Model Sambilan Pandu Lawan Arus Ialah Pemegang Kad ‘OKU’

Trending

Model Sambilan Pandu Lawan Arus Ialah Pemegang Kad ‘OKU’

Pemandu remaja yang melanggar sembilan kenderaan sewaktu memandu dalam keadaan lawan arus di Lebuhraya Utara Selatan memiliki kad Orang Kelainan Upaya (OKU) yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat.
remajaOKU

Gambar kad itu berlegar di media sosial yang mengkelaskan gadis berusia 19 tahun itu sebagai seorang yang mempunyai ‘ketidakupayaan belajar’.


Seorang pegawai Jabatan Kebajikan Pulau Pinang mengesahkan ketulenan kad tersebut dan ia dikeluarkan pada tahun 2011. Kata pegawai itu yang tidak memberi komen lanjut:

Advertisement

Doktor mengesyorkan agar dia menjalani program pendidikan khas semasa dia berada di Tingkatan Satu.

okuSelasa lepas, remaja itu memandu kereta Proton Gen 2 melawan arus sejauh lima kilometer. Polis memberitahu dia membuat pusingan-U secara tiba-tiba sewaktu memandu, hanya beberapa meter dari Plaza Tol Sungai Dua.

Dia pada mulanya menggesel tiga kereta sebelum memandu melawan arus, dan kemudiannya bertembung dengan sebuah Perodua Kelisa yang dipandu oleh seorang lelaki berusia 26 tahun.

Mohamad Fandi Rosli, seorang juruteknik kilang yang juga bakal menjadi bapa, terbunuh serta merta di tempat kejadian.

Kereta remaja itu kemudiannya berpusing sebelum melanggar tiga kenderaan lain termasuk sebuah van pekerja kilang dan sebuah motosikal.

Polis awalnya mengatakan menemui methamphetamine pada sampel air kencing remaja itu. Bagaimanapun, semalam mereka berkata “ia bukannya meth, hanya amphetamine.”

Ampetamine ialah sejenis ubat yang biasa digunakan untuk mengatasi masalah ‘kecelaruan defisit perhatian’.

Polis sedang menahan reman remaja itu selama empat hari sehingga Sabtu untuk menyiasat beliau kerana memandu di bawah pengaruh alkohol di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dia juga disiasat kerana peggunaan dadah terlarang di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952.

Polis berkata gadis itu berkemungkinan besar akan didakwa minggu ini. – Diterjemah untuk amazingnara.com

Sumber: Free Malaysia Today

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...