(VIDEO)Wanita Hamil Diikat Dan Dibelasah Orang Ramai Kerana Mencuri

Trending

(VIDEO)Wanita Hamil Diikat Dan Dibelasah Orang Ramai Kerana Mencuri

Seorang wanita hamil diikat dan dibelasah sekumpulan penduduk di kampung Zhejiang hujung minggu lepas, setelah dilaporkan mencuri wang tunai dari salah seorang penduduk beberapa hari sebelum itu.

woman-beaten-street

Advertisement

Wanita itu tidak dinamakan, berusia 28 tahun, ditangkap mencuri 900 yuan (RM 600) dari sebuah rumah di kampung Henfshanqian hujung bulan lepas, lapor SCMP, yang merujuk polis Taizhou.

Wanita itu mengembalikan wang tersebut dan pada masa itu, penduduk kampung melepaskannya tanpa memanggil polis kerana kehamilannya. Wanita itu bagaimanapun meninggalkan bandar dan kembali ke kampung itu 10 hari selepas itu iaitu pada Sabtu lepas.

Malangnya penduduk kampung berubah fikiran dan mengambil keputusan untuk menghukum sendiri wanita hamil tersebut apabila terserempak dengannya.

Rakaman video tersebar di Internet menunjukkan wanita itu ditampar, ditendang dan ditarik rambut sebelum jatuh pengsan.

Orang yang menyerang wanita itu telah ditahan selama lapan hari dan diarahkan membayar denda sebanyak 300 yuan (RM 200). Ikuti video tersebut di bawah.

Nikmati keindahan alunan petikan Sape dan pelbagai aktiviti lain yang menarik melalui Baram Sape Master di Jabatan…

Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Tuesday, 1 September 2015

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...