ini.

Saya sudah jangka Adira akan terkeluar kerana sejak masuk program ini dia tidak dibenarkan membawa bayi ke sesi latihan atau masa pertandingan. Tapi malam itu pihak produksi berkali-kali ingatkan dia supaya bawa anak. Jangan kata saya tidak mengundi, letih sudah mengundi, malah semua pekerja saya pun mengundi.

adira

Fikir-fikir balik, memang betul pun apa yang dikatakan oleh Datuk Red itu. Adira bukanlah nama baru atau sudah menjadi artis suam-suam kuku. Masih popular dan mempunyai banyak lagu yang popular. Apa pun, pasti ada hikmahnya Adira terkeluar seawal minggu pertama. Sekurang-kurangnya dapatlah luangkan lebih banyak masa bersama anak dan suami tercinta. Sumber Mstar Online.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top