Written by serenity | January 26th, 2012

Berhubung entri di BeautifulNara yang memaparkan Wilma Muhammad sebagai penghias kulit hadapan, pelbagai reaksi yang diberikan berkenaan keputusan wanita itu untuk kembali ke dunia hiburan. Ada yang positif dan ada yang negatif, namun adik kepada Wilma yang bernama Nurain Muhammad telah memberikan reaksinya di blog peribadi meminta umum berfikir positif.

Sebaik saja cover ‘Majalah Jelita’ keluaran Februari muncul kat laman web, begitu ramai sekali orang memberi komen yang kurang menyenangkan. Tidak lupa juga kepada peminat yang terus menerus memberi sokongan dan nasihat yang baik buat kak Wilma saya. Terima kasih saya ucapkan kepada anda semua. Khas buat penggemar laman web hiburan http://beautifulnara.com/wilma-mohammad-hiasi-muka-depan-majalah-jelita-februari-2012/.

Berlajarlah untuk berbaik sangka. Dan katakanlah yang baik-baik kepada sesiapa pun meskipun anda tidak suka kerana setiap perkataan itu adalah DOA. Serta berilah nasihat secara berhikmah bukan dengan cara yang kasar, mengutuk, memfitnah dan segala yang negatif.

Diharap kita semua menghormati permintaan beliau ini, orang kata, cubit peha kiri, peha kanan terasa, jadi sudah tentu adiknya bersuara kerana concerned dengan kata-kata yang dilontarkan pada kakaknya. Sudah tentu Wilma yang kini berusia 39 tahun mempunyai alasan tersendiri yang membuatkan beliau mahu kembali berlakon dan apa pun alasannya, rasanya Wilma yang sudah jauh berubah dari segi penampilan berbanding kemunculan awalnya dulu dan masih dan dia juga mempunyai anak-anak untuk disara.

Dia tertarik untuk berlakon dalam filem 1945 kerana penerbitnya AAR Intelligent memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan termasuklah untuk dia kekal bertudung. Dia turut menambah yang dia tertarik dengan watak dan plot filem itu yang berbeza, selain mengenali pengarahnya Imran Ismail sejak dulu lagi.

Kredit gambar Blog Nurain Muhammad dan terima kasih ilike untuk tip.

***

Fiesta Seni Budaya Negeri Perak 2012(FSBNP) bakal dilangsungkan pada 17-19 Februari 2012 bertempat di Dataran Bandaraya Ipoh dan Kompleks JKKN Perak anjuran JKKN Perak dengan kerjasama Majlis Kebudayaan Negeri Perak. Ikuti temubual dengan Pengarah JKKN Perak, Encik Abdul Mutalib Abd Rahman berkenaan program ini:

Orang ramai dijemput hadir memeriahkan pelbagai persembahan kebudayaan seperti tarian, nyanyian, deklmasi puisi, pameran dan banyak lagi. Untuk maklumat lanjut hubungi JKKN Perak di 05-253 7001

60 responses to (GAMBAR)Adik Wilma Muhammad Minta Umum Berfikir Positif

  1. cik laila says:

    eh!1st ke?
    Biala org tu nk carik rezeki

    Hot debate. What do you think? Thumb up 8 Thumb down 13
  2. syuhada says:

    manis bertudung lengkap :)

    Like or Dislike: Thumb up 7 Thumb down 0
  3. Alahai says:

    Niat yg baik demi m’yara anak2 nya… Moga Sis Wilma sntiasa di lindungi oleh ALLAH SWT & kekal ngn imej skrg.. Amin ~_~

    Like or Dislike: Thumb up 4 Thumb down 3
  4. Kak Temah Montel says:

    Betui tu..jgn la dok asyik mengata kat org ja..semua org lain buat tak betui..hampa ja betui..la ni Allah bayaq cash tau..jd sebelum dok mengata tu..pikiaq2 la..kita ada emak..kakak..adik pompuan..mcm mana plak klu org dok kutuk ahli keluarga kita?

    Like or Dislike: Thumb up 9 Thumb down 0
    • pendora says:

      yg penting die kekalkan imej bertudung & x ada gosip memalukan..die berlakon utk sara anak2,tempat utk die bergantung dh tak ada..takkan nak mintak sedekah plak utk sekolahkan anak2..sy sokong wilma..

      Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  5. dewi says:

    alhamdulillah………
    1 perkara yg mulia bila ke arah kbaikan…..smoga segalanye dberkati…amin…..

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
  6. apek says:

    kjp pakai kjp tidak..lps ni pkai je jgn ditanggal2 lg..

    Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 7
  7. Triple_j says:

    kalau u all taknak dia berlakon dan terdedah ke dalam dunia seni, senang je

    lelaki – kahwini dia
    wanita – izinkan suami anda kahwini dia

    then jaga dia dan anak2nya elok2, n jangan bagi dia terjun ke dunia seni.
    kesian dia, dia ada diri sendiri dan anak2 utk dipelihara, diberi makan minum pakai dsb. asalkan dia menjaga budi pekerti seorang muslimah yg sejati, ok le

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 77 Thumb down 1
  8. me myself says:

    tak kisah la kalo dah ini saje kebolehan / jalan yg dia ada utk cari rezeki anak2…yang penting jaga status, jaga aurat n jaga peribadi…tudung biarla litup.jgn mcm artis2 lain yg tudung separuh pala jer..

    Like or Dislike: Thumb up 7 Thumb down 0
  9. awatif says:

    Sumpah! perempuan yg memakai tudung berserta MENUTUP AURAT DENGAN SEMPURNA adalah perempuan yg cantik, mahal, n terpelihara.. disamping akhlak yg baik n jaga pergaulan insyaALLAH, anda perempuan solehah..

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 15 Thumb down 0
  10. apo2 je la.. says:

    rezeki ada dimana2, yg penting halal..
    dok nmpk salah org cari rezeki cmne,
    cuba fikir kita buat keje, gi keje, ada tak curi tulang?
    masuk kol 9, 9.30 baru sampai, lunch smpai kol 2, 2.15 ko masuk..haa..tu dh mkn gaji buta dah ko tau?? lepak kt opis layan FB, BN..hahaha… ko ingat tu halal ke yg ko dpt gaji bln2…deyyyy….
    benda kecik mcmtu mana ada kita nmpk kan?
    sbb wilma kluar magazine, tu yg ada je tak puas ati….

    p/s: harap2 xde la tertanggal tudung tu atas permintaan produser plak mcm sesetgh artis tu… nyampah, rasa nk sepak2 jer mempersendakan agama..

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 21 Thumb down 1
    • halalye says:

      halal ke duit berlakon tu??

      Hot debate. What do you think? Thumb up 6 Thumb down 11
      • bukan wilma says:

        siapa kita nak jatuhkan hukum halal haram, dosa pahala.. semua tu pada Allah. Allah yg layak nak jatuhkan hukum. kita manusia takyah nak melebih2 sgt. tengok dulu diri kita. cukup halal ke pendapatan kita selama ni?

        Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 21 Thumb down 3
      • apo2 je la.. says:

        kalau tak tau psl halal haram, jgn nk main sebut2 jer…
        yg pasti ko sendiri tgk tv kan tgk drama, filem artis2 perempuan berlakon…poyosss… nyampah aku org ckp tak serupa bikin ni….

        Like or Dislike: Thumb up 3 Thumb down 0
  11. aishiteru says:

    sape yg bg komen negatif kat wilma tu mmg kero…

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 11 Thumb down 1
  12. Rashid Shaari says:

    masih lawa lagi kak Wilma ni, teringat dulu masa belakun cita Pasrah dgn Abby, Norman hakim, benci sangat tgk watak wilma tu watak pengoda…hehhehe…tu duluuu…skrg alhamdulillahhh……

    Like or Dislike: Thumb up 5 Thumb down 0
  13. zafik mieza says:

    Berlajarlah untuk berbaik sangka. Dan katakanlah yang baik-baik kepada sesiapa pun meskipun anda tidak suka kerana setiap perkataan itu adalah DOA. Serta berilah nasihat secara berhikmah bukan dengan cara yang kasar, mengutuk, memfitnah dan segala yang negatif.

    Like or Dislike: Thumb up 7 Thumb down 0
  14. akie okie says:

    semoga jangan buka tudung semata2 melakonkan watak yg freehair..mmg hampeh je la jadinye..

    Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 0
  15. Batrisyia says:

    Jangan jadi macam Wan Nor Azlin sudah….sanggup tanggal tudung semata2 nak cari rezeki lebih….boleh ker alasan cam tu???? Rezeki dah d tentukan Allah….samada bertudung ker tak bukan itu yang menentukan rezeki sorang2….

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 10 Thumb down 0
  16. SuperBIGBANG says:

    Bukan late husband die dulu tentera ke? kan ade pencen.. isk… MARUAH PENTING. Bila jadi janda ni sebenarnya mudah sgt utk timbul FITNAH lbh2 lg klu x jage adab sbg perempuan tu sendiri.. Cukup2 la dulu2 blakon tu, klu da blakon nnti kang payah jadinya gossip la, skandal la, bla3 lah.. Nikmat Rezeki Allah ini x pernah putus, KEKAYAAN dicampak merata diatas muka bumi ni. Carik je la keje lain yg lbh berkat lg yg dpt jg air muka tu sbg janda, kesian la kat anak2 & keluarga tu.

    Hot debate. What do you think? Thumb up 6 Thumb down 13
    • zenss says:

      why not you tlg rekemen dia kt mn2 company..dpt juga pahala kn…:)

      Like or Dislike: Thumb up 7 Thumb down 2
    • MJ says:

      saya juga J. terasa dgn kata2 awak. apa bezanya J dgn pempuan2 lain. semua pempuan wajib jaga diri & maruah kan, tak kira status dara ke, J ke, isteri org ke, nenek ke…. kita tak berada di tempat dia. siapa kita nak tentukan dia cari kerja apa. kalau dia berlakon bagus tanpa melanggar syariat & boleh beri kesedaran pada org lain, apa salahnya. maybe dia boleh jadi pelakon/ pengacara utk rancangan Islamic lepas ni. berilah dia peluang. takkan TV nak penuh dgn artis seksi je. biar semua artis yg menutup aurat lebih popular dari yg seksi2 tu. semoga artis lain yg x cukup kain tu akan insaf. saudari wilma, pedulikan mereka yg suka mengutuk ni. we know ourselves better. semoga Allah permudahkan hidup anda sekeluarga.

      Like or Dislike: Thumb up 3 Thumb down 0
      • zenss says:

        yes u r right MJ.. smua wanita tu sama..tak yah nk double standard. ingat janda nk kena terperap kt umah je ke?? typical malay always think like that…janda ke balu itu takdir mereka..so jgn nak menghukum sesuka hati. maybe they are better than you superbigbang… one more thing you ingat dgn pencen tu cukup ke nak sara hidup zaman sekarang ni?

        Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
    • taranoid says:

      kalau x silap hubby die pramugara or pilot kot..tp xtau la betol ke x..

      Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  17. lynn says:

    Alhamdullilah, Wilma masih kekal bertudung walau kehilangan suami. Mmg sedih bila suami tinggalkan kita harap Wilma dpt bersabar & jg anak2 elok. Idea tuk laki tetiba kawin dgn wilma sbb tknk dia berlakon or pompuan bg laki dia kawin dgn wilma so leh jg anak2 dia mmg karut. Wilma seorg yg berupaya tuk bekerja tp tk semestinya jadi seorg pelakon.

    Utk berlakon klu boleh elakkanlah.. sbb byk lagi kerja lain yg tk perlu Wilma nk terkejar2 ke set setiap masa. Berlakon perlukan iman yg kuat & disiplin yg kuat contohnya dlm tunaikan solat, tggjwb lain pd anak – sekiranya kena kerja luar dr area KL..dll. Wilma kena pk jauh psl tuh. Sbb berlakon jadual ketat, lagi kena hafal skrip..Berlakon juga memerlukan dia berlakon dgn org laki2.. Kalu scene dia tk menggandingkan dgn lelaki sgt tk tau nk kata ok atau tak sbb dia pun org islam pttnya dia lebih tahu…aku pun mls nk ckp ape2 nnt terslh ckp ssh plk.

    Wilma boleh cuba alternatif lain, mcm mengacara ker .. Kalu ade kelulusan, carilah keje opis ker .. nak sara anak2 dgn niat yg betul insyaAllah Allah permudahkan ibu tunggal mcm dia tuk dpt keje dgn mudah jika caranya betul.

    Nie pendapat ikhlas dr aku .. So sape yg dislike, jgn lupa tekan button dislike. Wasalam.

    Hot debate. What do you think? Thumb up 16 Thumb down 7
    • selagi masih ada says:

      pada adik wilma, rasanya org bg komen negatif tu sbb kakak awak berpakaian dr yg labuh dan longgar tup2 kluar majalah dgn yg singkat dan ketat walaupun masih tetap bertutup. Kalo masih mengekalkan ciri2 muslimah seperti semasa arwah abg ipar awak masih hidup…rasanya tiada masalah pun. Kalo dh mmg darah seni sgt, amik job as pengacara, dj radio, mc majlis keramaian instead of berlakon pun ok kan? selain mahukan org lain berfikiran positif tentang kakak awak, ape kata awak pun berfikiran positif tentang komen2 yg diberi masyarakat sebelum ni. Orang2 tu beritahu sbb diorg sayangkan kakak awak..diorg nk tngok kakak awak bersama semula dgn arwah suaminya di syurga kelak… itu sahaja. Kesimpulan matlamat tak menghalalkan cara walau sepositif mana akal fikiran kiter berfikir…sekian.

      Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 16 Thumb down 0
      • aku says:

        Betui3..Doakan wilma xterikot dgn segelintir pelakon wanita y sanggup buka tudung ats tuntutan watak..

        Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
    • Triple_j says:

      baru perasan ada mulut yg kutuk idea kahwin di atas, tapi tak berani plak tepek kat situ, instead pi jauh2 kat bawah, then tulis. sebenarnya benda ni ditulis adalah utk mengkritik mulut2 longkang yg sedap2 je suruh org berhenti berlakon, kutuk dsb tapi tak pandai bagi alternatif.

      teringat dulu ada pergaduhan antara sorang janda dgn jirannya yg suka mengumpat di belakang, kata janda tu selalu balik lewat malam, mesti buat maksiat. lalu janda tu balas yg dia balik malam kerana mencari sesuap nasi, dah tak dapat kerja lain so terpaksa ambil kerja yg balik lewat malam tu. jiran2 bukan nak peduli hal diri dan anak2nya makan pakai camna, tapi tau plak mengumpat bila nampak dia balik lewat2 malam tanpa siasat kenapa camtu.

      mcm tu juga la dgn kes ni, ramai yg sedap2 cakap jgn la berlakon, ambil kerja ofis, mengacara dsb. diorang ingat mengacara ni semudah abc kot, or semudah tu kot nak cari tawaran. rozita che wan yg dah beratus2 drama pun masih kaku masa mengacara, vanida imran, maya karan dsb pun tak sebest normala shamsudin yg pandai mengacara tapi lakonan kaku. n nampak seolah2 wila ni kelebihannya hanya dlm berlakon, tak nampak bidang2 kerja lain mcm dok ofis dsb. so maybe berlakon is her true calling, asal pandai jaga diri sebagai seorang muslimah, seorang ibu dsb.

      n bagi sesiapa yg masih tak puas hati dgn cara hidup wilma yg nak berlakon utk menyara keluarga, dipersilakan kahwini or izinkan laki kahwin dgnnya, then jaga elok2, jgn bagi dia berlakon. semua tau mengeji sahaja

      Hot debate. What do you think? Thumb up 9 Thumb down 2
      • lynn says:

        Kelakar aku baca komen ko Triple_i … Tk taulah pulak pikiran ko melalut dan bertambah mengarut .. Sukahati aku lah nk ltk kt bwh ke atas ke tgh ke psl tulis idea ko yg ngarut tuh .. aku yg tulis .. Well, pernah dgr peribahasa nih … ” Bersusah2 dulu bersenang2 kemudian”.. kalu tk pernah dgr maknenya ko tk gi sekolah.

        Mana ade benda senang dlm dunia nih. Kalu nk senang lenang, doalah dpt anak raja ke, tk yah kerja trus. Itu psl kena usaha tanpa jemu. Dlm hidup nih, dugaan tuh mmg byk tp pandai tk pandai org nk handle jer. kalu ko suh org kawin dgn dia semata2 tk bg dia kerja and just jaga anak, dia pun smpi bila takkan maju.. Idea ko mmg mengarut.

        Sume org ade kelemahan,Rozita tuh brapa kali sgt jd pengacara mmg lah kaku. Normala tuh leh kira dgn jari drama dia berlakon tentulah kaku .. Tp, kalu usaha dlm jadi pengacara tk mustahil leh jadi sehebat oprah. or DJ ker, ok jer tk perlu nk peluk2 org laki ke & leh organize timing gak ..cubalah pk sket dia tuh janda anak 5 kenalah lebihkan family dr benda2 lain. nnt anak2 terabai mcm mana. org bkn mengeji tp org sayangkan pompuan mcm dia, ade reti? kalu tk reti p ngaji balik.

        Hot debate. What do you think? Thumb up 4 Thumb down 12
    • benci org mcm lynn says:

      lynn ko ni byk mengarut la..wilma tu tahu la apa yg dia buat.. ko pndai ckp je kn..ko syg sgt kt dia pegi la jumpa dia tanya kot2 ada masalah ke apa..ko bkn tahu pn apa yg dia sdg lalui..bila dia dh buat sesuatu keputusan tu aku percaya yg dia tu dh pikir masak2..so ko tak yah nk macam2 sgt..mcm mn la nk maju klau byk org yg mcm ko ni.. byk bunyi jek..

      Like or Dislike: Thumb up 5 Thumb down 2
      • triple j says:

        malas nak cakap dgn org perasan bagus ni. tak kena batang hidung sendiri, sedap la mulut bercakap. tapi bilangan likes dan dislikes menunjukkan pembaca blog ni tahu whats going on, bleh berfikir dgn matang.

        again kepada wilma, tabahkan hati, berkerja la apa2 pun asal tuntutan syariat sbgi muslimah tak diabaikan.

        Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 1
      • benci org mcm lynn says:

        tu la..apa salahnya bg ruang utk org2 bertudung dan menutup aurat ni berkecimpung dlm dunia seni as long as dia tahu dia punya limit. belum tgk lakonan dia mcm mana dah sibuk2 nk piki mcm2… tak semestinya berlakon tu perlu peluk2 je… mn tahu dgn lakonan dia boleh berdakwah utk membuka mata byk pihak dgn menutup aurat juga boleh brlakon. so ini akan memberi perspektif baru dlm dunia lakonan kita.. kan lebih bagus klau lebih ramai pelakon kita yg menutup aurat.. tak de la penonton berdosa sbb nak kena tgk pelakon2 tak pkai tudung.. rmai lagi pelakon yg dh bertudung sekarang..ok je.. sbnrnye cik lynn takde beza pun antara jd pelakon,pengacara,atau pun DJ yg you suggest tu.. klau baik caranya, baik lah dia. klau buruk caranya, buruk lah dia. kita tgk dulu hasil lakonan dia nnti mcm mana then baru bg kritikan…budaya melayu ni mmg suka mengkritik dulu sblm tgk hasil.. tak yah risau2 sgt ek psl wilma ni.. dia dh besar bkn budak2 lg.

        Like or Dislike: Thumb up 3 Thumb down 0
  18. lara_hati says:

    Sekali pandang mcm ana dahlia plak rupa wilma ni, dulu2 aku tgk dia cantik ke wilma ni(dlm pasrah)…tp skrg mmg terserlah cantiknya tu.

    Like or Dislike: Thumb up 3 Thumb down 0
  19. yana says:

    dah tentulah wilma tak berpendidikan tinggi,pengalaman kerja pun takde,umur dah meningkat,siapa nak amik dia kerja?yg ada ijazah pun masih byk menganggur.dah dia ada satu kebolehan je iaitu berlakon..apa slhnya?kita kena igt dia ada anak2 utk ditanggung makan minum pakai pelajaran bagai.bukan sikit duit yg nak diguna ye.sape ada anak tau la..asalkan dia berlakon dgn cara yg baik i means menutup aurat dgn sempurnamtak memegang lelaki yg bukan muhrim, takde slhnya..dan jugak kalau drama yg blh membawa pengajaran lg la bagus..jgnlah cepat nak menilai org lain..dia ada sebab sendiri..kita pun msg2 ada jugak mslh sndiri.takkan nak cerita kat org kot duit tak cukup?so fikir2kanlah..moga wilma terus jaga aurat dan perlakuan..insyaAllah kalau niat tu betul Allah akan bantu..

    Like or Dislike: Thumb up 7 Thumb down 0
  20. Syatirah says:

    Belajarlah untuk berbaik sangka
    Menilai dari sudut positif
    Bidang lakonan pun boleh menjadi medan dakwah
    Doakan dirinya yang baik-baik
    Semoga dia tetap kekal berada dalam ajaran Islam yang sebenar..
    Kekal iman dan akidahnya selari dengan pegangan hidup…
    Semoga apa yang disumbangkannya melalui lakonannya itu nanti akan dapat membangunkan jiwa-jiwa insan agar lebih dekat dgn ajaran Islam..
    Wallahua’lam…

    Like or Dislike: Thumb up 6 Thumb down 0
  21. hishhh says:

    biarla wilma apa pandangan manusia sekali pun…ssh nk puaskan hati semua org.. asalkan you masih menutup aurat dan tak kacau laki org still ok la.. menjadi balu bkn semudah yg disangka.. tanggung jawab ayah dan ibu terpaksa dipikul sekali gus,,,tak mudah utk seorng perempuan mengharungi semua tu.. org nak bercakap mmg mudah pong pang pong pang.. yg mengherdik akan lebih byk dr yg akan membantu..itu lumrah alam…apa yg penting jg hubungan dgn ALLAH dan utamakan family you..you know better about your life…kuatkan semangat dan semoga tabah menghadapi kehidupan..hanya insan terpilih yg akan diberi ujian seperti ini..

    Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 0
  22. Dato minah jambu 24jam mengadap computer says:

    wilma suami u meninggal dia sakit ape? semoga wilma menghadapi dugaan ini ngan tabah n dapat berlakon semula kerana kite2 semua rindu ngan lakonan wilma al maklom lah wilma kn dh lama tk berlakon kn…lov u..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  23. Dato minah jambu 24jam mengadap computer says:

    tengok macm minah jambu ni orang pesangka burok ke pesangka baik ke gi mampos ngan dorang tk payah peduli lah ! buat ape nk peduli ape orang nk sangka…asek nk pikir pasal ape orang cakap hari pn malam…….

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  24. […] Berhubung entri di BeautifulNara yang memaparkan Wilma Muhammad sebagai penghias kulit hadapan, pelbagai reaksi yang diberikan berkenaan keputusan wanita itu untuk kembali ke dunia hiburan. Ada yang positif dan ada yang negatif, namun adik kepada Wilma yang bernama Nurain Muhammad … Continue reading → […]

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  25. Reena says:

    Tu channel 114 ok jer..halal aper..ada irma, ustaz don, so aku rasa wilma pun leh dipertimbangkan bekerja di situ..kesianlah, dia pun ada anak yg nak ditanggung..tak silap, arwah suami dia pilot kan? Klau salah, tolong betulkan….

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
  26. dato minah jambu 24jam mengadap computer says:

    tu sebab nye kalau dh berlaki jangan teros je pakai tudong !! asal kn kite buat peangai baik sudah lah…kalau kiena cerai ke ape ke kn susah nk berlakon nk cari rezki untok kasi9 makan anak2…..pengarah pn tkan nk ambek pelakon yg pakai tudonggggg je ! kalau peranan pompan simpanan tkan nk ambek pelakon yg pakai tudong ! nk nyanyi tk boleh pasal di sebabkn bertudong…lagu ape nk nyanyi? setakat lagu2 nashid je lah yg boleh….nk shaffle tk boleh nanti orang mengata pulakkkkkkkkkkkkkkk pompan bertudong lonjak sana lonjak sini macm pompn gatal huh !!!!!

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 4
  27. saya says:

    biarlah wilma nak berlakon ke apa, yg penting dia tahu limit….saya rasa dia dah berfikir panjang sebelum mengambil keputusan ini. dunia sekarang memerlukan duit yg banyak untuk membesarkan dan menyekolahkan anak-anak.pencen suami mungkin x cukup nak sara keluarga…takkan nak bergantung pd orang lain pula. senang kata suruh cari kerja lain, tapi graduan universiti dan lelaki yg berkelayakan pun ramai yg tak dapat kerja. cakap memang mudah. takkan nak jadi salesgirl sebab dah beranak-pinak….

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  28. J says:

    ermmmm..by d way Wilma mmg lawa giler…teringat masa terjupe dia kat klcc ( (a few yrs ago time citer ngan norman hakim dulu tu)..xsombong compare ngan kwn2 dia..pepun dia nak wat skrg hope dia still jd muslimah mcm skrg nih..kak wilma muahhmuahmuahhhhhhhhhhhh

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0