Written by serenity | August 28th, 2015

Peminat dunia hiburan pasti mengetahui bahawa Tasha Shilla dan Hans Wong, seorang peninju Tomoi pernah berkasih, bagaimanapun telah berpisah atas sebab yang tidak diketahui. Sejak itu, Hans telah move on dan mempunyai kekasih baru yang bernama Carmen Emirda.


 photo 11809989_143502832657184_1457864801_n.jpg

Bagaimanapun, Carmen telah memuat naik profil Instagram Tasha Shilla memberitahu bahawa Tasha telah menyerang dia dan Hans di sebuah kelab, dan telah Tasha juga telah disimbah air oleh orang ramai kerana perbuatannya itu. Selepas itu, Carmen mendakwa Tasha telah menghantar 40 orang lelaki untuk memukul Hans.


 photo 11355267_1487293808231526_484406942_n.jpg

Sehubungan itu, Carmen telah membuat satu laporan polis terhadap Tasha Shila. Dia juga memberi amaran agar Tasha tidak lagi mengganggu mereka berdua kerana menurutnya, Tasha sering mengganggu dia dan kekasihnya. Fara Mendoza kelihatan turut memberi komen tentang perkara ini.
 photo 1.jpg
 photo 3.jpg
 photo 2.jpg photo 4.jpg

Memang serius apa yang diperkatakan oleh Carmen ini. Bagaimanapun, Carmen memberitahu bahawa Hans berada dalam keadaan baik saja. Apakah susulan dari laporan polis Carmen? Benarkah Tasha berbuat begitu?

Nampaknya, satu demi satu kontroversi menimpa Tasha Shila. Kita tunggu perkembangan lanjut kes ini nanti.

Perghhh..seteLah berehat selama hampir 2 bulan (Ramadan & Syawal)..kini Panggung Seni Tradisional 2015 kembaLi…

Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Sunday, 23 August 2015

 

Written by Bella | August 28th, 2015

Tahniah kami ucapkan kepada penyanyi Jaclyn Victor dan suaminya, Shawn Rivera kerana telah selamat menimang cahaya mata mereka yang pertama pada hari Isnin lepas. Bayi lelaki dengan berat 3.48 kilogram itu dilahirkan di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur.

Jaclyn mengumumkan kelahiran anak beliau di akaun Instagram miliknya dimana beliau juga sempat meluahkan rasa gembira atas kehadiran orang baharu selain memberitahu bayinya berada dalam keadaan sihat.

Walaubagaimanapun, buat masa ini belum menetapkan nama yang sesuai buat anaknya itu.

Jaclyn Victor telah mendirikan rumah tangga bersama Shawn Rivera yang merupakan salah seorang  anggota kumpulan R&B Az Yet yang terkenal pada era 90 an ebuah gereja di Philadelphia, Amerika Syarikat pada tanggal 19 Julai tahun lalu.

Sumber Berita: mStar Online

Written by Bella | August 28th, 2015

Sejak putus tunang bersama Pekin Ibrahim, Uqasha Senrose selalu dikaitkan bercinta dengan ramai lelaki. Mula-mula ramai yang menyangka beliau bercinta dengan Syafiq Kyle, tetapi Uqasha tidak mengaku meskipun aktor tersebut pernah memberikan kenyataan sedang menjalinkan hubungan cinta dengan Uqasha.

Kemudian, tersebar pula foto mesra Uqasha dan Iqram Dinzly, sekali lagi angin bertiup kencang mendakwa mereka sebenarnya mempunyai hubungan lebih daripada kawan. Cerita-cerita sebegini membuatkan beberapa pihak melabelkan Uqasha sebagai seorang yang mudah untuk bertukar pasangan ataupun “playgirl”.

Mengetahui akan perkara tersebut, Uqasha meluahkan rasa terkilan beliau dan memberitahu beliau tidak pernah bermain kayu tiga.

Saya bukan jenis yang suka bertukar-tukar pasangan seperti dikatakan sebaliknya percaya pada takdir. Saya kenal seseorang itu dalam satu masa dan tak pernah main kayu tiga.

Saya ada terbaca di blog mengatakan saya playgirl. Saya sedih sangat kenapa sampai tahap itu tanggapan mereka.Itu bukan kehendak saya. Lagipun siapa tak mahu kekal dan bahagia dengan seorang sahaja.

Bagaimanapun, Uqasha kini tidak mahu lagi memikirkan segala tomahan yang dilemparkan kepada dirinya dan mengambil teguran positif daripada peminat sebagai satu pengajaran.

Teguran ke arah positif saya ambil sebagai bentuk pengajaran. Selebihnya saya serahkan kepada Allah. Buat masa sekarang, saya berkawan dengan semua orang. Siapa sangka, dari situ dipertemukan dengan orang yang sesuai dan serasi.

Kata orang berkawan biar seribu bercinta biar satu. Namun, janganlah cepat bosan dan beralih untuk mengenali orang lain pula. Nak kenal hati budi orang ini ambil masa juga, jadi kenalah sabar.

Sumber Berita: Harian Metro

Written by Bella | August 28th, 2015

Pengarah Bade Hj Azmi telah di arahkan untuk melantik jawatankuasa pendamai oleh Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur semalam apabila kes perceraian mereka gagal diselesaikan.

Keputusan tersebut telah dibuat oleh Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaludin selepas Bade tidak mahu menceraikan isterinya tetapi Erma selaku plaintif tetap nekad dan mahu bercerai.

Sebenarnya, jawatankuasa pendamai itu akan membantu kedua-dua pihak  berbincang dan membuat keputusan dengan persetujuan mereka selain menyiasat sekiranya wujud shiqa’ ( perbalahan berpanjangan) di dalam rumah tangga mereka.

Terdahulu, Erma telah memfailkan cerai pada awal Mei lalu mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003. Shaiful Azli menetapkan 7 Oktober depan untuk kedua-dua pihak membawa wakil lelaki dari kalangan keluarga atau pun kenalan terdekat bagi proses berkenaan.

Pasangan Bade Hj Azmi dan Erma Fatima telah mendirikan rumah tangga pada 3 November 1990. Mereka memiliki lima anak angkat iaitu Syamil Ikhwan, 22, Ahmad Arir, 20, Ahmad Aifin, 18, Citra, 13 dan Nurain, 9.

Bade kemudian bernikah dengan Aida Abdul pada tahun 2014 dan mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Jihad yang kini sudah berusia 6 bulan.

Kami yakin Bade masih lagi menyayangi Erma Fatima dan anak-anak mereka dan sebolehnya mahu mempertahakan rumah tangga mereka. Lagipun hubungan mereka agak baik bersama. Doakan yang terbaik buat mereka, siapa tahu dengan ketentuan Allah SWT Erma akan berlembut hati.

Sumber Berita: mStar Online

Page 6 of 64« First...45678...203040...Last »