July 20th, 2015

Balik kampung di Hari Raya Aidilfitri adalah satu kegembiraan buat kita semua. Berkumpul sanak saudara, berborak sakan, lepak main bunga api, sembang perkembangan terkini dan macam-macam lagi. Walaupun begitu tidak dinafikan ada sikap sesetengah saudara mara/ahli keluarga yang menjengkelkan. Namun demi semangat Hari Raya, perkara tersebut dipendam dalam hati. Chef Wan bagaimanapun mengambil langkah meluahkan rasa geramnya terhadap saudara mara yang melepak, menyemakkan rumah, bangun lewat, tidur tak bangun-bangun, tak membantu di laman Instagramnya.

chef wan

Secara jujur Abang Nara pun tak adalah bangun awal sangat tetapi tak adalah sampai pukul 9 pagi. Dan tak adalah terjegil terus bukak tv. Masa zaman kanak-kanak dulu adalah buat macam tue. Dah besar-besar nie pandailah juga mandikan anak. Tolong bini apa yang patut. Hehehe. Luahan hati Chef Wan ini mendapat reaksi daripada para pengikutnya yang rata-rata bersetuju. Rupa-rupanya ramai yang mempunyai sanak saudara sebegini.

By 9am dah tak tahan lagi mula la mulut saya menharuk satu rumah which seem like a yearly affair.” Bangun2 rasa nak sepak2 kan sahaja manusia2 yg malas ini dari membuta sehingga mata hari tu suluh ke jubur.Ada yg tak mandi lagi dah mengadap TV pagi2 buta tergolik mcm Ikan buntal dah tak laku tu.

I told my mother loud and clear and menyindir ” faham ke muka2 tebal yg tak tahu malu ni.Rumah ni bukan hotel ada baruah to run around to feed some of them 3 meals aday!

Dah besar2 panjang bulu bawah tu dah sampai ke pusat dan beranak pinak and still dont get it?
Tu cucu menantu emak tu Naim, Hafeez pagi2 rajin sapu sampah dan siram pokok semua.Itu orang luar emak…menantu bukan anak lelaki sendiri or nephew orang lain but our family.

The nieces, sisters and sisters in law semua rajin2 bertungkus lumus berkerja didapur tu are all to help but some of their sons in this house langsung tak tahu malu mahu berusaha.Duduk melepak and menyemak kan rumah lagi ada.
Geram rasa hati ni.Pagi2 saya dah kata kan

” Jika rasa tak boleh nak membantu and do something balik rumah masing2 dari menyusah kan hidup orang lain and emak ni”.. Kita pandang pun sakit hati kan.

I am sure i am not the only one in Malaysia facing this issue with all this lazy and useless people.They are like parasite in our life.
As far as i am concern mampus kau org la tak suka aku pun yg salah tetap salah.Ubah la sikap pemalas tu!

Puas saya mengajar, berleter kan and show as an example dari kecil sampai ke tua! There always some bad apples in a family.They drived u nuts and become a pest after a while.

Sikap curi tulang, tidak apa attitude, duduk bersembang panjang dah jadi mcm penyakit dlm masyarakat Melayu these days!

chef wan

Selaku orang tua teguran oleh Chef Wan ini seharusnya diambil berat oleh kaum keluarga. Pasti malu apabila orang tua menegur kita secara terbuka di Instagram. Raya tahun depan confirm tak nak balik lagi. Hehehe. Apa pendapat anda? Wujudkah sanak saudara anda yang sebegini atau kesemuanya rajin-rajin belaka? Kongsikan di ruangan komen.


Comments are closed.

Loading...