Written by AbangNara | September 21st, 2017

Jutaan tahniah diucapkan kepada pelawak terkenal Tauke Jambu yang bakal melangsungkan perkahwinannya pada bulan Disember ini. Tauke telah pun melangsungkan pertunangan dengan Nadia Mohd Affendi pada 5 Disember 2015. Majlis pernikahan akan dijalankan secara tertutup dan dihadiri oleh ahli-ahli keluarga terapat sahaja.

tauke jambu kahwin

Tauke juga turut berkongsi cabaran yang perlu dilaluinya sepanjang tempoh pertunangan mereka. Kata Tauke:-

Saya terlalu sibuk dalam tempoh itu dan tidak boleh fokus tentang perkahwinan. Sekarang masa yang sesuai untuk saya fikir tentang kahwin dan majlis. Ya, sepanjang dua tahun memang pelbagai cabaran, betul apa yang orang kata tempoh masa bertunang itu sangat-sangat menguji kita. Kami juga melalui fasa pasang-surut dalam hubungan ini, tapi saya bersyukur Nadia seorang yang penyabar dan sentiasa berada di sisi jika saya berhadapan dengan masalah.

Insya-Allah kami akan bernikah pada Disember ini dan majlis resepsi akan diadakan pada 9 Disember depan di Ambersador Hall, Putrajaya. Tarikh pernikahan saya tidak boleh kongsi, ia mungkin sebelum majlis resepsi. Namun ia akan dijalankan dalam keadaan tertutup untuk ahli keluarga sahaja.

tauke jambu kahwin

Semoga perkahwinan Tauke kali ini akan berkekalan sehingga ke akhir hayat. Semoga segala perancangan berjalan dengan lancar. Tahniah sekali lagi diucapkan. Sumber Mstar Online.

Written by AbangNara | September 21st, 2017

Dikecam baru-baru ini kerana berbaring di dalam bathtub yang penuh dengan timbuna duit, Datuk Seri Vida inginkan video klip “I Am Me” mencapai taraf penyanyi antarabangsa seperti Taylor Swift. Untuk makluman, kos perbelanjaan membuat video klip ini mencecah RM1 juta. Ia memang satu angka  yang cukup mengkagumkan. Abang Nara rasa tak sabar pula hendak melihat hasil akhir video klip ini. Confirm meletup punya.

vida

Apa yang menyebabkan harga pembikinan klip itu mencecah angka RM1 juta juga, katanya, dilaburkan dalam pembelian barangan kemas yang ditempah khas semata-mata untuk dipakai dalam klip video arahan pengarah ternama, Ghaz Abu Bakar. Sementara itu kos produksi pembikinan klip video tersebut menelan belanja RM180,000 dan kos peralatan pula mencecah RM100,000. Kata Datuk Seri Vida:-

Klip video saya ini bukan nak menunjuk atau riak dengan kekayaan tetapi untuk memberi inspirasi kepada orang ramai tentang wang dan kemewahan. Se­nang cakap apa yang ditonjolkan adalah satu cara kehidupan agar orang ramai berusaha untuk berjaya, tapi orang tak faham. Terke­sima juga saya dengan komen-komen mereka itu.

Boleh dikatakan hampir 90 peratus netizen hentam saya kerana mereka tidak faham de­ngan konsep yang saya tonjolkan itu. Setiap kali saya buat sesuatu perkara mesti ada sasaran. Untuk klip video arahan Ghaz Abu Bakar itu saya mahu ianya capai taraf antarabangsa seperti penyanyi Taylor Swift.

Sebenarnya saya rancang buat klip video sebegitu sejak dua bulan lalu sewaktu lagu I Am Me dilancarkan, tak sangka konsep yang saya fikir itu dah dipakai oleh Taylor Swift dulu. Kalau dia mandi berlian, saya pula mandi wang. Tak tahulah kalau dia juga dikecam seperti saya.

Cincin rama-rama yang saya pakai itu berharga RM400,000. Disebabkan saya nak konsep rama-rama, cincin itu ditempah, nanti kalau siapa berminat saya akan lelong sebab itu bukan cincin biasa.

vida

Semoga video klip “I Am Me” ini akan menjadi viral dan mendapat jutaan tontonan daripada rakyat Malaysia dan antarabangsa. Pastinya hasil yang akan dipampangkan adalah berbaloi dengan perbelanjaan yang dikeluarkan oleh Datuk Seri Vida. Sama-sama kita nantikan. Sumber Utusan Malaysia.

Written by AbangNara | September 20th, 2017

Adira adalah salah seorang daripada 12 peserta akhir AF Megastar. Adira juga menjadi peserta yang terawal terkeluar daripada pertandingan ini selepas tersingkir di minggu pertama. Untuk makluman, AF Megastar menampil 40 peratus keputusan berdasarkan undian penonton menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) manakala juri mewakili 60 peratus markah. Sebagai suami kepada penyanyi tersebut, Datuk Red memaklumkan bahawa isterinya itu membuang masa menyertai program seumpama ini kerana Adira sudah pun mempunyai nama di dalam dunia nyanyian.

adiraKata Datuk Red:-

Sejak awal lagi saya tidak setuju kerana dia sudah ada nama dan tidak perlu sertai pertandingan begitu. Lagi pula saya kasihankan Anggerik yang masih kecil. Namun, saya sokong bila dia mahu juga sertai. Tapi itulah, saya rasa dia hanya buang masa je, lebih baik dia fokus cari lagu baru dari sertai program ini.

Saya sudah jangka Adira akan terkeluar kerana sejak masuk program ini dia tidak dibenarkan membawa bayi ke sesi latihan atau masa pertandingan. Tapi malam itu pihak produksi berkali-kali ingatkan dia supaya bawa anak. Jangan kata saya tidak mengundi, letih sudah mengundi, malah semua pekerja saya pun mengundi.

adira

Fikir-fikir balik, memang betul pun apa yang dikatakan oleh Datuk Red itu. Adira bukanlah nama baru atau sudah menjadi artis suam-suam kuku. Masih popular dan mempunyai banyak lagu yang popular. Apa pun, pasti ada hikmahnya Adira terkeluar seawal minggu pertama. Sekurang-kurangnya dapatlah luangkan lebih banyak masa bersama anak dan suami tercinta. Sumber Mstar Online.

Written by AbangNara | September 20th, 2017

Seperti yang dijanjikan, Fathia Latif telah tampil sekali lagi menerusi akaun Instagramnya untuk memohon maaf atas kontroversi yang menimpa dirinya. Fathia juga meminta maaf kerana menunjukkan contoh yang tidak baik kepada masyarakat. Selain itu, Fathia meminta agar netizen tidak menyalahkan kawannya, Natasha Elyzza. Menurut Fathia, Natasha juga masih dalam proses pembelajaran.

fathia latif

Tulis Fathia Latif di laman Instagramnya:-

Im sorry to unintentionally showing bad example to the public. i wasnt aware. the video leaked. i apologize. May Lord forgive my sins. tasya isn’t guilty. she is still in the process of learning too. pls dont blame her.

fathia

Semoga kontroversi ini benar-benar menjadi pengajaran buat Fathia Latiff. Semoga Fathia juga benar-benar berubah, sesuai dengan imej muslimah yang dibawanya. Rasanya kita dah boleh tutup buku tentang kontroversi ini. Semoga perkara yang sama tidak akan berulang lagi.

Page 10 of 27« First...89101112...20...Last »