Written by Bella | July 2nd, 2015

Penyanyi Adira enggan terus terjerumus dengan perasaan duka dan meratapi kisah beliau putus tunang bersama Pengerusi Gerakan Belia Gagasan 1 Malaysia, Shahrul Nasrun. Buat Adira, tumpuan utama beliau kini adalah untuk keluarga beliau yang turut terjejas ekoran bencana gempat bumi yang melanda negeri Sabah baru-baru ini.

Saya rasa adalah tidak wajar untuk saya meratapi kisah pertunangan saya yang telah putus. Pada masa sama keluarga saya di Sabah berdepan dengan situasi bencana alam yang seharusnya diberikan lebih perhatian raya (Aidilfitri) yang bakal menjelang tidak lama lagi, keadaan rumah saya juga perlu diperbaiki.

Di sebalik kejadian putus tunang itu, ada lagi kejadian yang lebih penting untuk saya fokus. Malah Aidilfitri tahun ini juga agak berbeza sedikit jika dibandingkan beberapa tahun sebelum ini. Sememangnya saya sekeluarga menyambut raya secara sederhana saja. Namun saya berharap Sabah akan pulih seperti sedia kala dan kami dapat menyambut Hari Raya.

Keretakan hubungan cinta Adira dan Shahrul menjadi bualan hangat apabila nama penyanyi, Elizabeth Tan dikaitkan sebagai orang ketiga yang menjadi punca perpisahan mereka. Namun, Adira sudah membuat keputusan untuk tidak lagi memikirkan perkara tersebut dan beliau kini sudah “move on” dengan kehidupannya. Malah sebelum ini Adira pernah memberikan kenyataan bahawa Elizabeth tiada kaitan dalam isu putus tunang berkenaan.

Saya sudah ‘move on’. Saya tidak mahu fikirkan apa-apa lagi. Yang lepas itu biarlah berlalu dan tak perlu dikenang lagi. Anggap saja tiada jodoh antara kami.

Adira turut meluahkan perasaan terharunya dengan sokongan padu yang diberikan oleh peminat dan pihak pengurusan tanpa henti. Baginya, sokongan tersebut merupakan pembakar semangat untuk beliau menjadi lebih tabah menghadapi pelbagai ujian yang mendatang.

Sumber Berita: Berita Harian

21 responses to Adira Enggan Berduka Dengan Kisah Putus Tunang Sudah Move On

  1. aku says:

    ye la..adira pun dah move on da agaknya… tp yg x move on tu..wartawan2 ler..asik dok tanya benda lama jer…kemon ar..

    0

    0
  2. Sayang UMNO says:

    Tak habis2 dengan kisah2 artis tentang penceraian, gaduh, cinta, pic bogel..

    Ini semua POYO!!
    Baik join mesyuarat UMNO dan register sebagai puteri UMNO..
    Banyak info dan perihal semasa negara lagi penting dari gossip yang tak habis ni!

    Hidup UMNO! Hidup Najib! Hidup Melayu!

    0

    0
    • minah jambu gi bazar ngan nenek says:

      idop umno ! idop jalur gemilang ! idop 1malaysia ! idop pak najib ! lov u pak najib ! emmmuah !

      0

      0
      • Zack says:

        hidup korupsi…hidup cincin berlian…hidup private jet, hidup penyangak dan hidup penindas. :(

        0

        0
  3. Anonymous says:

    bgus la.. lg pun x rugi putus dgn “player” ni.. kelak kte merana dgn jnji2 0.. syukur tlepas dri buaya.. dri trus dibahamnya..

    0

    0
  4. Mila says:

    bgs adira, matang statement dia. tak salahkan mana2 pihak. btw, makan product apa skang nie? nk jgk kulit putih mcm adira.

    0

    0
    • rozmah manshor says:

      nak putih minum la clorox..
      bibir pun pink ko..
      cth : abe jib ku

      0

      0
    • Aku pun putih kikiki says:

      Org gelap pun leh jadi cerah skg ni, inikan lg org dh sediakala putih.
      Nk kulit mcm sebijik adira, awk kena asalnya putih dulu, lps tu mgkin leh try kolagen @ produk minuman lain, baru leh sebijik mcm tu. Btw, kazen aku sabah ikut mak dia, dr kck smpi skg x mkn apa2 pun, putih melepak, sgt2 melepak hinggakan mrh trkjut malu semua boleh tau dr warna muka dia x perlu dia nk cakap apa2 lol.

      0

      0
  5. Diva Sebenar says:

    Lawa…Semoga bertemu jodoh dgn lelaki yg lebih baik..

    0

    0
  6. nanana says:

    minat adira ni. pentingkan keluarga. humble. matang. bukan mcm artis lain yg kebudak budakan. move on adira!! i love you <3

    0

    0
  7. Abang Jailani says:

    Yang paling saya sakit hati pasal GST ni…masa saya nak beli ubat di farmasi untuk emak saya yang sakit… tu dia UBAT untuk emak sakit pun kena GST…makin mahal harga ubat…. dah lah tu…kalau ubat yang di POS Laju dari hospital kerajaan kena RM5…sekarang bayar RM5.30 sen….Apahal ni PAK NAJIB?? Tolong rakyat apa ni….??
    Next pilihan raya SILAP BESAR lah aku nak pangkah BN…..

    0

    0
  8. kak long says:

    baguslah tu adira…move on…usah dikenang usah difikirkan….
    mulakan hidup baru…

    0

    0