Putri Mardiana & Pasangan Mengaku Bersalah Atas Tuduhan Khalwat

Hiburan

Putri Mardiana & Pasangan Mengaku Bersalah Atas Tuduhan Khalwat

Pelakon Putri Mardiana Zainal Abidin, 34, didenda RM3,000 oleh Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, di sini, hari ini selepas mengaku bersalah atas tuduhan berkhalwat, tahun lalu. Turut didenda ialah pasangannya, Shahrizam Abdullah, 31, selepas mengaku salah atas tuduhan sama.
putri mardiana mengaku bersalah khalwatHakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin turut memerintahkan kedua-dua tertuduh dipenjara tujuh hari sekiranya mereka gagal membayar denda. Pasangan itu membayar denda berkenaan. Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di premis kediaman beralamat C-05-08 Jalan UP 1/1D Jalan Ukay Perdana, Hulu Klang pada jam 3.03 pagi, 14 Disember 2014.
putriSebelum ini, Putri Mardiana mendakwa dirinya telah diperangkap oleh isteri lelaki yang berkhalwat dengannya. Malah Putri Mardiana juga tidak menghadirkan diri ke mahkamah sehingga waran tangkap terpaksa dikeluarkan. Dengan pengakuan bersalah ini, semoga Putri Mardiana menginsafi perbuatannya dan tidak mengulangi lagi perkara ini. Sumber Berita Harian.

Advertisement

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...