Kembara Digital Malaysia Di Kedah Meriah & Hangat!!!

Hiburan

Kembara Digital Malaysia Di Kedah Meriah & Hangat!!!

Pertengahan bulan Ogos yang lalu, Abang Nara mendapat jemputan daripada MDeC (Multimedia Development Corporation) untuk menghadiri satu sesi perbincangan sempoi, ringkas dan santai bersempena dengan program Kembara Digital Malaysia 2015 di Kedah. Abang Nara memang teruja dan nak pergi sangat-sangat, tetapi disebabkan ‘clash’ dengan kelahiran anak ketiga, maka Abang Nara menghantar wakil BeautifulNara ke sana. Panelis lain yang hadir ialah wakil dari Amanz.my, Fizo Omar selaku pengacara majlis, Nurul Zulkifili pengasas MimpiKita dan paling penting, Menteri Besar Kedah iaitu Dato’ Seri Mukhriz Mahathir pun turut sama meluangkan masa memeriahkan majlis.

kembara digital

Advertisement

Dihadiri oleh pelajar-pelajar sekolah menengah dan IPTA berhampiran, orang Kedah memang sempoi dan bersemangat untuk mengetahui tentang dunia digital. Abang Nara suka dengan semangat remaja-remaja Kedah. Kecil-kecil lagi dah bersemangat tanya tentang cara berniaga online, cara buat blog serta teknik pemasaran melalui Internet. Semangat macam ini yang kita nak. Sebab itulah Kembara Digital Malaysia ini diadakan agar remaja-remaja ini didedahkan tentang dunia digital seawal mungkin.

kembara digital

tekun adik-adik nie dengar penerangan

Abang Nara sempat berpesan kepada wakil BeautifulNara untuk memberikan beberapa nasihat dalam berblogging. Sebagai seorang yang telah menulis blog selama 7 tahun, kita mesti kena tahu niche/topik apa yang kita mahu tulis. Jangan pilih topik yang terlalu luas sehingga pelawat tidak tahu blog kita tentang apa. Orang kata jangan buat blog caca merba. Dan paling penting, kena konsisten. Kalau sehari tulis 5 artikel, pastikan kita berbuat demikian sepanjang menulis blog. Jangan hangat-hangat tahi ayam. Selalunya awal-awal memang bersemangat sampai tulis 10-15 artikel sehari, masuk bulan kedua blpg dah bersawang sebab tak update. Hehehe.

kembara digital

Ketika sesi soal jawab, ada yang bertanya tentang menjana wang menerusi blog. Sebenarnya memang boleh jana duit menerusi blog tetapi itu semua hanya akan diperolehi selepas kita mempunyai pembaca dan jumlah pelawat yang stabil. Janganlah hari ini buat blog, esok terus nak jadi kaya raya. Kena rileks. Tenang. Berblogging ini macam marathon. Kita slow-slow, bina pembaca, bina reputasi dan akhir sekali pasti wang yang dicari akan datang bergolek.

kembara digital

Kehadiran Dato’ Seri Mukhriz Mahathir untuk bertemu dengan para hadirin adalah detik yang paling mengujakan. Beliau sempat berpesan kepada rakyat Kedah agar menceburi bidang digital dan tidak mempersiakan bakat yang ada. Ramai orang Kedah sebenarnya power-power. Cuma biasalah kadangkala tak cukup informasi, tak ada tunjuk ajar dan sebagainya. Sedikit sebanyak penganjuran Kembara Digital Malaysia ini dapat membantu mereka yang berbakat untuk bertanya, bersoal jawab dan mempamerkan bakat yang ada.

kembara digital

Terima kasih Abang Nara ucapkan kepada orang Kedah yang memberikan sambutan meriah dan hangat untuk Kembara Digital Malaysia 2015. Buat remaja-remaja negeri lain, jangan risau sebab Kembara Digital bakal mengembara ke tempat anda tidak lama lagi. Nak tahu kenalah layari www.digitalmalaysia.my dan LIKE Facebook Digital Malaysia. Pihak penganjur akan kemaskini dari masa ke masa. Sama-sama kita nantikan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...