Bisik Pada Langit, Falsafah Jalan Hidup Realiti Dengan Jiwa Keras Buat Aku Tertunduk Malu

Trending

Bisik Pada Langit, Falsafah Jalan Hidup Realiti Dengan Jiwa Keras Buat Aku Tertunduk Malu

Semalam layan cerita melayu kat wayang. Aku tak tahu kenapa aku trgerak hati nak abiskan duit aku tgk citer2 melayu dekat wayang dgn keadaan industri filem kite dah nazak dgn movie2 sampah.

Advertisement

Tapi nie satu cerita yg langsung tak jumpe klishe dalam cerita2 melayu yg lain. Cinta seorang ayah terhadap anak perempuan dia.

Aku tengok aku nangis dari awal cerita sampai abis cerita.

Aku tak tahu kenapa. Mungkin jalan cerita dia tu ade berkaitan dgn hidup aku. Kisah anak derhaka dan mak bapak yang maksum.

Atau cerita tu memang dari pengarah terhebat yg paling aku sanjung kalau dia buat movie. Khabir bahthiar baii!! Atau mungkin juga kerana jalan cerita dia memang target nak buat audience melambak banjir dalam wayang.

Aku bagilah ulasan untuk cerita nie memandangkan follower aku kenal aku sebagai lelaki yg selalu tualang dalam bercerita tentang falsafah jalan hidup realiti.

Cerita nie plot dia kecik je.

Cume cantuman jalan cerita dekat australia dengan benut,pontian johor je. Parlimen ahmad maslan kalau tak tahu kat mane benut tu. Kampung ayah aku jugak.

Aku sentuh jap bab cara suntingan cerita nie memang perfect. Berselirat tapi susun cantik. Berselirat dgn flashback.
Tapi teratur. Buat kite penonton tertanya2. Bukak variasi fikir.

Yelah kite kan bangsa dah jenis boleh tangkap..

“Ahhh lepas nie mesti mcm tu mcm nie.. citer melayu biasalah.. aku tak payah jadi pengarah aku dah dpt agak ending dia..”

Nope…

Kau salah kat situ sis and bro. Citer nie bagi kau kalah dgn egonisme kau tu. Kau akan tertunduk malu dan bercampur baur dengan tangisan yang meruntun jiwa keras kau. 

Paling best flashback dia masukkan dgn teknik anticlishe. Macam mane dia flashback kisah hajar tu dekat australia guna perakam video. Dan satu family tengok kisah dia dalam laptop.

Bayangkan bro..

Hajar tu rakam rasa syg rasa rindu dia dekat mak bapak dia dgn adik beradik dia dalam keadaan dia dah takde kat dunia nie. Paling melimpah airmata tu bile arwah ckp dia pasti akan balik walau mcm mane pun terjadi.

Dia rindu mak ayah..

Sambil dalam video tu dia tak nangis sedu sedan. Cume mimik muka yg sendu dan air mata berlinangan dan disapu dan diseka perlahan.

Dan kite penonton nangis ditambah dengan ahli keluarga yg penuh dengan perasaan hiba sedu sedan rasa kesal allah jumpekan mereka dalam keadaan sorang dah xbernyawa.

Yelah kite dilambakkan dgn citer melayu mak ayah pegang takhta dominan kesengsaraan. Anak derhaka. Mak ayah diperlakukan buruk oleh anak2.

Anak2 yg abaikan atau ingkar mak ayah.

Ahh clishe nak mampus..

Mane ade citer melayu yg kite dengar mak ayah berdosa dgn anak2. Mungkin ada tapi kemuncak klimak cerita mak ayah berubah dan anak2 hukum mak ayah. Pastu anak2 terima balasan tuhan.

Tapi cerita nie kita akan tengok telatah seorang ayah yg super protective terhadap seorang anak perempuan.. Yang anak perempuan berusaha untuk keluar dari kempompong primitif seorang ayah.

Belahar jauh2 tapi ayah lah idola hidup dia. Takde faktor derhaka dalam cerita nie dari seorang anak. Cerita nie mendidik bagaimana menjadi seorang ayah mendidik anak tu pakai otak yg betul.

Bukan guna kuasa pemimpin dan veto untuk kawal anak2..

Kita akan tengok telatah seorang ayah(jalil hamid) yg betul2 hidup. Aku cuba bayangkan takkan ade sapa boleh ganti tempat dia untuk pegang watak nie.

Dari dia mimpi jatuh pokok gigi patah tu dah buat aku sedih. Alamat tak baik. Dan kau akan tgk mcm mane dia jadi bapak pilih kasih smpai abaikan anak2 dia yg lain. Yg paling kesian adik dia sprti anak tiri dibuatnya.

Smpai adik dia simpan sifat dendam dgn hajar. Padahal watak hajar tu bukan jahat. Cume cara bapak dia tu buat adik dia cemburu dgn hajar. Dan akan cube api2 atau membangkang ape jua benda baik ttg akak dia.

Tapi watak jahat tu tak lama sbb bukan salah adik dia yg jadi mcm tu. Salah mak bapak yg pilih kasih. Yg suke cerita buruk dan hasut anak2 lain benci adik beradik sndiri.

Smpai bapak dia berubah penngakhiran cerita kite nampak adik dia berubah dan mula redha dan beri kasih syg sepenuhnya pada bapak dia. Mase bapak dia ckp.

“Nanti kau jadi bapak.. ade anak.. kau akan rasa apa yg ayah rasa.. ayah nak anak2 ayah depan mata ayah”

Mase tu ayah dia berkeras nak ke australia nak amik jenazah akak dia yg dah 3 hari tak diurus. Mase tu adik dia berubah dan mase ayah dia lari keluar rumah..dia yg kejar ayah dia. Pakaikan payung. Sambut bapak dia bile bapak dia rebah sakit jantung.

Dan mase tu adik dia nmpk lebih menyerlah bila dia defend bapak dia untuk bawak bapak dia pergi australia dgn kemahiran dia berbahasa inggeris yg pada mule cerita menyangkal keras smpai kene tampar dgn bapak dia.

Dan begitu jugak watak dee(beto). Seorang abg sulung yg byk bekorban untuk adik2 dia.. yg melihat potensi adik2 dia saksama. Watak dia anti watak bapk dia yg pilih kasih.

Dia cume defend ape jua yg keluar dari mulut bapak dia ttg keburukan adik2 dee nie. Watak anak sulung yg aku patut contoh. Dan kite semua patut contohi untuk jadi abg dan kakak yg baik. (Ahh watak beto semua cerita aku memang suke dan jadikan idola.. lol)

Dee nie kadang dia bekorban smpai dia lupe hak dia. Sampai satu tahap dia hadap bapak dia yg marah2 tak tentu pasal.
Dia keluar nada tegas dan merajuk keluar kereta.

Dan mase tu anggapan aku dee akan meletup keluar semua ape yg dia pendam dan bergaduh dgn bapak dia. Tapi tak.
Dia luah dalam nada yg perlahan. Kena dgn diri dia dari dulu. Ayat perlahan tapi pedas.

Dan waktu tu aku fikir..

“Apelah bodoh sgt bapak dia nie.. tak nampak ke anak2 yg lain nak hak sama rata.. buta sgt jadi bapak.. nak menang ego dia je.. “

Dan aku fikir bapak dia akan berubah lepas dengar luahan dee..

Eh celaka tul dia tetap dgn ego dia dan buat dee tak sanggup nak melawan lagi. beralah dgn sikap bapak dia. Kuasa veto sentiasa akan menang debat tapi kalah untuk menangi hati.

Cerita nie tema ketuhanan sebenarnya..

Dan nie first time tengok cerita keagamaan yg xde langsung terlibat dgn unsur2 maksiat nyata.

Xde plot ustazah pegang tangan dgn suami yg luar cerita mereka bukan suami isteri..
Xde plot ustaz berdakwah dalam club malam..
Xde tengok wanita buka aurat..

Ade kepincangan sikit tudung terselak dgn peluk bahu mak dgn anak tu je..

Cerita nie tak perlu isu agama yg berat mcm munafik..

Yg nmpk pelakon utama kuat sgt agamanya..
Yg kalau nak ckp pun nak kene ckap arab..
Kene pakai jubah kopiah serban..

Cerita nie fokus pada penganut islam yg normal dikampung2. Fardu ain dan fardu kifayah yg lengkap. Solat baca quran.
Buat solat syukur lepas dengar anak dia dah sedar dengan keadaan segera tu menyedarkan aku betapa kite perlu faham yg kite segerakan kesyukuran bila kite dapat sesuatu nikmat dari hajat yg kite pohon dari allah.

Dan tunjuk khilaf2 seorang yg beragama tapi tunjuk sikap2 berlawanan terhadap manusia spt.. ayah yg ego.. isteri yg meminta2.. melambatkan pengurusan jenazah. Buruk sangka dan mengumpat org. Byk lagi khilaf2 yg ditunjukkan khas untuk pengarah bawak watak2 nie bukan maha fantasi.

jika lebih tidak terlalu lebih..
Jika kurang tidak terlalu kurang..

Kalau alim tidak terlalu alim.. 
jika anak derhaka tu tidak terlalu derhaka..

Selalu kite akan byg secara logik…
“Org mcm nie cume ade dalam drama je”
Sbb kite dah terlalu dihidangkan fantasi watak..
Dan kite akan ckp ia takde kat dunia realiti..

Tapi cerita nie bagi kite sedar watak2 nie normal terjadi dalam kehidupan kita..
Buat kite boleh terima..
Masuk dalam jiwa kita..

Ceita nie fokus pada seorang ayah.. yg dia perlu berubah sikap dia menjdi seorang ayah yg tidak terlalu jumud dengan konteks pemimpin dia. Smpai dia lupe nak bezakan anak2 mengikut umur. Mengikut jantina dan berbeza pendekatan..

Smpai mak dia ckp. Harap ape yg jadi dekat hajar akan kuatkan hubungan kite dgn anak2 yg lain. Kita masih ade lagi dua anak. Kite berempat kene kuat.

Dan disitu dialog tu terngiang. Seorang isteri jugak yg berjaya lembutkan seorang suami dgn nasihat yg sgt2 diperlukan dalam keadaan rebahnya ego seorang ayah dan suami.

Bukan senang nak cari seorang isteri yg memahami dalam waktu yg sama pandai guna reverse psikologi ajak suami tgk album keluarga dan biar suami sndiri bergolak dengan perasaan yg perlukan dorongan untuk dia berubah.

Mase tu seorang isteri yg bijak akan gunakan kesempatan untuk nasihat tanpa perlu perdebatan yg tegang. Isteri2 kat luar sana kene belajar dalam citer nie bagaimana nak tundukkan suami yg maha ego mcm tu.

Bukan guna ego dgn ego..
Tapi guna kesabaran dan lembut untuk menang dengan ego lelaki..

Markah yg aku nak bagi bagi cerita nie…

10/10…

Cerita nie cume perlu 8 watak je untuk bawK kite semua dalam suasana keluarga yg hebat..

Dan teknik cinematografi yg perfect…
Mcm citer nur kasih dan ombak rindu..
Tapi yg nie lagi cantik angle2 yg dia amik.
Seuatu yg baru untuk menyampaikan cerita2 yg sedih..

Mesti tengok guys..
Jgn lupe bawak tisu..
Bawak org2 yg hati kering..
Tgk dia nangis tak tgk citer nie..
Bahan diorang cukup2..

Tapi sebelum korang cakap aku berbual kosong. Jom layan tayangan perdana kat video attach kat bawah nie. Enjoy bro sis.
tgk je smpai abis 20minit tu. Even dah tgk sikit.

Kompem kat panggung menangis lagi. Aku tgk byk kali pun still meremang bulu romaku. Training feeling tu kuat tak kuat layan citer nie. Ost dia pun mengancang.

Kredit : Putera Nur Muhammad Raihan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...