Erma Fatima Nafi Mahu Minta Cerai Daripada Bade

Hiburan

Erma Fatima Nafi Mahu Minta Cerai Daripada Bade

Sebenarnya Abang Nara agak terkejut juga membaca perkhabaran mengenai Erma Fatima yang dilaporkan ingin meminta cerai daripada suaminya, Bade seperti yang telah dilaporkan di dalam BiPop semalam. Seperti yang kita semua tahu, Bade baru-baru ini telah pun melangsungkan perkahwinan keduanya. Agak pelik juga kenapa Erma mahu memohon penceraian sedangkan dia sendiri telah memberi keizinan untuk dimadukan oleh Bade.

erma fatima

Advertisement

Tekanan daripada hidup bermadu dikatakan menjadi punca permohonan cerai yang kononnya bakal dilakukan oleh Erma. Malah menerusi artikel tersebut, Erma dikatakan sedang mencari peguam untuk menguruskan hal tersebut. Namun hari ini menerusi Mstar Online, Erma Fatima tampil menafikan khabar angin yang ditulis. Kata Erma:-

Fail cerai? Siapa yang kata? Saya sendiri tidak tahu menahu mengenai perkara ini macam mana pula orang lain lebih tahu? Saya belum baca gosip berkenaan tetapi apa yang ditulis itu tidak benar. Saya tidak mahu komen panjang mengenai perkara ini dan biarlah apa orang hendak kata

erma fatima

Lega hati Abang Nara mendengar penafian ini. Iyerlah, sayang sangat kalau perkahwinan berpuluh-puluh tahun berakhir dengan penceraian. Lagipun Erma memang dah beri keizinan untuk Bade berkahwin lagi. Tak nampak ada sebarang masalah. Semoga dengan penafian ini, tiada lagi desas-desus sebegini berterbangan. Sama-samalah kita doakan agar Erma sekeluarga terus bahagia.

P.S: Tambang baru pengangkutan awam akan diumumkan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...