June 16th, 2014

Entah mengapa apabila berbicara tentang Awie, pasti akan ada perkataan “pukul-memukul” di dalamnya. Kesian juga jadi Awie. Terbaru, ada desas-desus yang menyatakan Awie telah memukul isterinya di sebuah bank di ibu negara baru-baru ini. Tak logik untuk lelaki semacho Awie berbuat demikian. Tidak menafikan atau mengiyakan desas-desus itu, Awie menganggap tuduhan tersebut amat melampau.

awie

Menerusi Pancaindera semalam, Awie menerangkan yang dia tidak akan melakukan tindakan yang boleh memudaratkan orang tersayang. Terang Awie:-

Dalam kes-kes yang membabitkan nama saya sebelum ini, jelas saya tidak diberi peluang untuk menjernihkan keadaan malah terus-terusan dituduh yang macam-macam. Masyarakat hanya nampak semua kesilapan saya sedangkan mereka tidak tahu tentang cerita sebenar.

Saya hanya akan bercerita jika ada bukti yang dikeluarkan oleh mana-mana pihak yang menyabitkan nama saya terhadap dakwaan tersebut. Jika tiada, rasanya tak perlu saya ulas. Kisah rumahtangga terlalu privasi buat saya. Tidak wajar digembar-gemburkan.

Saya manusia biasa yang tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. Yang baik orang tak nampak tapi kalau yang buruk, mudah-mudah saja buat cerita. Saya sedih apabila orang kata saya gengster yang memukul isteri sendiri. Itu bukan saya.

awie
Sabarlah Awie. Biasalah perkara sebegini. Rasanya tak ada orang yang tampil memberikan bukti penglibatan Awie dalam desas-desus memukul isteri ini. Khabar angin memang boleh bertiup kencang tanpa diketahui kebenarannya. Kesian juga Awie asal ada benda buruk je mesti namanya turut terpalit.

P.S: Pekerja kilang bihun di China pijak bihun


Comments are closed.

Loading...