Punca Berlaku Kehamilan Di Luar Rahim Dan Sekali Sahaja Janin Hidup Hingga 36 Minggu

Trending

Punca Berlaku Kehamilan Di Luar Rahim Dan Sekali Sahaja Janin Hidup Hingga 36 Minggu

Amat menyedihkan setelah beberapa tahun cuba hamil dan bila hamil ia berlaku diluar rahim, iaitu disaluran fallopian. Beginilah malangnya berlaku pada pesakit yang saya bedah hari ini.

Advertisement

Saluran fallopian sebelah kanan tidak bolih diselamatkan. Dan terpaksa dipotong dan dibuang. Saluran kiri kelihatan normal.

Pada keseluruhan kandungan luar rahim berlaku pada kadar 2 % dari semua kehamilan.

Hampir semua kehamilan diluar rahim tidak bolih tumbuh dan membesar sehingga cukup bulan. Karung kehamilan akan pecah pada minggu kelapan ( cukup bulan 36 – 40 minggu) dan menyebabkan perdarahan dalam perut ; satu situasi yang bolih mengancam nyawa pesakit.

Dalam pengalaman saya jadi pakar bidan hanya sekali sahaja kandungan luar rahim yang janin hidup sampai 36 minggu. Saya lahirkan bayi dengan bedah cesar. 

Bayi selamat dan uri dibiarkan dalam perut kerana melekat pada usus. Enam bulan lamanya baru habis uri diserap. Kehamilan saperti ini munkin berlaku satu dari satu juta kehamilan. Unik sekali dan berlaku dengan izin Allah.

Tempat2 berlaku kehamilan ektopik ialah saluran fallopian, kilang ovary, pouch of douglas, pangkal rahim, lemak usus (omentum saperti kes yang bayi hidup).

Tanda utama ialah perdarahan pada peringkat awal kehamilan. Sangat penting untuk buat vaginal scan untuk kesan kantung kehamilan dalam atau luar rahim.

Kantung kehamilan dapat dikesan seawal 5 minggu. Jika tiada dalam rahim kemunkinan besar diluar dan perlu bedah laparoscopy.

Pesakit ini mukin terlambat sikit buat laparoscopy kerana kita tidak dapat kesan kantung dimana2 pada peringkat awal kehamilan.

Sering pesakit datang ke klinik lambat walaupun ada perdarahan san sakit perut. Ada yang datang dalam keadaan pingsan dan shock. Merbahaya sekali kerana ada yang maut. Bedah cemas perlu dilakukan untuk selamatkan pesakit.

Ada kala pembedahan untuk rawat kehamilan ektopik dapat dielakkan dengan penggunaan ubat methotrexate. Saya sendiri tidak minat dengan cara rawatan ini.

Diantara punca2 terjadi ektopik ialah jangkitan kuman, penyakit endometriosis, kegunaan alat iucd ( berlaku jangkitan), appendicitis, adhesion lepas bedah perut dan usus. Kesemua itu bolih merosakkan saluran fallopian.

Kerosakkan saluran juga berlaku akibat jangkitan selepas pengguguran haram. Zaman sekarang banyak berlaku hubungan seks luar nikah.

Percantuman benih berlaku pada muncung saluran (fimbria). Dan embryo perlu gerak melalui saluran fallopian untuk meletak kedinding rahim. Bila saluran rosak embryo tak bolih gerak dan tersangkut dan jadi ektopik.

Bila sudah kena ektopik sekali, kemunkinan berulang ialah dalam kadar 10 – 15 %. Sebaiknya sebelum cuba hamil lagi lakukan prosedur xray hsg untuk buka saluran yg masih ujud.

Sumber : Dr Hamid Arshat

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...