Written by Bella | June 28th, 2015

Berita mengenai Adira yang sudah putus tunang bersama Presiden Belia Gagasan 1Malaysia, Shahrul Nasrun cukup hebat diperkatakan, apatah lagi beberapa khabar angin mengatakan hubungan mereka putus di tengah jalan berpunca daripada kehadiran orang ketiga iaitu penyanyi Elizabeth Tan.

Ekoran gosip tersebut yang tersebar secara liar, Elizabeth dalam satu kenyataan memberitahu bahawa Shahrul yang terlebih dahulu menggoda beliau. Susulan pengakuan Elizabeth, Shahrul kemudian tampil memberikan kenyataan kepada media sekaligus menafikan wujudnya hubungan cinta antara mereka berdua. Namun, keadaan menjadi lebih rumit apabila Shahrul sendiri pernah mendakwa Adira hanyalah sebagai kawan wanitanya sahaja kepada Elizabeth sedangkan ketika itu mereka sudah bertunang.

Terbaru menerusi akhbar Kosmo, Adira menyatakan beliau tidak mahu  nama Elizabeth Tan terus dikaitkan dengan punca sebenar perpisahan bersama tunangnya dan menganggap perpisahan yang terjadi adalah ketentuan takdir meskipun mengakui hatinya masih kecewa dan tidak menyangka perkara seperti ini akan berlaku kepadanya.

Dia (Elizabeth) tiada kaitan dalam hal ini. Bagi saya, perpisahan ini adalah ketentuan Ilahi dan tiada siapa mampu menghalangnya. Setiap manusia tidak boleh lari daripada melakukan kesilapan. Inilah ujian dan ketentuan yang perlu saya terima.

Terus terang, saya ada menghubungi Elizabeth dan berborak dengannya supaya dia tidak rasa dirinya bersalah. Biarlah apa yang berlaku ini menjadi pengajaran buat saya dan Shahrul.

Buat masa ini, Adira enggan memberikan sebarang komen mengenai punca sebenar beliau dan Shahrul putus tunang.

Maaf. Ia terlalu peribadi untuk dikongsikan. Lagipun saya mahu menjaga nama baik kedua-dua belah pihak. Saya tetap dengan pendirian untuk tidak mendedahkan punca sebenar keretakan hubungan kami walaupun ramai yang sudah membaca berita ini di laman sosial. Biarlah mereka sahaja yang buktikan asalkan bukan daripada mulut saya.

Bukan mudah untuk menerima hakikat bahawa impian yang dibina bersama insan tercinta akhirnya musnah. Apa-apapun lebih baik untuk Adira menghadapi kenyataan ini sebelum beliau mendirikan rumah tangga kelak. Kami mendoakan agar Adira diberikan kekuatan dan tabah dalam ujian hidup ini.

Sumber Berita: Kosmo

8 responses to Elizabeth Tan Tiada Kaitan Dengan Isu Putus Tunang – Adira

  1. Mamat kelate says:

    laki tu memang gatal bijek, sebelum adira penah dengan nora danish and then ada gossip mengatakan penah nak try lana nordin.. harap duit pamili jek, diri sendiri presiden persatuan sendu ..

    0

    0
  2. whiterose says:

    Makin manis pula adira ni bila pakai tudung.. tak berhenti i tgk muka dia.. puji sgt kcntikn si akak sorang ni.. well. Aku bangga dia menetapkan tidak bercerita mengenai hal peribadinya.. kerana artis … hal peribadi bukan hal kerja.. bakal isteri soleha lah dia ni.. belajar tutup aib keluarga..

    0

    0
  3. Wak Sodok says:

    Lelaki persatuan sendu. Hahahah..mmg lawak. Apa saja yg depannya 1 mmg tak boley percaya dah. Kwang3

    0

    0
  4. minah jambu terlajak habis says:

    anggap la ni tkde jodohh jangan kaitkn orang lain dlm soal ni..kate jodoh di tangan tuhan so diam2 sudaa ..untok adira u dh bertudong u buat amal ibadat sudaa tk payah la u nk nyanyi2 lagi macm leceh gitu..

    0

    0
  5. Ani says:

    Sabarnya Adira. Begitu kuat jiwamu. Tak semua orang mampu redha tanpa berdendam dengan orang ketiga atau ex. Semoga kamu beroleh ketenangan dan kebahagian hidup.

    0

    0
  6. hey says:

    lahai elizabeth tan ni dah ada boyfriend la bang nara. bf dia tinggi, tegap, ada tattoo, cina hensem la senang kata. taste nokkk!

    0

    0