Written by AbangNara | May 21st, 2015

Che Ta. Bila sebut nama Che Ta pasti terbayang betapa cantiknya, betapa elegannya dan betapa jelitanya si empunya badan. Walaupun sudah berusia 40-an, Che Ta tetap kelihatan berseri-seri, mempunyai kulit yang cantik dan badan yang langsing. Jadi apabila Che Ta bercakap tentang penjagaan kecantikan, ia harus diambil berat oleh semua wanita di luar sana. Kalau Che Ta yang dah beranak tiga masih mampu kekal menawan, apa pula alasan wanita-wanita di luar sana?

che ta langsing

Bercakap ketika majlis perlantikan dirinya sebagai duta produk Rysya, Che Ta sempat membuat lawak tentang sikap sesetengah wanita yang tidak pandai menjaga kecantikan. Umur 30 tapi gigi dah tak ada. Hehehe. Kata Che Ta:-

Perlantikan kita sebagai duta produk Rysya ini diharap dapat ‘membuka mata’ sesetengah wanita terutamanya yang berusia 40-an bahawa dalam usia 40 ke atas juga masih boleh kelihatan cantik. Janganlah abaikan penjagaan kecantikan sampai ada yang usia 30 tahun tapi gigi pun dah tak ada.

Boleh… Macam kita, dalam usia 40-an, kita boleh lahirkan baby lagi, dapat jadi duta produk pil makanan tambahan, produk pelangsingan dan produk kecantikan. Jadi tak ada masalah untuk wanita berusaha untuk mencantikkan diri biarpun umur sudah masuk 40. Janganlah pula, umur masuk 40 saja, terus tak mahu cuci muka. Nanti apabila tak elok, suami jugak yang lari

Sebenarnya tak susah pun nak jaga kecantikan. Kalau nak cantik, guna saja produk penjagaan kulit. Kalau nak langsing, makan ubat pelangsingan. Kalau nak segar dan bertenaga, ambil pil makanan tambahan.

che ta langsingBetul juga kata Che Ta tue. Dunia sekarang dah bertambah maju. Macam-macam produk ada dijual di pasaran. Last-last bergantung pada kemahuan kita juga. Nak cantik atau tidak. Namun kenalah pastikan produk yang kita makan mendapat kelulusan KKM. Jangan main balun je. Nanti takut ada side effect pula. Kepada kaum Hawa, marilah berusaha untuk tetap kelihatan anggun seperti Che Ta. Fighting!!! Sumber ManggaOnline.

che ta langsing P.S: Ha, jangan fokus penjagaan luaran je sampai terlupa nak jaga kecantikan dalaman. Miss V anda tue pun harus diberi perhatian sepenuhnya. Hilangkan segala masalah yang boleh melanda miss V dengan menggunakan Manja Sireh Hygenic Wash. Bersih, suci dan diperbuat secara semulajadi. Ribuan pengguna dah berpuas hati. Tak caya? Baca testimonial di Facebook Fyqa Signature HQ dan Instagram Signature HQ.

Written by Bella | May 21st, 2015

Mengakui sudah mempunyai seseorang yang istimewa, Erra Fazira bagaimanapun sehingga hari ini enggan mendedahkan identiti kekasihnya itu dan membuatkan beberapa pihak khusus peminat beliau terus tertanya-tanya. Buat Erra beliau sebenarnya mempunyai alasan tertentu untuk tidak terlalu membicarakan soal percintaan kepada umum.

Memegang status sebagai seorang janda dan ibu tunggal membuatkan Erra merasa tidak manis untuk mencanang kisah cinta beliau selain khuatir ada pihak yang memanipulasikan kenyataan beliau mengenai perkara tersebut.

Tidak molek rasanya dengan status dan usia saya sekarang untuk mencanang soal percintaan tambahan pula saya pihak wanita.Saya juga bimbang sekiranya keluar pelbagai kenyataan ia akan memakan diri sendiri sekiranya ada apa-apa berlaku nanti.

Keputusan Erra untuk mendedahkan beliau sedang bercinta adalah kerana ingin menutup gosip serta khabar angin yang mengaitkan dirinya bersama beberapa lelaki dan golongan VVIP.

Sebelum ini saya sering dikaitkan dengan pelbagai individu dan ia menimbulkan banyak salah faham walaupun ia tidak benar.Penjelasan mengenai dengan siapa saya sedang berkawan sebenarnya dapat menghentikan segala spekulasi.

Erra Fazira pernah mendirikan rumah tangga bersama salah seorang anggota kumpulan popular KRU iaitu Yusry Abdul Halim pada tahun 2003 sebelum bercerai  pada tahun 2006.

Kemudian beliau bertemu jodoh dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin pada 25 Oktoer 2007 tetapi rumah tangga yang mereka bina roboh di tengah jalan dan disahkan bercerai pada 18 Februari 2014. Hasil perkahwinan mereka mempunyai seorang anak perempuan bernama Engku Aleesya yang kini sudah berusia 6 tahun.

Sumber Berita: mStar Online

Written by Bella | May 21st, 2015

Gejala pembuangan bayi di Malaysia kini berada di angka yang sangat membimbangkan. Seakan manusia tidak lagi mempunyai hati ataupun perasaan apabila mereka dengan kejam sanggup membuang bayi di tong sampah. Malah ada di antara mereka yang sanggup membunuh bayi tidak berdosa untuk menutup aib ataupun maruah mereka yang sudah musnah akibat dibuai cinta dan hawa nafsu.

Peka dengan isu tersebut,  pengacara popular Daphne Iking  menerusi laman Facebook miliknya telah menawarkan pertolongan kepada mana-mana individu yang merasa takut dan tidak tahu untuk berbuat apa serta mendapatkan pertolongan ketika sedang hamil anak luar nikah.

If you know anyone who is pregnant and single and unwed – and doesn’t know what to do, please PM me. I can help ok? It must be so terrifying and lonely finding out you are pregnant. Please don’t throw your baby away.

Niat Daphne untuk membantu mereka yang sedang buntu dan terjebak di dalam masalah sosial tersebut telah mendapat reaksi daripada pelbagai pihak. Ramai yang menyokong niat murni beliau.

Tidak dapat dinafikan kami sendiri merasa terkejut dengan sikap sesetengah manusia yang berlaku kejam dan sanggup mengambil nyawa bayi yang tidak bersalah. Terutama sekali dalam kes terbaru di mana mayat bayi dipotong 15 ditemui tanpa kepala. Semoga niat Daphne Iking ini akan membuka mata gadis yang hamil anak luar nikah di luar sana untuk tidak takut dan mengorbankan nyawa bayi mereka.

 

Written by AbangNara | May 20th, 2015

Yeah!!! Sharnaaz Ahmad ini seolah-olah dapat membaca buah fikiran Abang Nara. Memang Abang Nara pun rasa kurang setuju dan kurang selesa kebelakangan ini akibat terlalu banyak drama bersiri yang diadaptasi daripada novel. Tambah menyedihkan atau melawakkan, kebanyakan novel-novel yang diadaptasi itu mempunyai jalan cerita yang lebih kurang sama. Tajuk pun lebih kurang. Suamiku Encik Sotonglah, Dia Isteri Luar Biasa, Hati Perempuan, Teman Lelaki Upahanlah dan macam-macam lagi.

sharnaaz ahmad

Secara jujur Abang Nara rindukan drama-drama arahan Rashid Sibir yang menyentuh jiwa dan perasaan. Fuh!!! Bila tengok memang confirm air mata jatuh. Jalan cerita pun puas hati. Tak adalah kisah kahwin paksa, suami dayus dan isteri kurang ajar. Bak kata Sharnaaz, penulis skrip kat Malaysia nie ramai hebat-hebat tapi sebab adaptasi novel ini, semua tak boleh cari makan. Kata Sharnaaz:-

Negara kita banyak penulis skrip drama yang baik. Kalau asyik angkat novel sahaja, bagaimana nasib mereka? Bukan tak boleh novel dijadikan drama bersiri sebaliknya biarlah balance. Saya pun tidak menolak selama-lamanya berlakon drama daripada novel.

Drama slot Akasia TV3 yang saya akan terlibat nanti tidak diangkat daripada novel. Saya akan berlakon di bawah arahan Raja Ahmad Alauddin dengan Global Station. Judulnya belum tahu

sharnaaz ahmad

Walaupun adaptasi drama daripada novel ini dilakukan kerana ada permintaan daripada para peminat, tapi janganlah over sangat. Rasanya slot Akasia TV3 tue dah dekat berbelas drama asyik-asyik dari novel je. Memang ada peminat setia tetapi sekali sekala cubalah ubah angin. Bagi satu drama yang jalan ceritanya menarik sikit. Tak gitu? Apa pula pendapat anda? Sumber ManggaOnline.

Page 20 of 54« First...10...1819202122...304050...Last »