March 23rd, 2015

Izinkan untuk Abang Nara gelak sepuas-puas hatinya terlebih dahulu sebelum menulis artikel ini. Ditangkap khalwat buat kali kedua baru-baru ini, Putri Mardiana memaklumkan yang dirinya diperangkap sekali lagi. Seperti tangkapan khalwat kali pertama, Putri Mardiana mendakwa bekas isteri kekasihnya memerangkap dirinya. Untuk makluman, Putri Mardiana dan kekasihnya, Ejump ditangkap khalwat di kediaman bekas isteri Ejump di USJ 1, Subang Jaya.

putri mardiana

Kata orang, kalau kaki termasuk lubang buat pertama kali, itu nasib tak baik. Namun kalau masuk lubang yang sama buat kali kedua, itu bodoh namanya. Namun Putri Mardiana ada penerangannya yang tersendiri. Kata Putri Mardiana:-

Macam mana kali pertama saya terkena, macam itu jugalah yang berlaku kali kedua ini. Yang berlaku baru-baru ini adalah satu perangkap yang telah dirancang oleh orang yang sama iaitu bekas isteri Ejump sendiri. Ramai yang bijak di luar sana boleh fikir. Takkanlah saya nak buat benda macam itu.

Kalau mula-mula dulu, orang letak kesalahan pada saya, sekarang ini bila jadi kali kedua, ramai yang sudah berfikir, ‘eh’…. ini macam ada yang tak kena saja. Bukan saya nak cipta alasan tetapi memang saya diperangkap. Takkanlah saya bodoh dan nak sangat ditangkap khalwat.

Kalau itu rumah dia (bekas isteri Ejump) kenapa dia tak ada dan tak duduk di rumah tersebut? Pergi ke mana? Katanya, itu rumah dia, kenapa tak balik rumah? Ejump ada bukti hitam putih mengenai rumah itu. Tak payahlah dia cakap itu rumah dia, yang bayar bulan-bulan pun Ejump.

Saya hairan dengan sikap dia, kenapa dia tergamak nak buat kami macam itu dan mereka-reka cerita. Tetapi saya tahun ada perkara yang dia tak puas hati terhadap kami terutama dengan Ejump.

putri mardiana

Takkanlah ada orang yang kerjanya nak pasang perangkap khalwat untuk orang lain. Banyak lagi kerja lain nak buat. In the first place kenapa Putri Mardiana dan Ejump nak berdua-duaan. Kalau tak berdua-duaan, tak adalah terjadi perkara ini kan? Tambah Putri Mardiana lagi:-

Entahlah… saya juga hairan (kenapa asyik terperangkap modus operandi yang sama). Nak sangat tengok saya dan Ejump jatuh, kenapa tak bunuh saja kami? Asyik tangkap khalwat saja. Mentang-mentanglah orang tahu saya pelakon dan dikenali maka kononnya, satu cara mudah nak jatuhkan saya adalah dengan memalukan saya. Bahkan itu jugalah niat dia semasa dia rancang memerangkap kami pada kes tangkap khalwat pertama akhir tahun lepas.

Dia silap. Saya tidak mudah untuk melayan hal remeh temeh dan bodoh seperti ini. Banyak lagi yang boleh sayafikir dan fokuskan demi masa depan, contohnya kerjaya dan anak-anak. Bukannya nak fikir dan bersedih dengan tindakan dia itu. Hairan juga, umur dia sudah mencecah 40 tahun, kenapa berperangai macam budak-budak ya?

Saya dan Ejump berdiam diri kerana tak mahu lebih banyak konflik berlaku. Diam tak bererti kami bersalah. Dan selepas ini saya tak akan beri sebarang kenyataan lagi mengenai isu ini. Cukuplah. Orang tetap dengan spekulasi mereka sendiri. Macam hari itu (khalwat pertama), saya dilabel sebagai perempuan perampas. Padahal saya kenal Ejump selepas dia dan bekas isterinya sudah berpisah.

Dia(bekas isteri Ejump) lupa, kalau nanti saya sudah menjadi isteri Ejump, anak-anak dia akan jadi anak-anak saya juga. Kenapa dia memilih untuk buat onar macam ini kepada kami. Setakat nak jadi keyboard warrior di laman sosial sahaja buat apa. Kalau betul tak suka saya, kenapa tak cakap secara berdepan saja. Itulah saya cakap perangai dia macam budak-budak.

putri mardiana

Fuh~~~ Panjang lebar kan penerangan Putri Mardiana? Korang jangan risau. Bekas isteri Ejump dah bagi penjelasan kepada Abang Nara. Kejap lagi Abang Nara ceritakan kisah di pihak dia pulak. Lepas itu bolehlah buat perbandingan siapa yang cakap betul, siapa yang menipu. Lagi satu nasihat Abang Nara kepada Putri Mardiana, cepat-cepatlah kahwin dengan si Ejump itu. Lepas itu korang nak berkhalwat 8 ribu kali pun orang dah peduli dah. Tak gitu? Sumber Utusan Malaysia.


Comments are closed.

Loading...