October 29th, 2015

Penyanyi yang lahir daripada program realiti Akademi Fantasia 2013, Indah Ruhaila akhirnya sudah bersedia untuk melangkah ke alam rumah tangga selepas dua tahun mengikat tali pertunangan dengan jejaka pilihan hatinya.

Indah merencana untuk bernikah pada tahun hadapan dan buat masa ini beliau sedang mencari tarikh yang sesuai bagi melangsungkan majlis tersebut.

Insya-Allah tidak lama lagi, dalam tahun depan kami merancang untuk mendirikan rumah tangga selepas dua tahun juga mengikat tali pertunangan.

Kalau boleh saya memang mahu berkahwin sebelum umur 30 tahun, kalau jadi akhir tahun depan, awal tahun depan kami akan buat persiapan sedikit-sedikit dahulu.

Mengakui menghadapi banyak cabaran semasa bertunang, Indah bagaimanapun merasa syukur kerana tunangnya memahami kerjaya beliau sebagai seorang penyanyi.

Dua tahun ini memang banyak cabarannya, lebih banyak ujiannya selepas keluar daripada Akademi Fantasia 2013 lalu.

Gosip-gosip seperti putus tunang dan gosip cinta bersama seorang pelakon juga antara yang paling terkesan terutamanya kepada pihak keluarga lelaki.

Kalau dah sedia untuk berkahwin untuk apa tunggu lagi? Kami harap  segala persiapan Indah Ruhaila menjelang hari penuh bermakna dalam hidupnya itu akan berjalan dengan lancar.

Sumber Berita: mStar Online


Comments are closed.

Loading...