January 23rd, 2016

Beberapa hari lepas merupakan detik hitam buat sesetengah artis Malaysia, kes penceraian mereka menjadi perhatian ramai terutama sekali buat Adam AF dan Fiza Elita yang bercerai buat kali kedua.

Pelbagai spekulasi dan persoalan tercetus apabila Fiza dalam satu kenyataan memberitahu hubungan mereka semakin hambar  dan tidak pernah aman terutama sekali ketika ia melibatkan  soal kewangan rumah tangga.

Sekaligus ada pihak yang menganggap Fiza dan Adam tidak boleh susah dan senang bersama dan begitu mudah membuat keputusan untuk bercerai.

Namun tegas Adam melalui portal Media Hiburan, masalah kewangan ataupun orang ketiga bukanlah punca mereka berpisah.

Biarlah punca perceraian kami ini hanya Allah sahaja yang tahu. Saya tidak mahu mengulas apa-apa tentang perkara ini.

Apa pun, ia bukanlah disebabkan oleh orang ketiga ataupun masalah kewangan. Mungkin sudah tiada jodoh antara kami.

Bagi Adam beliau sudah berusaha untuk mempertahankan rumah tangganya dan mungkin dengan berpisah adalah jalan terbaik buat beliau dan Fiza.

Setelah mencuba (mempertahankan rumah tangga), saya reda dengan apa yang berlaku ini dan menganggap perpisahan adalah jalan yang terbaik buat kami berdua.

Sudah jodoh mereka singkat hendak buat macam mana bukan? Semoga selepas ini masing-masing akan berjumpa dengan kebahagiaan yang lain. InshaAllah.

Sumber Berita: Media Hiburan

Advertisement
January 22nd, 2016

Bila tersebar berita Nazim Othman dan Bella Dally sudah bertunang, ramai juga peminat yang terkejut. Buat mereka,  benda baik untuk apa hendak sorok bukan? Apatah lagi, selepas mengetahui pasangan tersebut sah bertunang pada bulan November tahun lepas.

Walaubagaimanapun, Bella memberitahu mereka tidak mempunyai sebarang niat untuk menyembunyikan pertunangan mereka.

Saya bukan sengaja hendak merahsiakannya, apatah lagi ia hanyalah majlis bertunang. Insya-Allah bagi majlis pernikahan nanti, berita gembira itu akan dikongsi bersama. Sebenarnya, tarikh nikah pun belum ditetapkan lagi dan ia masih dalam perbincangan.

Tambah beliau lagi, jika segala persiapan dan perancangan perkahwinan mereka berjalan dengan lancar seperti yang diharapkan, Bella dan Nazim akan bernikah pada tahun ini juga.

Bella dan Nazim mula berkenalan dan bercinta sekitar tiga tahun lalu, tetapi hubungan mereka pernah terputus pada tahun 2014 sebelum kembali terjalin beberapa bulan kemudian. Buat Bella, Nazim merupakan seorang yang memahami dan mereka cukup selesa bersama.

Sumber Berita: BH ONLINE

Advertisement
January 22nd, 2016

Pelakon jelita Ayu Raudhah Che Wan, 31, telah memuat naik gambar dia dan suami, Zaquan Adha Abdul Razak, 28, pemain bola sepak pasukan Johor Daruk Ta’zim menyambut ulangtahun perkahwinan yang kelima semalam.
 photo 12534636_1725246117695527_193319811_n.jpg

Ucap Ayu Raudhah kepada Zaquan:

My Sweetheart..@zaqone_08 

On this special day
As we celebrate another year
Of our togetherness
I want you to know
That your love & care
Makes a beautiful difference
To my days
U are so special to me
Happy 5th Love Anniversary

Wifey Ayu Raudhah

Pasangan ini telah bernikah pada 21 Januari 2011. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua anak lelaki iaitu Muhammad Aisy Qaiser, 3 dan Muhammad Aisy Aryann, 2.

Lagi lima gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.


 photo 12552291_671863039622780_345504733_n.jpg
 photo 12558906_1686011468308036_2079035948_n.jpg
 photo 12558910_984298271617073_1086312599_n.jpg
 photo 12568256_1123598297664408_1814329920_n.jpg
 photo 12552282_1042828982442864_826621133_n.jpg

Advertisement
January 22nd, 2016

Pada hari Rabu lepas, kehidupan Fasha Sandha berubah 360 darjah selepas beliau sah diceraikan talak  satu oleh Jejai kira-kira jam 3 petang di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur.

Berita itu sekaligus menamatkan segala spekulasi mengenai rumah tangga beliau yang mula menjadi viral sekitar hujun tahun lepas.

Jejai dan Fasha masing-masing tidak boleh menahan rasa sedih  dan menitiskan air mata mereka selepas prosiding penceraian itu selesai. Malah, ada saksi yang mengatakan Jejai yang hadir bersama adik iparnya dilihat menangis teresak-esak sebaik meninggalkan mahkamah.

Pada mulanya Fasha tidak mahu memberikan sebarang komen tetapi melalui penguamnya Fasha menjelaskan beliau sudah mencuba sebaik mungkin untuk menyelamatkan rumah tangga mereka tetapi takdir sudah menentukan yang sebaliknya.

Buat Fasha beliau redha dengan apa yang telah terjadi dan kini ingin meneruskan kehidupan bersama dua orang anaknya yang masih kecil iaitu Putra Rayfal, 2, serta Putri Raysha Jemyma, 1.

Tidak dapat kami nafikan, kes penceraian Fasha mendapat perhatian bukan sahaja peminat beliau tetapi seluruh rakyat Malaysia. Ramai yang cukup bersimpati dengan nasib beliau dan  harus kami akui tiada lagi kes penceraian artis yang begitu menarik perhatian ramai sehingga begini.

Sejak beberapa hari lepas, Instagram Fasha dan setiap medium media sosial dipenuhi dengan ucapan peminat yang mengharapkan agar aktres tersebut kekal tabah dan bersabar.

Berikut antara ucapan peminat di media sosial :-

Pada awalnya ramai yang beharap agar pasangan ini tidak bercerai, selepas Fasha dan Jejai dikatakan sudah berbaik semula dan sama-sama menghantar anak mereka ke sekolah.

Manusia hanya mampu merancang tetapi Tuhan menentukan segalanya. Ketika ini, kita doakan yang terbaik sahaja buat Fasha, siapa yang mahu rumah tangga yang dibina atas rasa cinta hancur begitu sahaja bukan? Berhentilah menyebut ianya hukum karma kerana anda tidak berada di tempat Fasha sekarang. Setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Advertisement