Lelaki Terbunuh Kerana Tergelincir Sewaktu Selfie Di Tebing Zhejiang

Trending

Lelaki Terbunuh Kerana Tergelincir Sewaktu Selfie Di Tebing Zhejiang

Seorang lelaki terbunuh setelah tergelincir jatuh setinggi 30 meter kerana berdiri terlalu dekat dengan tebing satu bukit untuk mengambil gambar di Zhuji, wilayah Zhejiang.

slip-fell

Advertisement

Mayat lelaki itu ditemui di satu sungai kecil di bawan air terjun Longmen berhampiran gunung Dongbai, lapor Xinhua. Turut dijumpai berdekatan mayatnya ialah satu kayu selfie dan sebuah telefon bimbit.

slip-fell2

Gambar terakhir ditangkap yang ditemui dalam telefon lelaki itu

Polis menolak kemungkinan khianat sebagai penyebab kematian lelaki itu yang belum dikenal pasti. Dia dipercayai orang tempatan berusia 30-an, dan polis membuat kesimpulan bahawa dia tergelincir dari tebing sewaktu mengambil selfie.

Ini bukan kali pertama sesuatu seperti ini berlaku, kerana pada tahun 2013 seorang pelancong wanita terjatuh 55 meter dari sebuah tebing di wilayah Heilongjiang apabila berdiri terlalu dekat dengan pinggir tebing untuk bergambar.

Nikmati keindahan alunan petikan Sape dan pelbagai aktiviti lain yang menarik melalui Baram Sape Master di Jabatan…

Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Tuesday, 1 September 2015

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...