Link Email Ini Perlu Anda Abaikan, Risiko Diceroboh Adalah Tinggi

Trending

Link Email Ini Perlu Anda Abaikan, Risiko Diceroboh Adalah Tinggi

lhdn-cyber-crimeTiada emel yang dikeluarkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk pembayar cukai mengisi maklumat tertentu, bagi mendapatkan bayaran balik cukai pendapatan.

Penafian itu dibuat selepas LHDN menerima aduan orang ramai yang menerima emel daripada ‘[email protected]’.

Advertisement

“Bayaran balik cukai pendapatan hanya diproses berdasarkan maklumat pembayar cukai dalam pangkalan data agensi itu sahaja.

“E-mel palsu berkenaan mengehendaki pembayar cukai memasukkan maklumat perbankan mereka dan akan dipautkan dengan paparan laman web palsu perbankan pilihan mereka.

“LHDN menjangkakan e-mel palsu ini sedang berlegar di internet dan menasihatkan semua pembayar cukai berhati-hati, tidak memberikan maklum balas terhadap sebarang arahan dalam e-mel berkenaan.

“Pembayar cukai boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan LHDN di talian 1-800-88-5436 atau mana-mana cawangan LHDN berhampiran untuk pengesahan dan maklumat lanjut. Nombor talian cawangan LHDN ada di www.hasil.gov.my,” katanya, lapor Berita Harian.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...

Comments are closed.