Tawaran Gaji RM150K Sebulan Punca Ramai Doktor Beralih Ke Swasta ?

Trending

Tawaran Gaji RM150K Sebulan Punca Ramai Doktor Beralih Ke Swasta ?

Tawaran gaji lumayan sehingga mencecah RM150,000 sebulan daripada hospital swasta serta luar negara menjadi punca utama ramai doktor pakar kerajaan meletak jawatan.

Advertisement

Menurut Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya, gaji yang ditawarkan itu jauh lebih menarik berbanding RM15,000 yang dibayar kerajaan kepada golongan berkenaan ketika ini.

Selain doktor pakar, kerajaan turut berdepan cabaran mengekalkan perkhidmatan jururawat di hospital kerajaan selepas kumpulan itu turut ditawar gaji lumayan sehingga RM10,000 sebulan oleh pihak luar.

Sehubungan itu, Hilmi berkata, kerajaan telah memperkenalkan pelbagai inisiatif bagi memastikan doktor pakar kekal berkhidmat dalam sektor kerajaan.

“Antaranya kita memperkenalkan program bayaran penuh oleh pesakit yang boleh memilih doktor pakar untuk merawat mereka di hospital kerajaan.”

“Bayaran ini akan diserahkan kepada doktor pakar berkenaan serta kakitangan yang membantu sekali gus dapat menambah pendapatan mereka,” katanya.

Sumber : Utusan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...