Written by Bella | April 27th, 2016

Pertelingkahan antara  dua pelakon baru Ruhainies dan Janna Nick masih lagi mendapat perhatian ramai. Semalam, menerusi rancangan Meletop Ruhainies telah dijemput bagi menjawab isu beliau bersama Janna.

Walaupun Janna tidak dapat hadir pada program berkenaan, beliau berulang kali memohon maaf kepada Ruhainies melalui video temuramah yang dirakam pihak Meletop.

Ruhainies mengakui beliau sebenarnya sudah lama memaafkan Janna  dan berharap isu ini telah selesai. Namun,  ada sesetengah netizen mempertikaikan ketulusan hati Ruhainies dalam kenyataan maafnya itu.

Untuk pengetahuan anda, Janna sebelum ini telah menghubungi Ruhainies melalui WhatsApp untuk menyelesaikan isu mereka secara baik dan pada masa yang sama memohon maaf kepada Ruhanies. Malangnya Ruhainies tidak membalas mesej yang dikirim oleh Janna dan tidak mengatakan beliau sudah memaafkan heroin Suami Tanpa Cinta itu.

Berikut antara mesej yang dikirim oleh Janna kepada Ruhainies :-

Ini pula video Ruhainies semalam didalam program Meletop :-

Hmmmphh, harapnya kes ini sudah betul-betul selesai dan masing-masing sudah boleh move on . Bak kata orang, industri hiburan Malaysia ini kecil, tidak elok kalau bersengketa lama-lama. Lagipun Ruhainies dan Janna baru sahaja ingin mengukuhkan nama mereka dalam industri hiburan tempatan.

Sumber Berita : Forum CARI

Written by Bella | April 27th, 2016

Sebelum ini Ummi Nazeera dan Zizan Razak dikatakan sedang hangat bercinta apabila kerap keluar makan bersama.  Namun, kedua-duanya menepis gosip percintaan itu dan menegaskan hubungan mereka tidak lebih daripada seorang kawan.

Malah, sejak gosip itu tersebar Ummi dan Zizan lebih berhati-hati kerana tidak mahu menimbulkan sebarang fitnah.

Kami masing-masing sedar akan gosip itu dan saya ada berjumpa dengannya tetapi Zizan lebih tenang dan meminta saya tidak berasa bimbang kerana perkara itu tidak benar.

Bagaimanapun sejak gosip itu tersebar kami lebih berhati-hati kerana tidak mahu menimbulkan fitnah lain.

Dalam pada itu, Ummi akui beliau sebenarnya agak selesa berkawan dengan Zizan dan menyifatkan pelawak itu sebagai seorang sahabat yang baik.

Zizan seorang yang baik dan mudah mesra jadi saya selesa berbual-bual dengannya. Malah ketika kami disatukan dalam Angin Cinta saya bimbang juga tiada keserasian tetapi Zizan berjaya memecahkan jurang yang wujud meskipun kami baru bertemu.

Zizan dan Ummi mula rapat sewaktu bergandingan dalam  telefilem Angin Cinta arahan Ghaz Abu Bakar yang bakal menemui penonton menerusi saluran Astro First pada 30 April ini.

Sumber  Berita : mStar Online

Written by Bella | April 27th, 2016

Mengetahui ramai yang tidak sabar untuk melihat Syatilla Melvin berbadan dua, ada pihak yang mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan dan memuat naik artikel kononnya Syatilla sudah hamil.

Syatilla merasa kesal dengan tindakan blog tersebut yang sedikit sebanyak boleh memburukkan nama beliau dan Sam. Mala ia juga boleh menimbulkan salah faham antara keluarga mereka.

Buat Syatilla, berita beliau hamil bukan lagi satu doa sebaliknya adalah fitnah.

Pada saya ia bukan satu doa untuk kami sebaliknya mereka sengaja membuat fitnah demi mengaut keuntungan apabila ada pembaca yang klik berita berkenaan.

Ini bukan kali pertama blog sama membuat fitnah terhadap saya tetapi kali ini saya bersuara kerana ia boleh mengundang masalah selain ia menjatuhkan reputasi kami berdua.

Bayangkan keluarga kami yang baca dan tidak tahu apa-apa mengenainya mungkin mereka akan salah faham terhadap kami.

Biasalah kalau jadi artis pasti akan dihimpit dengan pelbagai gosip dan kisah yang tidak benar. Namun, anggap sahaja dengan berita berkenaan mana tahu berkat ucapan tahniah ramai anda akan hamil tidak lama lagi.

Sumber Berita : mStar Online

Written by Bella | April 27th, 2016

Bermula sebagai pemuzik jalanan, kumpulan Caliph Busker yang terdiri daripada mereka yang cacat penglihatan kini sudah mendapat tempat di bidang nyanyian tempatan hasil usahasama bersama KRU Music.

Namun, baru-baru ini timbul dakwaan yang mengatakan KRU hanya mengambil kesempatan terhadap mereka dan memberi bayaran yang agak sikit kepada Caliph Buskers dan ia menimbulkan rasa tidak puas hati kumpulan berkenaan.

Walaubagaimanapun, vokalis Caliph Buskers iaitu Azmi menafikan perkara berkenaan dan memberitahu bayaran RM800 yang diberikan oleh KRU kepada mereka dalam setiap persembahan adalah tidak benar.

Saya terkejut juga diberitahu tentang gosip kami terima bayaran sedikit iaitu RM800 sahaja seorang, sebenarnya Caliph Buskers bergerak sendiri dan bukan di bawah pengurusan KRU Music.

Namun jika tawaran persembahan datang daripada syarikat terbabit selalunya mereka akan bertanya kepada kami dahulu harga yang ditawarkan dan sebarang harga yang mereka bayar kepada kami adalah atas persetujuan kami bersama.

Caliph Buskers turut dianggotai oleh Fendy Alun, Mohd. Zaki Ismail,  Nirwan Zainal Abidin,  Nor Nadira Rubiana,  dan Syahzmeen Abdul Rahman.

Mustahil juga untuk syarikat gergasi seperti KRU hanya memberikan bayaran yang agak ciput kepada kumpulan Caliph Buskers. Iyalah, tidak adil untuk mempergunakan bakat mereka dan mengaut keuntungan besar.

Sumber Berita : mStar Online