Written by AbangNara | March 1st, 2017

Baru-baru ini, telah pun berlangsung Anugerah Akademi yang ke 89 di Los Angeles, Amerika Syarikat. Ini merupakan satu anugerah yang amat berprestij untuk mengiktiraf filem-filem Hollywood. Untuk makluman, Nabil Ahmad telah pun diterbangkan ke Los Angeles untuk menjadi pengacara red carpet Oscar. Sementara itu beberapa selebriti tempatan telah hadir ke Ritz Carlton Kuala Lumpur untuk menyaksikan acara penuh gilang gemilang ini bersama-sama.

jue aziz oscar
Acara karpet merah di The Ritz Carlton ini telah pun diacarakan oleh Juliana Evans. Antara artis-artis yang hadir ialah Fahrin Ahmad, Hisyam Hamid, Emma Maembong, Amelia Henderson, Kamal Adli, Shahrol Shiro serta Daphne Iking.

juliana evans

Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

 
Written by AbangNara | March 1st, 2017

Nama Tasha Shilla satu ketika dahulu seringkali terpalit dengan kontroversi. Namun sejak kebelakangan ini, kita jarang mendengar apa-apa cerita tentang pelakon cantik ini. Senyap betul. Tak ada gosip, tak ada cerita kekasih pakwe Tasha Shilla, tak ada gaduh-gaduh. Nampak gayanya Tasha Shilla sudah berubah dan kini memberikan fokus 100% terhadap kerjayanya sebagai seorang pelakon.

tasha shilla

Menurut Tasha, hari-hari yang dilaluinya lebih tenang tanpa sebarang publisiti. Hal itu sekali gus membuka ruang buatnya untuk mengatur semula karier seni yang sudah lama senyap. Kata Tasha Shilla:-

Benar, sempena kedatangan tahun baharu, saya berazam untuk memberi fokus terhadap kerjaya sahaja. Saya juga lebih selektif dan hanya memilih karya-karya berkualiti. Berbanding awal kemunculan dahulu, saya lebih prihatin dengan watak dan jalan cerita yang ditawarkan agar ia mampu meninggalkan kesan kepada penonton.

Apa yang berlaku suatu ketika dahulu biarlah menjadi sejarah. Perkara yang baik dijadikan teladan dan yang buruk, kita tinggalkan. Kini, saya lebih positif dalam meneruskan kehidupan.

tasha shillla

Baguslah kalau Tasha Shilla lebih positif dan mahu lebih selektif dalam memilih watak lakonannya. Kata orang, semakin lama kita hidup, semakin matang diri kita. Jadi diharap tiada lagi kontroversi-kontroversi yang akan melanda Tasha. Fokus kepada kerjaya. Untung-untung dapat berlakon sampai ke Hollywood macam Raja Ilya. Tak gitu? Lagi beberapa gambar Tasha Shilla dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit Kosmo.

 
Page 41 of 41« First...102030...3738394041