January 29th, 2016

Walaupun sudah berkahwin selama 23 tahun, rumah tangga Salih Yaakob (55 tahun) dan isteri keduanya, Nor Raha Hamad (47 tahun) akhirnya tamat dengan penceraian. Mereka berdua telah berpisah sejak Aidilfitri tahun lalu. Punca sebenar perpisahan tidak diketahui, namun Salih Yaakob memaklumkan yang rumah tangga mereka mula bermasalah selepas bekas isterinya itu pergi majlis perjumpaan semula dengan rakan sekolahnya. Untuk makluman, Nor Raha terus berkahwin semula selepas tamat tempoh edah.

salih yaakob

Salih Yaakob dan Nor Raha telah dikurniakan lima anak berusia 22 hingga 13 tahun dan seorang cucu hasil perkahwinan mereka. Sebelum ini, rumah tangga Salih Yaakob dan Nor Raha pernah dilanda badai namun berjaya diselesaikan. Kata Salih Yaakob:-

Sebagai suami dan ketua rumah tangga saya sudah berusaha memperbaiki keadaan. Saya memujuk dan mengingatkannya yang anak sudah besar dan dia sepatutnya menunjukkan contoh serta teladan yang baik kepada mereka.

Namun dia tetap mendesak saya untuk menceraikannya dengan menggunakan alasan saya tidak berlaku adil terhadapnya.

Saya sudah menasihatinya, tetapi dia enggan terima dan terus mendesak saya melepaskannya. Lebih baik saya turutkan saja kemahuannya daripada keadaan menjadi semakin buruk.

Kalau hatinya sudah tertutup untuk saya, tidak perlulah dipaksa-paksa lagi. Apabila perkara ini terjadi, saya anggap hanya setakat itu jodoh kami. Tidak perlulah terus menyalahkan antara satu sama lain.

Saya harap dia bahagia dengan jalan baru yang dipilihnya dan apa yang penting anak-anak dapat menerima apa yang berlaku.

salih yaakob

Pasti Salih Yaakob sedikit sebanyak terkesan dengan penceraian ini. Salam takziah diucapkan. Apa pun, Abang Jem kini ada satu lagi slot kosong. Wujudkan si gadis yang akan berjaya mencuri hati Abang Jem buat kesekian kalinya. Sama-sama kita nantikan. Hehehe. Sumber Harian Metro.


Comments are closed.

Loading...