January 26th, 2016

Tahniah diucapkan kepada Liyana Jasmay dan suami atas kehadiran cahaya mata mereka yang kedua. Menurut beberapa sumber, Liyana pada hari Jumaat lepas selamat melahirkan seorang bayi perempyan dengan berat 2.9 kilogram sekitar jam 3 petang di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur.

Meskipun belum mengumumkan kehadiran anak perempuannya itu secara rasmi, Liyana ada memuat naik foto beliau kini yang sudah mengamalkan diet untuk orang berpantang.

Sebelum ini Liyana dan suaminya telah dikurniakan anak perempuan bernama Sofia Arissa. Semoga kehadiran orang baharu didalam keluarga Liyana Jasmay akan membawa seribu satu kebahagiaan dan rezeki. InshaAllah.

Advertisement
January 26th, 2016

Hubungan Shahir yang dikatakan rapat dengan Erra Fazira, menimbulkan khabar angin bahawa Shahir telah meminang Erra baru-baru ini.

Gosip itu cukup hangat diperkatakan sehingga ada antara peminat Erra yang sudah mengucapkan tahniah buat beliau yang dikatakan bakal menamatkan zaman jandanya tidak lama lagi. Apatah lagi selepas Shahir dikatakan telah bertemu empat mata dengan ibu Erra dan meluahkan hasrat beliau untuk memperisterikan penyanyi wanita tersebut.

Namun, Erra yang agak terkejut mendengar berita tersebut, menafikan perkara berkenaan kerana beliau kini sedang sibuk menjalani penggambaran filem di Thailand.

Bila masa pula Shahir masuk meminang? Saya tengah kerja di Chiang Mai.

Hubungan Erra dan Shahir terus menjadi bahan bualan ramai dan seringkali dihimpit dengan pelbagai gosip. Daripada terus begini, apa kata kedua-duanya tampil dan memperjelaskan status sebenar hubungan mereka berdua. Kan senang..

Sumber Berita: Kosmo Online

Advertisement
January 26th, 2016

Minggu lepas, video Arja Lee yang bermain bola hanya memakai seluar dalam yang dimuat naik oleh individu yang memiliki telefon bimbitnya yang telah dicuri cukup mencuri perhatian ramai sehingga ada yang menganggap Arja mencari publisiti murahan

Tidak kurang juga ada pihak yang mencetuskan spekulasi bahawa Arja tentu sekali mempunyai koleksi video tidak senonoh yang lain didala telefon bimbitnya itu.

Walaubagaimanapun Arja menerusi mStar Online berkata, beliau sama sekali tidak menyimpan video lain yang tidak senonoh dan tidak risau jika ada video lain yang disebarkan.

Selain video yang menjadi perbualan baru-baru ini saya tidak ada merakamkan video lain yang tidak senonoh dalam telefon berkenaan. Saya tidak risau jika akan ada video lain akan disebarkan kerana memang tiada.

Menjawab beberapa persoalan bagaimana pencuri tersebut dapat mengakses telefom bimbit Arja sedangkan semua telefon pintar pada zaman ini mempunyai “password”, Arja menjelaskan beliau seorang yang pelupa dan memang tidak meletakkan sebarang “password”.

Saya ini orangnya pelupa dan sebab itu tidak letakkan sebarang kata laluan tambahan pula tiada benda yang ingin saya sorok daripada orang terdekat saya. Keluarga dan pembantu saya boleh buka telefon saya pada bila-bila masa kerana pada kebanyakan masa ia berada dengan mereka.

Arja sebenarnya tidak bermaksud untuk memaparkan video peribadinya kepada umum dan memohon maaf atas apa yang berlaku dan menjadikan perkara tersebut sebagai satu pengajaran buat beliau di masa hadapan.

Sumber Berita: mStar Online

Advertisement
January 26th, 2016

Amran Aman Ramli kini terlantar sakit di rumahnya di Senawang kerana serangan strok tahun lepas. Namun sejak terlantar pada November, dua adik beradiknya iaitu AR BAdul dan Adlin Aman Ramli tidak pernah menghubunginya apatah lagi menziarahi.
 Lapor Harian Metro, Amran mendakwa kesemua adik beradik yang lain menziarahinya tetapi tidak mereka berdua.

Apa salah saya sehingga mereka tidak langsung pedulikan saya. Jika tidak sempat untuk datang pun, tetap boleh hubungi saya, tetapi sehingga hari ini (semalam) mereka tidak langsung bertanya khabar.

Kalau saya pernah buat salah saya minta maaf. Saya tidak mahu nanti kalau saya mati bagaimana mahu minta maaf lagi.

Setakat ini hanya beberapa rakan artis termasuk presiden Yayasan Artis 1Malaysia (YA1M), Datuk DJ Dave dan wakil Seniman datang melawatnya.

Amran memberitahu serangan strok itu menyebabkan dia tidak lagi dapat berniaga di kedai makan untuk menyara keluarga. DIa kini bergantung hidup kepada isteri dan empat anaknya, malah seorang anak lelakinya yang berusia 22 tahun terpaksa berhenti kerja untuk menjaganya.

Sebelum itu, sejak beberapa tahun kebelakangan ini dia kurang mendapat tawaran berlakon dan berniaga kedai makan di Taman Melawati, Kuala Lumpur untuk menyara keluarga.

Tidak dapat dipastikan apa sebenarnya yang menyebabkan mereka tidak menziarahi Amran tetapi sekiranya ada sebab tertentu yang menyebabkannya berlaku,mari kita doakan ia dapat diatasi segera. Walaupun berlainan ibu, mereka dikira saudara kandung juga kerana mempunyai bapa yang sama.

Antara lakonan Amran Tompel yang paling diingati ialah sebagai tukang kebun dalam filem 80-an, Keluarga 99.

Advertisement