Written by Bella | October 29th, 2015

Siapa yang tidak tahu tagline “ Qu Puteh Qu Puteh, barulah putih”. Memang ia cukup menjadi bualan ramai dan popular apabila ia diperkenalkan oleh pengasas Vida Beauty iaitu Dato Seri Vida setiap kali dalam iklannya lebih-lebih lagi jika beliau menjadi penaja utama bagi program-program di televisyen.

Namun, yang menarik perhatian ramai kali ini bukan kerana tagline tersebut tetapi penampilan Dato Seri Vida yang sering memperagakan koleksi mahkota beliau. Boleh kata setiap minggu beliau  kan memakai mahkota yang berlainan di konsert Gegar Vaganza 2 dan setiap satunya mempunyai keistimewaan tersendiri.

Jelas Dato Seri Vida beliau memang minat untuk mengumpul mahkota yang berbeza dan ia sudah menjadi hobi beliau sejak lima tahun yang lalu.

Setakat ini beliau sudah memiliki 10 jenis mahkota yang ditempah di Hong Kong dan yang paling mahal berharga RM 100,000 dan yang paling murah pula RM10,000.

 Saya ada 10 mahkota yang ditempah di Hong Kong. Angan-angan saya nak jadi puteri raja.  Kena pula dengan cerita Frozen tu, memang makin saya minatlah.

Crown yang saya pakai ini harganya paling mahal adalah dalam RM100,000. Manakala yang murah pun harganya adalah dalam lingkungan RM10,00 lebih.

Kalau sudah ada banyak duit dan meminatI  sesuatu hobi itu apa salahnya bukan?  Peduli apa yang orang kata yang penting Dato Seri Vida senang hati ye dak? Hehe

Sumber Berita: Sinar Harian

 
Written by AbangNara | October 29th, 2015

Abang Nara suka dengan cara Nabil Ahmad mengacara. Memang kelakar. Lawaknya pun memang menjadi. Biasalah memang ada kasar-kasar sikit, tapi tak perlulah nak ‘hard feeling’ lebih-lebih sangat. Caliph Buskers yang dijadikan bahan lawak pun tak terasa hati, kenapa kita selaku penonton nak lebih-lebih? Kesian juga kepada Nabil apabila pengacaraannya ketika Gegar Vaganza 2 seringkali dipertikaikan peminat. Mesti Nabil tertekan.

nabil ahmad

Sedih juga Abang Nara membaca luahan hati Nabil apabila dirinya sering dikecam. Kata Nabil:-

Saya sedar golongan pembenci atau ‘haters’ memang wujud dalam kerjaya seseorang selebriti, cuma yang saya tidak faham apa kewajaran di sebalik pertikaian mereka terhadap pengacaraan saya?

Pihak lain okay saja dengan cara saya mengacara program itu. Jika dakwaan itu berasas, sudah tentu saya dikenakan tindakan oleh pihak Astro.

Saya rasa kelakar kerana cara mereka mempertikaikan itu dan ini seolah-olah ia memberi kesan dalam kehidupan mereka. Adakah cara saya mengacara itu membuatkan mereka kena buang kerja?

Janganlah disebabkan benci sangat dengan saya, gelaran haji itu pula yang dikaitkan. Saya cukup terbuka menerima kritikan tapi biarlah yang membina.

Kalau ada apa perkara yang mereka rasa saya perlu perbaiki, mestilah ada cadangan yang bernas. Bukan hentam kosong di laman sosial.

Ada pun saya mendoakan diri sendiri dan semua yang mengikuti kerjaya saya dibukakan hati menjadi manusia yang lebih bagus.

nabil ahmad

Diharap Nabil Ahmad bersabar dengan dugaan sebegini. Kritikan, cacian dan kutukan itu perkara biasa. Abang Nara rasa ramai yang terhibur dan cuma segelintir sahaja yang ‘over’. Teruskan mengacara dengan cara sekarang. Selain nak tengok persembahan peserta Gegar Vaganza 2, Abang Nara setiap minggu tak sabar nak dengan lawak Nabil. Keep up the good job. Sumber Harian Metro.

 
Written by Bella | October 29th, 2015

Alif Satar antara penyanyi yang mempunyai bakat besar dan kini terkenal sebagai pengacara semakin bahagia di samping isteri tercinta selepas mereka dikurniakan cahaya mata perempuan pertama iaitu Alisha pada 31 Mei lepas.

Sangat teruja dengan kehadiran anaknya dan seronok menggalas tanggungjawab sebagai seorang bapa, Alif sering berkongsi foto-foto terkini Alisha di akaun Instagram miliknya. Memang comel sungguh melihat gelagat Alif dan anaknya.

Untuk tatapan pembaca BeautifulNara berikut kami kongsikan beberapa lagi foto Alif Satar dan Alisha khas buat anda dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

 
 
Written by Bella | October 29th, 2015

Penyanyi yang lahir daripada program realiti Akademi Fantasia 2013, Indah Ruhaila akhirnya sudah bersedia untuk melangkah ke alam rumah tangga selepas dua tahun mengikat tali pertunangan dengan jejaka pilihan hatinya.

Indah merencana untuk bernikah pada tahun hadapan dan buat masa ini beliau sedang mencari tarikh yang sesuai bagi melangsungkan majlis tersebut.

Insya-Allah tidak lama lagi, dalam tahun depan kami merancang untuk mendirikan rumah tangga selepas dua tahun juga mengikat tali pertunangan.

Kalau boleh saya memang mahu berkahwin sebelum umur 30 tahun, kalau jadi akhir tahun depan, awal tahun depan kami akan buat persiapan sedikit-sedikit dahulu.

Mengakui menghadapi banyak cabaran semasa bertunang, Indah bagaimanapun merasa syukur kerana tunangnya memahami kerjaya beliau sebagai seorang penyanyi.

Dua tahun ini memang banyak cabarannya, lebih banyak ujiannya selepas keluar daripada Akademi Fantasia 2013 lalu.

Gosip-gosip seperti putus tunang dan gosip cinta bersama seorang pelakon juga antara yang paling terkesan terutamanya kepada pihak keluarga lelaki.

Kalau dah sedia untuk berkahwin untuk apa tunggu lagi? Kami harap  segala persiapan Indah Ruhaila menjelang hari penuh bermakna dalam hidupnya itu akan berjalan dengan lancar.

Sumber Berita: mStar Online