Written by AbangNara | September 26th, 2017

Selain daripada Hans Isaac, Eizlan Yusof turut sama berada di atas pentas FFM29 ketika Zizan Razak membuat lawak “gelaran Datuk dibeli”. Ternyata tindakan Zizan mempersendakan gelaran Datuk yang dimilikinya telah membuatkan Eizlan Yusof berasa sedih. Namun begitu, Zizan Razak telah pun menghubungi Eizlan Yusof dan meminta maaf atas perkara tersebut.

eizlan yusof

Eizlan Yusof juga melahirkan rasa bangga atas tindakan Hans Isaac yang mempertahankan diri dan juga rakan-rakan selebriti yang membawa gelaran Datuk. Kata Eizlan:-

Siapa yang tak sedih apabila perkara sebegini boleh berlaku. Saya memang senada dengan Hans. Apa yang dia rasa, saya pun sama seperti itu. Tapi semua sudah selesai. Saya hormat dengan tindakan berani Zizan yang membuat permohonan maaf secara terbuka. Malah, dia juga ada menghubungi saya untuk meminta maaf. Saya terima permohanan tersebut.

Saya berbangga Hans yang mengambil tindakan terdahulu mempertahankan diri dan juga rakan-rakan selebriti yang lain. Saya harap selepas ini seluruh rakyat Malaysia tidak lagi mempertikaikan institusi diraja kerana ia adalah lambang kedaulatan negara dan perpaduan masyarakat Malaysia. Apabila diberi gelaran Datuk, ia menjadi tanggungjawab kami memegang amanah yang diberi oleh institusi tersebut

eizlan yusof

Apa pun semoga kejadian ini menjadi pengajaran buat kita semua. Bukan semua orang “hati kering” untuk menerima lawak daripada seorang pelawak. Jadi sensitivi harus dijaga. Mungkin sebelum buat lawak boleh check dulu dengan orang-orang sebegini. Sumber Mstar Online.

Written by AbangNara | September 26th, 2017

Rata-rata netizen meluahkan rasa terharu melihat Abby Abadi berkongsi pelamin bersama Norman Hakim dan Memey Suhaiza di majlis persandingan kali kedua mereka baru-baru ini. Kemesraan yang dipamerkan memang nampak ikhlas dan tidak dibuat-buat. Mereka seumpama sebuah keluarga bahagia yang diimpikan semua orang. Untuk makluman, Memey Suhaiza sendiri yang telah memberi cadangan agar Abby Abadi dan suaminya turut bersanding bersama di majlis tersebut.
memey suhaiza
Kata Memey Suhaiza:-

Apabila diusulkan cadangan untuk bersanding semula sempena menyambut ulang tahun perkahwinan kami, saya mahu kak Abby turut sama berada di pelamin dan dimeriahkan dengan kehadiran anak-anak, keluarga serta sahabat handai.

Semalam, memberikan makna yang sangat besar dalam hidup saya dan detik indah ini harus dikongsikan bersama anak-anak. Perkara yang paling penting apabila keluarga dan anak-anak dapat memahami, selebihnya terpulang kepada mereka di luar sana.

Apa yang baik diharap dapat dijadikan teladan dan kalau sebaliknya, jadikan ia sebagai sempadan

memey suhaiza

Sekali lagi Abang Nara ingin memuji usaha yang dilakukan oleh Norman Hakim, Memey Suhaiza dan Abby Abadi untuk memastikan ikatan kekeluargaan mereka terus utuh. Semoga anda di luar sana yang turut mengalami masalah rumahtangga dapat belajar daripada mereka bertiga. Buang yang keruh, ambil yang jernih. Pastikan anda tidak mengabaikan tanggungjawab, lebih-lebih jika perkahwinan anda yang gagal itu mempunyai cahaya mata. Sumber Berita Harian.

Written by AbangNara | September 25th, 2017

Sharnaaz Ahmad telah didenda RM1,200 selepas mengaku bersalah menumbuk seorang pekerja Bangladesh di sebuah kelab golf. Sharnaaz atau nama penuhnya Sharnaaz Ahmad Bazir Ahmad, 32, mengakui menumbuk Gous Ali di muka lelaki itu di Tingkat 1, TPC KL, Kelab Desa & Golf Kuala Lumpur, di mana mangsa bekerja. Kejadian tersebut berlaku pada 22 Julai lalu kira-kira jam 5.20 petang.

sharnaaz ahmad tumbuk bangla

Sharnaaz didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun, denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. Peguam Sharnaaz, Zulkifli Awang merayu hukuman ringan atas alasan pelakon itu insaf dengan perbuatannya.

Timbalan Pendakwa Raya, Nur Farah Adilah Noordin, bagaimanapun, meminta mahkamah untuk mengenakan hukuman yang akan menjadi pengajaran kepada tertuduh. Majistret Mahyudin Mohmad Som mengenakan denda RM1,200 yang dibayar oleh pelakon itu.

sharnaaz ahmad tumbuk bangladesh

Sudah pasti berita ini mengejutkan para peminat Sharnaaz Ahmad. Sama-sama kita nantikan komentar daripada pelakon ini. Sumber Mstar Online.

Written by AbangNara | September 25th, 2017

Menarik juga membaca kata-kata yang telah diluahkan di Twitter oleh Tiz Zaqyah baru-baru ini. Kemungkinan besar luahan ini adalah kerana kontroversi yang telah melanda Fathia Latiff baru-baru ini. Sebelum ini, Tiz Zaqyah pernah menghentam Natasha Elyzza yang menjadi punca kepada tersebarnya video seksi Fathia Latif. Kali ini menerusi Twitter, Tiz Zaqyah telah bercerita mengenai tentang masyarakat yang memandang “aurat” sebagai segala-galanya.

tiz zaqyah

Antara kata-kata Tiz Zaqyah:-

tiz zaqyah
tiz zaqyah

Menariknya Tiz Zaqyah juga dilihat berbalas komen dengan salah seorang pengikutnya di Twitter.

tiz zaqyah

Abang Nara pun bukanlah baik sangat dan tidak tahu apa yang dialami oleh wanita sebelum mengambil keputusan untuk bertudung dan sebagainya. Namun Abang Nara bersetuju dengan kata-kata Tiz bahawa kita tidak boleh melabel orang lain hanya dengan sekadar pakai tudung atau tidak. Baik jahat pekerti seseorang itu bukanlah aurat semata-mata, ia adalah lebih daripada itu. Namun menutup aurat adalah satu kewajiban buat kita semua.

tiz zaqyah

Apa-apa pun masing-masing dah dewasa dan tahu apa itu halal haram. Kita juga dikurniakan akal untuk berfikir. Gunakanlah akal tersebut sebaiknya untuk berjaya di dunia dan juga di akhirat. Apa pula pendapat anda?

Page 6 of 26« First...45678...20...Last »