October 28th, 2015

Keterlanjuran Nabil Ahmad dalam lawaknya sehingga mempersendakan kekurangan pada kumpulan Caliph Buskers mendapat kecaman hebat daripada orang ramai.

Bagaimanapun, vokalis kepada kumpulan muzik berkenaan Azmi Saat meminta agar orang ramai tidak lagi mengkritik pelawak itu kerana mereka juga  sejujurnya tidak terasa dengan gurauan Nabil.

Jujurnya, sedikit pun kami tak terasa dengan gurauan Nabil itu. Kami mengikuti program itu dan lawak dia memang menghiburkan. Apatah lagi setiap minggu kami berjumpa dengan Nabil di program Meletop dan kami sangat mengenali dia yang suka bergurau secara kasar.

Ahli-ahli Caliph Buskers lain pun seronok dengan gurauan dia kerana kebanyakan orang melayan kami terlalu baik disebabkan kekurangan kami.

Azmi mengerti mengapa orang ramai marah akan tindakan Nabil tetapi golongan OKU juga manusia biasa yang kadang-kala suka bergurau antara satu sama lain.

Memang dari dulu lagi masyarakat begitu prihatin terhadap sensitiviti golongan OKU. Kami bersyukur dengan perkara itu.

Tetapi kalau anda semua nak tahu, kami lebih suka jika kami dilayan seperti orang biasa. Kami suka bergurau, malah lebih  kasar daripada Nabil lagi. Hahaha.

Pada persembahan Zul Handy Black di konsert pertama Gegar Vaganza 2, Nabil ada bertanya tentang lukisan yang berada di atas pentas dan beliau telah menyamakan lukisan tersebut dengan kumpulan Caliph Buskers yang mana ahli-ahlinya adalah cacat penglihatan.

Setelah perkara tersebut menjadi viral, Nabil telah tampil memohon maaf kepada kumpulan Caliph Buskers secara langsung menerusi rancangan Meletop. Malah, pihak Astro juga telah memberi teguran kepada Nabil agar lebih berhati-hati dalam melawak agar ia tidak mengguris hati mana-mana pihak selepas ini.

Sumber Berita: mStar Online


Comments are closed.

Loading...