Makin panas nampaknya perbalahan di antara ahli keluarga dan Chef Wan. Semuanya bermula apabila Chef Wan memuatnaik gambar ahli keluarganya yang sedang tidur pada hari raya kedua dan menyelar mereka kerana sikap pemalas. Dipermalukan sebegitu rupa di laman sosial, beberapa orang ahli keluarga di dalam gambar itu telah tampil mempertahankan diri mereka. Berdasarkan penjelasan, mereka kesemuanya bangun lewat kerana kepenatan melayan tetamu yang merupakan peminat Chef Wan.
Abang Nara ingatkan pergaduhan antara ahli keluarga ini akan diselesaikan secara face to face atau melalui mesej secara peribadi, nampak gayanya diri ini tersilap. Krisis antara mereka semakin meruncing apabila Chef Wan tampil membuat 3 lagi penjelasan panjang lebar di Instagram. Menurut Chef Wan, dirinya mengeluarkan segala perbelanjaan untuk Hari Raya atau dalam erti kata lain, ‘Bank Negara’ untuk sambutan Hari Raya keluarganya. Malah Chef Wan juga menyatakan semua yang dikatakan oleh ahli keluarganya adalah fitnah dan menyelar mereka kerana menggigit tangan yang memberi makan.
Fuh amik kau punya panjang lebar leteran Chef Wan di laman sosialnya. Habis semua ahli keluarga yang terlibat dihentam. Secara jujur, Abang Nara rasa mereka tidak akan jumpa jalan penyelesaian sekiranya kedua-dua belah pihak terus berbalasan mesej sebegini. Kalau dah ahli keluarga tue, tak perlu la bergaduh di laman sosial. Jumpa terus. Luahkan rasa tidak puas hati. Yang muda minta maaf, yang tua kenalah mengalah. Apa kata anda?