Written by Bella | January 27th, 2016

Tanggal 31 Disember merupakan detik cukup bahagia dan bermakna buat pasangan Syarif Sleeq dan isterinya Malaque Mahdaly apabila dikurniakan cahaya mata mereka yang pertama.

Malaque selamat melahirkan bayi perempuan yang diberikan nama Selma Malika.

Hampir sebulan melihat dunia, jom kita layan beberapa lagi foto terkini anak perempuan Syarif Sleeq dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Memang comel betul..

 
Written by Bella | January 27th, 2016

Isu baju ala ayam belanda yang digayakan oleh Fara Fauzana pada malam AJL 30 antara topik yang agak viral diperkatakan beberapa hari lepas.

Ramai yang masih lagi mengkritik pereka fesyen Rizalman Ibrahim kerana menghasilkan busana yang agak kurang sesuai dengan Fafau sehingga ada yang menuduh beliau ingin menghina pengacara berkenaan.

Namun Rizalman menjelaskan Fafau terpaksa meminjam baju berkenaan daripada beliau pada saat akhir kerana busana yang sepatutnya digayakan oleh Fafau agak tidak kena dengan tema pada malam berkenaan.

Tidak mahu isu ini terus berpanjangan, Fafau menerusi portal BH ONLINE berharap tiada lagi pihak yang menyalahkan Rizalman kerana mereka sudah cuba sehabis baik untuk mencantikkan lagi busana tersebut.

Pereka tiada salahnya kerana mereka penat bekerja demi mencantikkan saya. Bukan salah baju, tetapi salah badan saya yang ‘sado’. Jadi, kalau nak kutuk, biarlah saya yang dikutuk. Jangan kutuk pereka fesyen.

Bukan itu sahaja, gaya Fafau mengacara juga dikritik oleh sesetengah pihak. Buat Fafau beliau cukup berterima kasih atas teguran yang diberi kerana ia menunjukkan masih ramai yang prihatin.

Saya cukup seronok bekerja dengan AG. Dialah hero saya pada malam itu. Bab gagap dan tersilap itu memang (salah) saya. Gementar itu janganlah cakap kerana sudah bertahun saya tak mengacarakan AJL.

AG yang banyak ‘cover’ kesilapan saya. Apapun, saya sayang awak semua dan terima kasih kepada yang sudi memberi komen. Positif atau negatif komen kalian, saya tetap suka kerana itu tanda semua yang menonton dan memerhatikan saya sangat prihatin.

Tidak lah perlu lagi mengkritik busana Fafau serupa dengan ayam belanda, cuba anda berada di tempat beliau mesti anda pun tidak suka jika menjadi bahan lawak sebegitu kan? Lagipun Fafau cari baju pada saat akhir dan bukan senang kalau nak touch up bagi cantik sikit..

Sumber Berita: BH ONLINE

Written by serenity | January 27th, 2016

Produk keluaran Rozita Che Wan atau Che Ta mendapat sambutan hangat dari pengguna media sosial. Khabarnya hanya dengan berniaga Che Ta mampu meraih pendapatan berjumlah RM 200,000 sebulan.

Kejayaan Che Ta ini membolehkan Che Ta membelikan hadiah-hadian mewah buat dua orang anak lelakinya iaitu Ammar Effendy dan Aniq Ezzra.
 photo 12523599_168294120204740_1432849761_n.jpg
Baru-baru ini kapsyen yang ditulis oeh Ammar di Instagram mengenai membeli-belah di London telah menjadi viral kerana Netizen menganggap Ammar menunjuk-nunjuk.

Ammar menulis dalam bahasa Inggeris. ‘siapa saja yang mengatakan wang tidak boleh membeli kebahagiaan sebenarnya tidak tahu di mana hendak membeli-belah’. Ramai mengecam Ammar dan menyifatkan remaja itu seorang yang ‘poyo’ dengan menunjuk-nunjuk kekayaan di media sosial.
 photo 12552440_1667797586833875_1152256782_n.jpgMelalui Utusan Online, Che Ta tetap mempertahankan anak-anaknya dari ‘serangan’ Netizen.

Duit  saya, biarlah anak-anak saya rasa bahagian mereka. Awak nak dengki kenapa?

Sejak menceburkan diri dalam lapangan ini, memang niat saya untuk kumpul duit atau harta banyak-banyak demi masa depan yang lebih terjamin. Jadi, semestinya saya perlu berusaha, kerja rajin-rajin, barulah dapat penuhi keinginan saya itu.

Dan pada tahap ini apabila semua itu dah dicapai, sudah pasti mereka sebagai anak-anak saya ada bahagian yang boleh mereka rasai, nikmati. Takkanlah saya nak bolot untuk diri sendiri.


 photo 12383566_576456179184860_798374258_n.jpg

Tambah Che Ta lagi, mereka bukan menunjuk-nunjuk kemewahan yang dikecapi, cuma menjadi remaja sama seperti rakan sebaya mereka memuat naik aktiviti yang sedang dilakukan ke laman sosial.

Yang penting mereka tidak hipokrit. Mereka menunjukkan aktiviti yang sedang dilakukan untuk dikongsi di laman Instagram. Budak-budak lain pun sama seperti mereka, akan memuat naik apa sahaja yang ingin dikongsi. Riak atau tidak, bukan kerja manusia untuk menghukum kami.

Che Ta juga menambah dia hanya membelikan hadiah mewah kepada anak-anaknya sekiranya mereka mempunyai pencapaian yang membanggakan sebagai ganjaran untuk terus mencapai kajayaan dalam pelajaran.

Saya percaya, ibu bapa lain pun buat cara yang sama. Jadi, tidak timbul sebarang isu saya terlalu memanjakan mereka.

Sebenarnya kapsyen yang dimuat naik oleh Ammar ialah salah satu dialog yang dituturkan oleh watak Blair Waldorf dalam rancangan televisyen Hollywood ‘Gossip Girl’. Mungkin juga dia hanya ingin berkongsi aktiviti dengan pengikutnya di Instagram seperti kata Che Ta. Ramai muda-mudi masa kini melakukan perkara yang sama.

Che Ta turut memberitahu bahawa anak-anaknya itu membantu menguruskan perniagaan baju-baju terpakai Che Ta di akaun Instagram Preloved by RCW. Ammar dan Aniq ialah anak dari perkahwinan pertama Che Ta yang juga mempunyai anak perempuan, Aisyaah Dhia Rana dari perkahwinan terbaru dengan Zain Saidin.

Written by Bella | January 27th, 2016

Sebelum ini beberapa artis yang mewarnakan rambut mereka mendapat kritikan yang hebat daripada netizen sehingga ada yang melabelkan mereka kafir. Namun, buat Indah Ruhaila yang baru sahaja mewarnakan rambutnya dengan warna blonde tidak kisah ataupun bimbang jika beliau juga menerima nasib yang sama.

Buat Indah, beliau tidak boleng menghalang ataupun mengawal setiap kata-kata negatif yang dilemparkan buat dirinya.

Kalau ada yang mengecam, saya tidak kisah kerana mulut orang saya tidak boleh tutup tambahan pula dengan kepesatan teknologi hari ini, lagi sukar untuk dibendung.

Bukan sahaja perkara buruk malah benda baik yang dibuat pun tetap akan mendapat kritikan sehingga ia sudah menjadi satu kebiasaan. Saya tahu batas saya dan saya tanggung atas tindakan sendiri.

Indah membuat keputusan untuk tampil dengan imej baharu kerana tidak mahu peminatnya merasa bosan dengan gaya beliau. Walaubagaimanapun, Indah menjelaskan beliau satu hari akan menukar juga warna rambutnya itu.

Sebagai artis saya kena peka terhadap penampilan dan imej kerana itu juga saya warnakan rambut agar tampak segar pada tahun ini. Sampai satu tahap nanti saya akan tukar juga warna rambut itu apabila sampai masanya nanti.

Tepuk dada tanya selera, masing-masing mempunyai pendapat yang berbeza dalam isu sebegini. Hendak tampilkan sesuatu yang beza itu memang bagus, cuma janganlah ia mengundang aura negatif.

Sumber Berita: mStar Online

Page 4 of 52« First...23456...102030...Last »