October 29th, 2015

Abang Nara suka dengan cara Nabil Ahmad mengacara. Memang kelakar. Lawaknya pun memang menjadi. Biasalah memang ada kasar-kasar sikit, tapi tak perlulah nak ‘hard feeling’ lebih-lebih sangat. Caliph Buskers yang dijadikan bahan lawak pun tak terasa hati, kenapa kita selaku penonton nak lebih-lebih? Kesian juga kepada Nabil apabila pengacaraannya ketika Gegar Vaganza 2 seringkali dipertikaikan peminat. Mesti Nabil tertekan.

nabil ahmad

Sedih juga Abang Nara membaca luahan hati Nabil apabila dirinya sering dikecam. Kata Nabil:-

Saya sedar golongan pembenci atau ‘haters’ memang wujud dalam kerjaya seseorang selebriti, cuma yang saya tidak faham apa kewajaran di sebalik pertikaian mereka terhadap pengacaraan saya?

Pihak lain okay saja dengan cara saya mengacara program itu. Jika dakwaan itu berasas, sudah tentu saya dikenakan tindakan oleh pihak Astro.

Saya rasa kelakar kerana cara mereka mempertikaikan itu dan ini seolah-olah ia memberi kesan dalam kehidupan mereka. Adakah cara saya mengacara itu membuatkan mereka kena buang kerja?

Janganlah disebabkan benci sangat dengan saya, gelaran haji itu pula yang dikaitkan. Saya cukup terbuka menerima kritikan tapi biarlah yang membina.

Kalau ada apa perkara yang mereka rasa saya perlu perbaiki, mestilah ada cadangan yang bernas. Bukan hentam kosong di laman sosial.

Ada pun saya mendoakan diri sendiri dan semua yang mengikuti kerjaya saya dibukakan hati menjadi manusia yang lebih bagus.

nabil ahmad

Diharap Nabil Ahmad bersabar dengan dugaan sebegini. Kritikan, cacian dan kutukan itu perkara biasa. Abang Nara rasa ramai yang terhibur dan cuma segelintir sahaja yang ‘over’. Teruskan mengacara dengan cara sekarang. Selain nak tengok persembahan peserta Gegar Vaganza 2, Abang Nara setiap minggu tak sabar nak dengan lawak Nabil. Keep up the good job. Sumber Harian Metro.


Comments are closed.

Loading...