Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Dikritik Kerana Dedahkan Masalah Rumah Tangga: Farah Asyikin Lega Akhirnya Dibuktikan Tidak Bersalah

Bertindak untuk memfailkan cerai sekitar dua tahun lalu, Farah Asyikin mengakui beliau menerima pelbagai kritikan dan tomahan dan dianggap sebagai pihak yang bersalah oleh sesetengah pihak.

Advertisement

Walaubagaimanapun, beliau akhirnya boleh menarik nafas lega apabila kes tersebut selesai semalam apabila Farah dan suaminya Zaahier Stanley sah bercerai talak satu secara tebus talak semalam.

Sebelum tiba di mahkamah perasaan saya kebas kerana sudah hampir dua tahun kes ini tidak selesai. Sepanjang tempoh itu banyak tohmahan diberikan kepada saya kerana tanggapan kononnya saya yang bersalah dalam hal ini. Alhamdulillah ia akhirnya selesai dan segala-galanya sudah berakhir.

Jelas Farah beliau tidak pernah berniat untuk mendedahkan masalah rumah tangganya meskipun sering dianggap semuanya berpunca daripada beliau sendiri, tetapi segala masalah rumah tangga beliau yang dijelaskan oleh hakam mahkamah pada perbicaraan kes beliau semalam, sudah membuktikan bahawa beliau tidak bersalah dan mengetahui punca sebenar Farah membuat keputusan untuk bercerai.

Saya tidak pernah berhasrat untuk mendedahkan apa yang berlaku dalam rumah tangga kami biarpun ramai menyalahkan saya tetapi dengan apa didedahkan hakam semasa perbicaraan sudah terjawab semuanya.

Advertisement

Tidak berfikir untuk menoleh kebelakang saya ingin teruskan kehidupan seperti biasa dan fokus kepada anak kami yang semakin membesar.

Selalunya bila seorang wanita bertindak untuk memfailkan cerai pasti masyarakat akan beranggapan mereka sebenarnya punca rumah tangga bergolak, tidak boleh tolak ansur, derhaka pada suami dan sebagainya. Namun, mereka tidak tahu bahawa hati wanita ini selagi dia boleh sabar selagi itulah mereka akan setia tetapi jika perbuatan suami sudah melampaui batas,takkanlah hendak berdiam diri sahaja bukan?

Sumber Berita: mStar Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top