Salih Yaakob Hampir Bercerai Dengan Isteri Keduanya

Hiburan

Salih Yaakob Hampir Bercerai Dengan Isteri Keduanya

Bukan senang untuk menjaga seorang isteri apatah lagi kalau ada 4 orang seperti Abang Salih Yaakob kita ini. Abang Nara sebenarnya kagum dengan kehebatan SY menjaga perasaan isteri-isterinya agar tidak cemburu antara satu sama lain. Namun di sebalik kebahagiaan yang nampak di luar, rupa-rupanya rumah tangga SY dengan, Norraha Ahmad (44 tahun) hampir musnah.

sy

Advertisement

Punca keretakan rumah tangga dengan isteri keduanya ini tak lain tak bukan wujudnya individu luar yang menghasut dan menanam perasaan benci. Kata SY:-

Bukan mahu mendabik dada tetapi sebagai seorang lelaki yang mengamalkan poligami, saya tidak berbohong kepada isteri-isteri saya apabila mahu berkahwin buat kali keempat. Saya bersyukur dikurniakan isteri yang memahami. Tapi…sayangnya ketika saya baru melayari bahtera keempat, rumah tangga saya dengan isteri kedua hampir musnah! Sebenarnya setiap perkahwinan baru memang ada dugaannya. Namun perkahwinan keempat dugaannya amat besar kerana saya hampir bercerai dengan Raha disebabkan hasutan seseorang yang di luar daripada hidup kami. Sebagai suami kepada empat orang isteri dan ayah kepada 11 orang anak, hidup saya hanya untuk membahagiakan mereka.

Dan individu tersebut memang cekap untuk menghancurkan hubungan SY dan isteri keduanya kerana muncul sebagai seorang sahabat dan dapat bermalam lagi.

Saya tidak pernah mengharapkan bantuan orang lain kerana urusan kerjaya dan seni saya diuruskan oleh isteri kedua dan keempat. Sayangnya, kemunculan individu berkenaan yang datang bagaikan sahabat sehingga bermalam di rumah isteri-isteri saya sanggup menabur fitnah dan menghasut mereka. ika sekali dua mungkin ia tidak berjaya, tetapi hati seorang wanita memang rapuh. Walaupun pada mulanya ia keras tetapi akhirnya, Raha kalah dan kami hampir bercerai,

SY sebenarnya sudah berputus asa dan hanya berserah kepadaNya untuk memberikan keputusan yang terbailk”:-

Sedih hati saya kerana jiwa Raha kosong. Dalam hatinya tidak ada setitik pun kasih sayang terhadap saya kerana yang ada hanyalah kebencian yang membara. Ketika itu, saya hampir putus asa namun saya berbalik kepada takdir Tuhan dan sebagai suami yang masih sayangkannya saya tidak mahu mengaku kalah dan sentiasa berdoa. Alhamdulillah, akhirnya Raha tersedar dan kasih sayang kami bertaut semula

Kini SY sedang dalam proses untuk membeli empat unit kondominium untuk kempat-empat isterinya. Kondo itu pula akan menyaksikan mereka berempat duduk bersebelahan. Ini pasti memudahkan lagi SY untuk memantau aktiviti isteri-isterinya.
Apa pun, Abang Nara doakan agar SY sentiasa bahagia di sampaing kempat-empat isterinya yang tercinta. Dan kalau boleh, silalah buka kelas untuk mengajar lelaki-lelaki yang bercita untuk kahwin lebih daripada satu. Mereka memerlukan mentor seperti Abang SY. Hehehe.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...