Written by AbangNara | September 1st, 2015

Imej terbaru Aisyah Aziz dengan warna rambut gabungan ungu dan kelabu telah menimbulkan reaksi berbeza daripada peminatnya. Ada yang menyukai dan melahirkan rasa ke’unik’an pada imej baru Aisyah, namun rata-rata mengkritik dan tidak menggemari penampilan terbaru penyanyi ini. Secara jujur, Abang Nara tengok pun pelik semacam. Tapi biasalah budak-budak muda tengah mencari identiti sendiri. Banyaklah benda baru yang mahu dicuba. Orang keliling kata apa pun memang tak peduli ketika melalui zaman ini.

aisyah aziz

Menariknya, ibu kepada Aisyah sendiri tidak menyukai imej terbaru anaknya itu. Namun yang pasti, tindakan mewarnakan rambut ini adalah satu aksi spontan. Kata Aisyah:-

Sebenarnya saya tidak merancang mewarnakan rambut kerana tujuan asal saya ke salun adalah untuk memotong dan membuat rawatan rambut. Secara spontan saya membuat keputusan menggabungkan dua warna kegemaran iaitu ungu dan kelabu. Saya enggan ambil pusing kata-kata orang kerana berpendapat setiap individu mempunyai pandangan tersendiri.

Menarik juga membaca komen-komen yang ditinggalkan di akaun Instagram milik saya kerana tidak sangka orang memberi perhatian kepada perlakuan dan imej saya. “Biarlah jika ada pihak kata saya meniru imej Kylie Jenner atau saya nampak tua dengan warna rambut ini, saya terima saja.

Jujur saya katakan, ummi saya juga tidak menyukai imej baru saya ini namun dia menegur secara baik.

aisyah aziz

Kemungkinan besar dengan imej baru ini, kelibat bekas pelajar Akademi Fantasia ini akan lebih dikenali dan dicam oleh peminatnya. Dari jauh dah boleh nampak dah. Tak adalah tertanya-tanya mana satu Aisyah Aziz. Hehehe. Tak gitu? Lagi beberapa gambar Aisyah Aziz dengan imej terbaru ini dengan membaca artikel sepenuhnya. Sumber Berita Harian.

 
Written by Bella | September 1st, 2015

Tidak pernah melalui alam persekolahan seperti remaja-remaja lain, Chacha Maembong mengakui beliau merasa malu apabila sering dihina dan dikritik oleh orang lain dan ia sedikit sebanyak membuatkan beliau merasa rendah diri ketika ingin bergaul dengan rakan-rakan baharu.

Sebenarnya Chacha juga malu dan rendah diri apabila duduk dengan rakan-rakan yang kebanyakannya bersekolah. Ada juga yang perli-perli dan kata macam-macam hingga membuatkan saya sedih. Setiap kali perkara itu berlaku pasti saya akan rasa down.

Buat Chacha walaupun beliau belajar secara persendirian di rumah, sukatan pelajarannya masih sama seperti di sekolah dan beliau juga menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Kakak saya Yaya dan Emma banyak beri sokongan supaya saya tidak terlalu sedih. Mereka suruh saya masuk telinga kiri dan keluar telinga kanan sahaja. Pada saya kebijakkan antara belajar secara home school dengan si sekolah sama sahaja tiada beza pun.

Kaedah belajar secara persendirian di rumah sebenarnya ada banyak faedahnya, cuma majoriti rakyat Malaysia tidak pernah berbuat demikian sebab itu ada yang anggap ia sebagai sesuatu yang pelik jika seseorang itu tidak belajar di sekolah.

Sumber Berita: mStar Online

Written by Bella | September 1st, 2015

Anda masih kenal dengan penyanyi Asfan Shah yang mula-mula terkenal denga lagu Terhenti Disini? Walaupun agak lama kita tidak mendengar lagu beliau yang betul-betul melekat di hati kita, baru-baru ini namanya menjadi  berita hangat selepas didakwa telah dipukul oleh adik iparnya iaitu aktor Bil Azali.

Asfan menerusi portal mStar Online mengesahkan perkara tersebut dan menjelaskan kejadian itu berlaku ketika beliau sedang menunggu isterinya, kakak kepada Bil pulang bercuti dari Perancis di KLIA.

Benar, saya dipukul ketika menunggu isteri di balai ketibaan KLIA. Bagaimanapun saya tidak boleh mengulas lebih lanjut mengenai perkara itu kerana ia terlalu peribadi untuk saya kongsikan.

Buat masa ini Asfan masih belum membuat sebarang keputusan untuk melaporkan kejadian itu kepada pihak polis.

Bil  yang mula dikenali menerusi drama Cinta Jangan Pergi didakwa telah menumbuk Asfan di bahagian muka dan badan beberapa kali. Menurut beberapa sumber, ia berpunca daripada rasa tidak puas hati Bil terhadap Asfan yang dikatakan tidak dapat menjaga hati isterinya dengan baik.

Saya tidak pasti nak buat laporan polis atau tidak. Tengok dahulu situasinya bagaimana. Biar saya selesaikan beberapa urusan penting dahulu.

Pada pendapat kami, tiada orang yang akan tiba-tiba mengamuk dan menumbuk seseorang itu di khalayak ramai jika tiada sebarang perkara serius yang terjadi. Apa-apapun harapnya Asfan akan menjelaskan perkara itu dengan lebih lanjut bila beliau sudah bersedia nanti.

Sumber Berita: mStar Online