Polis Sahkan Awie Sedang Disiasat Atas Dakwaan Sengaja Cederakan Isteri

Hiburan

Polis Sahkan Awie Sedang Disiasat Atas Dakwaan Sengaja Cederakan Isteri

Susulan tersebarnya gambar yang didakwa isteri kepada Awie, penyanyi kumpulang Wings ini telah pun dipanggil oleh pihak polis untuk siasatan. Gambar yang menunjukkan wanita tersebut lebam dan cedera di wajah akibat dipukul memang menyedihkan. Pada mulanya gambar tersebut tersebar di Whatsapp sebelum ia mula disebarkan di laman sosial secara meluas sehingga menyebabkan pihak polis memanggil Awie untuk disiasat.

awie pukul isteri

Advertisement

Hari ini menerusi Kosmo, pihak polis mengesahkan yang Awie sedang disiasat atas dakwaan sengaja mencederakan isterinya, Rozana Misbun. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Mohd. Adnan Abdullah berkata, penyanyi dan juga pelakon itu ditahan sebelum kenyataannya diambil untuk siasatan. Awie kemudiannya dibebaskan dengan ikat jamin dan kini disiasat atas dakwaan sengaja mencederakan isterinya.

awie

Sebelum ini Awie dengan lantangnya bersuara mahu pihak yang menyebarkan desas-desus dirinya memukul isteri agar tampil dengan bukti. Sama-samalah kita nantikan perkembangan selanjutnya kes ini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...