Awie Akan Didakwa Di Mahkamah Hari Ini Atas Dakwaan Pukul Isteri

Hiburan

Awie Akan Didakwa Di Mahkamah Hari Ini Atas Dakwaan Pukul Isteri

Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 46, akan dihadapkan ke Mahkamah Ampang hari ini atas tuduhan memukul isterinya, Rozana Misbun. Awie sebelum ini disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda. Perkara ini telah disahkan oleh Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairuldin Saad.

awie

Advertisement

Sebelum ini desas-desus mengenai seorang penyanyi rock memukul isterinya di sebuah bank telah tersebar dengan luas. Orang ramai mendakwa penyanyi tersebut ialah Awie. Namun vokalis kumpulan Wings ini mencabar supaya dikemukakan bukti atas dakwaan tersebut. Susulan itu, minggu lalu, sekeping gambar yang didakwa isteri Awie, Rozana Misbun dalam keadaan lebam akibat dipukul telah pun tersebar.

awie didakwa

Sama-samalah kita nantikan perkembangan kes ini. Bersalah atau tidak, hanya mahkamah yang akan putuskan. Semoga pihak yang benar akan beroleh kemenangan. Info asal Utusan Malaysia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...